Berita Pahang

Sabtu, Februari 20, 2010

Geli saya membaca tulisan blog oleh Sofi Wahab. Email yang dintar oleh sahabat saya ini semalam menceritakan kisah Jamaludin Md Radzi yang menempelak Dr Asri Zainul Abidin.

Ini bukti jelas yang menyatakan bahawa pengikut-pengikut PAS ini banyak sangat makan semut atau kepala ikan. Kata orang tua-tua, kalau kita nak tajamkan ingatan kita jangan makan kepala ikan atau semut. Sebaliknya makan kismis dan buah kurma. Mudah cerita, bagi saya Sofiwahab ini melayu yang terlebih sangat pelupanya.

Beliau lupa ke janji-janji manis DSAI masa permulaan kemelut politik di Perak? Sapa yang cerita ada 10 orang ADUN BN yang nak lompat parti kalau bukan beliau. Kononnya nak merealisasikan impian, 16 September 2009 Pakatan Rakyat akan rampas Putrajaya. Dan kemudian beliau cukup bangga apabila Nasarudin, salah seorang ADUN BN di Perak yang lompat Parti. Malah beliau juga turut umumkan, ramai lagi ADUn & Ahli Parlimen BN akan lompat parti. Kenapa masa tu Nik Aziz senyap je? Kenapa Dr Asri takde bagi apa-apa statemen pasal hal ni? Orang UMNO pun tak berapa pelik dan sibuk sangat mengenai isu ini.

Jadi kenapa selepas 3 orang ADUN Perak tu lompat Parti, DSAI kata diorang ni muka tak malu? Si Sofiwahab ni lupa ke yang sebelum tu DSAI yang mempromosikan Kempen Lompat Parti ni? Pak Nik Aziz pulak kenapa tak keluar fatwa agama masa tu? Adakah ini sikap seorang tok guru?

Sofiwahab juga turut mencabar 3 orang ADUN Perak tu letak jawatan. Sekarang, saya CABAR Lim Guan Eng letak jawatan. Dia kata orang Melayu Penang takkan maju selagi pemimpinnya bukan orang Melayu. Nah sekarang, Letak Jawatan. Bagi orang Melayu yang mentadbir Pulau Pinang.

Rabu, Februari 17, 2010

Salam 1Malaysia.

Dua minggu sudah saya buat posting mengenai sejarah. Ia mengingatkan kita mengenai pemimpin-pemimpin awal Pergerakan Pemuda UMNO dan sedikit sebanyak mengenai perpecahan bangsa Melayu. Semuanya harus dijadikan sebagai peringatan buat kita.

Minggu ini, posting saya khusus bagi sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin. Tidak kira sama ada pemimpin parti Pembangkang mahupun pemimpin dari Barisan Nasional. Ingat mengingatkan ini sepatutnya menjadi resam dan cara hidup kita seharian. Ia juga merupakan satu tuntutan dalam Agama Islam seperti mana yang dijelaskan dalam Surah Al-Asr' ayat 4 & 5 yang bermaksud:

''Saling berpesan dengan kebenaran. Saling berpesan dengan kesabaran.''

Maka rasanya tidak salah jika dalam posting saya ini turut berpesan kepada pemimpin-pemimpin agar mereka sentiasa beringat.

Dalam sejarah Islam, pengembangan empayar Islam ke seluruh Tanah Arab dari Timur hingga ke Barat bermula sejak zaman Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Tetapi, kita perlu ingat bahawa yang mengembangkan empayar ini adalah panglima-panglima perang Islam yang agung. Tanpa Khali Al-Waleed, Amr' Al-Ash, Abu Ubaidah, Suwaid dan seangkatan dengannya, maka adalah mustahil bagi Khalifah Umar Al-Khattab mencapai kejayaan memerdekakan bumi Parsi dan negara-negara lain disekelilingnya. Dengan bantuan dari panglima-panglima perang yang agung inilah, cengkaman Parsi dan Rome berjaya dihalau dari jazirah Arab yang pada awalnya memandang rendah kepada kaum Padang Pasir yang tandus suatu ketika dahulu.

Pemimpin kita hari ini juga perlu ingat sejarah Kemerdekaan Negara. Penentangan terhadap British dan Gagasan Malayan Union mungkin bermula dari Datuk Onn Jaafar. Tetapi sekiranya tiada kerjasama diantara Pertubuhan-Pertubuhan Melayu lain, maka gerakan membantah Malayan Union itu tidak akan menjadi. Pertubuhan Melayu inilah yang telah membentuk Kongres Melayu Johor seterusnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Tanpa bantuan dan sokongan pertubuhan Melayu ini, maka Kemerdekaan Tanah Melayu adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Benar, Datuk Onn telah membuka minda masyarakat Melayu pada ketika itu. Tetapi jika ianya tidak disambut oleh Pertubuhan-Pertubuhan tersebut, adalah mustahil ianya dapat dijalankan.

Tanpa penglibatan dari akar Umbi dalam UMNO, mungkin Perdana Menteri Malaysia yang Pertama bukan Tunku Abdul Rahman. 51 undi dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1951 datangnya dari perwakilan. Perbezaan 46 undi pada ketika itu memustahilkan Haji Ahmad Fuad untuk menjadi Presiden dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Peringatan yang dilakukan di Pulau Pinang juga harus menjadi contoh kepada pemimpin dalam Barisan Nasional. Demikian juga yang berlaku di Perak. Tanpa 3 orang dari Pakatan Rakyat adalah mustahil BN dapat memerintah Perak hari ini dengan sah. Kerajaan Lim Guan Eng juga mengalami kesukaran ketika ini bukan disebabkan rakyat, tetapi dikalangan pengikut dan sahabatnya sendiri. Akibatnya, kerajaan Pulau Pinang menjadi kucar kacir.

PRU ke 12 juga perlu dijadikan peringatan kepada pemimpin BN agar tidak memandang rendah akar umbi dan rakyat. Jangan kita sombong diri dan berasa megah sekiranya kita menjadi pemimpin. Sesungguhnya golongan pertama yang akan dihisab Allah di Padang Masyhar nanti adalah dari golongan pemimpin. Mereka akan ditanya pelbagai soalan termasuk apa yang mereka telah lakukan dengan kuasa yang mereka miliki. Jangan sewenang-wenangnya mengaku sesuatu yang bukan hak kita kerana ia juga akan mejadi saksi kepada kita dikemudian hari.

Takutilah Allah dengan azabnya yang Maha Besar. Ingatlah, kita hanya manusia biasa yang diberi amanah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Amanah inilah yang akan disoal dikemudian hari. Fikir masak-masak sebelum kita mahu menjadi pemimpin kerana sesungguhnya Amanah ini besar dan demikian juga dengan dosanya.

Fikir-fikirkan lah.

Sabtu, Februari 13, 2010

Semalam diberitakan Ahli Parlimen PKR letak jawatan dan kelaur dari Parti tersebut. Hari ini kita dapat baca laporannya dihampir keseluruhan media sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Mungkin sudah menjadi trend sejak DSAI mengatur langkah untuk membawa masuk Ahli-Ahli Parlimen Barisan ke dalam Pakatan Rakyat. Agendanya semata-mata untuk mengambil alih Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Maka, sejak dari itu isu keluar masuk Parti kerap kali kita dengar baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Yang peliknya, penaja lompat parti ini kurang mendapat sambutan dari kepimpinan Barisan Nasional. Kalau ada pun mungkin seorang dua. Mereka yang berprofail tinggi pula terdiri dari Ahli Parlimen yang kecewa kerana tidak dilantik menjadi Menteri itu dan ini. Keadaan ini sama juga di peringkat cawangan dimana kebanyakkan ahlinya terdiri dari golongan yang terasa diri mereka disisihkan oleh UMNO atau Barisan Nasional.

Kalau kita lihat secara retro spektif, PKR ini ibarat pusat buangan ahli Barisan atau kumpulan-kumpulan yang terbuang. Perumpamaan ini disifatkan oleh mereka sendiri bila ditanya kenapa keluar Barisan. Sudah tentu jawapan mereka ialah mereka kecewa dengan struktur atau dasar perjuangan Barisan. Itu kata mereka.

Disebelah pihak, sama ada UMNO mahupun Parti-Parti lain dalam komponen Barisan tidak pernah menyalahkan atau membuat tuduhan terhadap parti pembangkang. Tidak pernah kita dengar rungutan dari kepimpinan Barisan mengatakan bahawa jika seseorang itu keluar Barisan adalah disebabkan oleh pancing Pakatan Rakyat. Paling tidak mereka akan membiarkan rakyat yang menentukannya.

Mungkin juga perpindahan ini kurang berlaku dalam Barisan Nasional seperti yang saya katakan tadi. Jumlah ADUN & Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang keluar parti lebih ramai dari Barisan. Maka sebab itu kita jarang dengar cerita sebegitu dari pihak Barisan Nasional.

Ironiknya bila setiap kali ada Ahli Pakatan Rakyat yang keluar parti, dengan pantas mereka, Pemimpin Pakatan Rakyat, akan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka akan melemparkan pertuduhan, persepsi bahawa puncanya adalah dari UMNO dan Barisan. Si polan dah dibeli, mereka dibayar oleh UMNO dan sebagainya. Malah kepada bekas rakan seperjuangan mereka juga turut dituduh perkara yang sama. Mereka akan dilabel sebagai Agen Barisan, Pro UMNO, Barua, perisik, gunting dalam lipatan, duri dalam daging dan sebagainya. Pelikkan? Mereka yang promote lompat parti, tapi sambutan hanya dari pihak mereka sahaja. Ahli dikalangan mereka yang buat demikian. Bila keadaan ini berlaku, kenapa mereka tidak menyalahkan promosi sebaliknya mereka kata pembeli yang bersalah?

Fobia dengan jumlah ahli PR yang semakin hari semakin ramai keluar parti terutamanya PKR, yang baru letak jawatan pun mereka akan salahkan UMNO dan Barisan. Itu belum keluar lagi. Kenyataan akhbar Dato Fauzi, Pengerusi PKR Pahang bulan lepas antara lain menyebut UMNO jangan harap YB Azan akan keluar parti.

Petikan dari kata-kata Dr Syed Husin Ali mengenai DS Zahrain dalam Berita Harian hari ini pula antara lainnya menyebut bahawa beliau bersyukur DS Zahrain akhirnya sudah keluar dan parti ini akan bertambah kuat. 'Finally, Good riddance!!' dalam akhbar The Star. DSAI pula hairan kenapa DS Zahrain tidak pernah membincangkan mengenai keputusan keluar parti. Beliau turut menyelar tindakan DS Zahrain mengkritik Lim Guan Eng secara terbuka dan melabel DS Zahrain sebagai Pro UMNO dan Barisan.

Membaca artikel di media-media massa, laman blog serta rangkaian sosial membuatkan saya terfikir betapa lucunya Pakatan Rakyat ini. Sebagai pemerhati politik, bagi saya lihat Pakatan Rakyat ini seperti sebuah Pementasan Broadway yang penuh dengan drama. Terutama DAP dan PKR. Kecelaruan dalam keluarga sendiri tapi mereka salahkan orang luar. Apakah mereka tidak pernah mahu mengkaji struktur dan dasar parti mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain? Adakah mereka merasakan bahawa perjuangan mereka itu sudah betul dan maksum hukumnya? Adakah hala tuju parti itu sudah betul dan akan menguntungkan orang ramai? Jika apa yang mereka lakukan betul, mengapa masih ramai ahli-ahli mereka yang mahu keluar parti? Jawapannya pasti ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul yang berlaku. Mengapa mereka tidak pernah tertanya-tanya ''Something must be wrong somewhere''.

Fikir-fikirkan lah.

Salam 1Malaysia.

Sudah 2,3 hari saya tidak membuat posting di blog saya. Tetapi ini bukan disebabkan tiada agenda yang hangat dan yang mahu saya perkatakan. Umum tahu, pada ketika dan waktu ini, politik Negara sangat-sangat banyak diluar sana. Dengan Isu kes Liwat, Isu Penggunaan Kalimah Allah dan sebagainya. Walau apa pun isu-isu tersebut, kita perlu berbalik kepada soal hakikat atau mudahnya kita perlu menerima kenyataan.

Sepertimana yang kita ketahui, setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebalik kejadian. Segala-gala yang ada didunia yang fana ini adalah ketentuan Allah S.W.T Maha Pencipta. Jadikan itu teras kepercayaan kita dalam menerima hakikat dalam hidup. Jadikan ianya sebagai landasan untuk kita terus berfikiran secara waras. Lihat bagaimana DS Nizar dengan isu MB di Perak. Betapa manusia ini dangkal akalnya dan tidak dapat menerima hakikat walhal beliau kata beliau memperjuangkan rakyat, mempertahankan agama. Tetapi beliau sehingga ke hari ini, bukan sahaja tidak mahu menerima hakikat dan keputusan Mahkamah, malah beliau masih membuat tuntutan itu ini serta memohon kepada rakyat agar terus menyokong tindakan beliau. Ini hakikat. Ini ketentuan Allah S.W.T. Apakah beliau, DS Nizar mahu mendidik rakyat Perak agar tidak bersyukur kepada Allah S.W.T? Adakah beliau mahu rakyat Perak mengenepikan rukan Iman yang keenam, Kepercayaan Kepada Qada' dan Qadar? Nauzubillah.

Lihat pula pertelingkahan yang berlaku di Pulau Pinang. Betapa kecohnya Ahli Parlimen mereka mengkritik dan membidas Ketua Menterinya. Ini juga hakikat. Hakikat bahawa apabila bersahabat dengan golongan yang sejak dari awal menolak Islam, mereka akan turut rosak. Iman mereka, amal mereka dan sebagainya. DAP sejak dari dahulu sampai sekarang, mereka tidak akan dapat menerima Islam walaupun ada diantara Ahli mereka terdiri daripada golongan orang-orang Melayu. Betapa bangganya DSAI apabila ramai orang Melayu sertai DAP sedangkan DAP tidak dapat menerima Islam. Nak bangga buat apa?

Semalam, DS Zahrain Mohamed Hashim telah keluar Parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang Ke-4. Akhirnya beliau menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir sesebuah Negeri dengan baik. Beliau diantara orang yang cukup lantang mengkritik bukan sahaja kepimpinan Negeri malah kepimpinan Pusat. Sepertimana kata beliau bahawa PKR terlalu banyak bertolak ansur dengan DAP sampaikan Dasar Perjuangan Parti itu sendiri boleh digadai beli. Nasib orang-orang Melayu Pulau Pinang didagangkan. Ini hakikatnya.

Tetapi bagi DSAI yang juga seperti DS Nizar tidak dapat menerima hakikat seperti ini. Jalan mudah, beliau menuduh DS Zahrain sebagai Pro UMNO dan kerajaan BN. Kenapa beliau tidak dapat menerima hakikat sedangkan beliau seorang Muslim? Pelik. Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri. Seawal pemerintahan Lim Guan Eng, beliau keluar dengan rasa hormat masyarakat. Naik kapal terbang kelas ekonomi, beliau mahu mencontohi pentadbiran Umar Abdul Aziz. Melancarkan slogan Cepat, Akauntabiliti (Boleh Harap) dan Telus. Tetapi ironiknya, bila apa tindakan beliau dibidas, dikritik dan ditegur, beliau tidak dapat menerimanya? Akauntabiliti apa? Telus apa yang beliau maksudkan?

Bagi mereka yang berada diluar sana, ingatlah dan fikirkan. Inilah hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat. Ia songsang sejak dari awal. Ia cacat sebelum ianya dilahirkan lagi. Tetapi mereka ini cukup pandai bersandirwara dan berlakon untuk mendapatkan sokongan rakyat. Sepertimana kata ADUN Behrang, PKR secara dasarnya adalah untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Namun hakikatnya hanya untuk membalas dendam. Belajarlah dari kesilapan. Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mampu mentadbir dan memerintah. Itu baru diperingkat Negeri. Kalau mereka memerintah Negara, entah apalah nasib kita.

Fikir-fikirkan lah.

Rabu, Februari 10, 2010

Salam 1Malaysia.

Hari ini sekali lagi kita akan menelusuri sejarah UMNO dan Bangsa Melayu di Malaysia. Minggu lepas, posting saya berkisar mengenai Kronologi Pemuda UMNO Malaysia. Minggu ini pula saya ingin mengenegahkan satu subjek yang sepatutnya dipandang berat oleh setiap individu terutamanya yang berbangsa Melayu.

Awal minggu ini, Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan secara terbukanya menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO. Ini satu perkembangan yang sangat-sangat tidak disangka oleh mana-mana pihak, baik dari UMNO mahupun dari PAS sendiri. Sebelum ini, pelbagai isu telah diperkatakan. Tuntutan Royalti minyak, Isu Kalimah Allah dan Isu Arak di Selangor menjadi bahan berita sebelum ini dimana-mana media. Malah jika kita masih ingat, seawal peralihan kuasa Datuk Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak, isu kerjasama atau perpaduan ini telah pun diketengahkan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang sendiri. Tetapi pada ketika itu, Nik Aziz berkeras menolak saranan Presidennya dengan mengatakan bahawa UMNO tidak boleh dipercayai. Oleh itu, Haji Hadi terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan beliau itu adalah dengan UMNO yang dipimpin oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Maka tidak hairanlah jika hari ini, apabila Nik Aziz menyatakan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO, ianya mengundang pelbagai spekulasi dari kedua-dua belah pihak.

Melihat ke dalam sejarah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, Melayu hanya memperjuangkan hak masing-masing. Jika kita lihat zaman penjajahan British, pejuang-pejuang Melayu seperti Dol Said, Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Maharaja Lela dan sebagainya hanya dikenali di Negeri masing-masing sahaja. Perhubungan mereka hanya berlaku digarisan sempadan sahaja. Maka keadaan ini menjadikan perjuangan mereka itu sukar.

Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua dan setelah Jepun menyerah kalah, British kembali menakluki Tanah Melayu. Mereka mentadbir sepertimana yang pernah mereka lakukan dahulu. Malah agenda mereka dan ancaman terhadap bangsa Melayu menjadi semakin meruncing. Kedudukan serta kewujudan bangsa Melayu sangat-sangat kritikal dan membimbangkan.

Keadaan ini berterusan sehingga Dato Onn Jaafar menggesa seluruh penduduk Melayu agar bersatu bagi menentang Gagasan Malayan Union pada ketika itu. Pada Januari 1946, Dato Onn telah menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung seterusnya mengumpul kesemua persatuan-persatuan Melayu lain sebanyak 42 buah dengan mengadakan Kongres Melayu di Kuala Lumpur pada 4 Mac 1946. Kemudian pada 11 Mei 1946 tertubuhlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) atau UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION (UMNO). Inilah pertama kalinya dalam sejarah Melayu mereka bergabung dan bersatu menentang penjajahan seterusnya menuntut Kemerdekaan.

Walaubagaimana pun, mungkin hakikat bahawa Melayu itu amat sukar bersatu, mereka mula berpecah belah selepas mengecapi Kemerdekaan. Sebelum Tanah Melayu diistihar sebagai sebuah Negara Merdeka, perpecahan ini telah pun berlaku. Dato Onn Jaafar sendiri yang sebelum ini menggesa perpaduan telah keluar meninggalkan UMNO setelah cadangan beliau agar keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa ditolak oleh Perwakilan. Beliau seterusnya telah menubuhkan Parti Negara.

Setelah Tanah Melayu dinobatkan sebagai negara yang Merdeka, mungkin pada persepsi saya sendiri, Melayu mula merasakan diri mereka selesa. Maka pada pemilihan UMNO sekitar tahun 1960an, jawatan Presiden UMNO telah dipertandingkan. Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah ditentang oleh Haji Ahmad Fuad yang akhirnya keputusan telah menyebelahi Tunku. Haji Ahmad Fuad tewas kepada Tunku sebanyak 46 undi dan mengakibatkan Haji Ahmad Fuad keluar dari UMNO. Beliau seterusnya menubuhkan Parti Agama Islam Se-Malaya atau PAS. Namun demikian beliau tidak menjadi ahli bagi Parti tersebut. Sejarah seterusnya telah mencatatkan bahawa PAS akhirnya berpecah kepada 4 termasuk BERJASA dan AKIM. Perpecahan ini adalah akibat perbalahan dasar yang berlaku dalam PAS itu sendiri.

Melayu seterusnya mengalami transformasi dan berkembang sejak menikmati Kemerdekaan. Sekali lagi pada tahun 1988, Melayu berpecah buat sekian kalinya. Perpecahan ini juga berpunca selepas Pemilihan Presiden UMNO tahun sebelumnya dimana Tengku Razaleigh Hamzah kecundang kepada Dr Mahathir Mohamed. Akibat kekecewaan itu, Tengku Razaleigh telah menubuhkan Semangat 46.

Diakhir dekad tahun 1999, Melayu turut mengalami perpecahan setelah Dato Seri Anwar Ibrahim pula dipecat dari jawatan Timbalan Preseiden UMNO. Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Pemecatan beliau ini mengakibatkan rusuhan dan demonstrasi jalanan pada tahun tersebut.

Sekarang cuba kita bayangkan seketika. Seandainya Melayu itu bersatu padu, sebuah kerajaan boleh kita tumbangkan. Bukan calang-calang, kerajaan British yang terkenal tumpas ditangan orang Melayu. Hebat atau tidak Melayu itulah hakikatnya. Tetapi akibat sifat mementingkan diri sendiri, sikap tidak puas hati dan kurang rasa syukur dalam diri kita, maka berlakulah perpecahan. Sebuah institusi yang suatu ketika dahulu diibaratkan boleh mengalih sebuah gunung, akhirnya berpecah belah.

Fikirkan wahai bangsa ku sekalian. Melayu merupakan majoriti utama dalam masyarakat di negara ini. Malah kita telah pun dinobatkan sebagai bangsa yang paling dominan di dalam negara ini. Tetapi lihat pencapaian kita sendiri. Dimana kedudukan kita sebenarnya? Populasi Melayu di Malaysia ini pernah mencatatkan angka 51% dan bangs Cina sebanyak 21% sahaja. Tetapi seandainya angka 51% itu dibahagikan kepada 3, maka hakikatnya jumlah kita sangat kurang dari bangsa Cina. Inilah diantara sebab kenapa Melayu tidak dapat berkembang maju dalam negara yang didominasi mereka sendiri. Hanya semata-mata disebabkan oleh politik dan berbeza pendapat, bangsa Melayu yang berdaulat ini mundur dan tidak dapat bersatu. Mengapa kita tidak dapat mencontohi bangsa lain yang dapat mengenepikan fahaman politik serta kepentingan peribadi mereka semata-mata demi bangsa? Oleh itu, harapan saya sebagai anak Melayu yang jiwanya Merdeka sangat berharap suatu hari nanti bangsa Melayu kembali kuat dengan ikatan Ukhwah yang sebenarnya. Insya Allah.

Fikir-fikirkan lah.

Selasa, Februari 09, 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana diberi kesempatan kepada saya meneruskan kehidupan hari ini. Syukur juga saya kepada Allah S.W.T atas limpah rahmat Nya dengan fizikal yang cerdas serta minda yang waras. Sesungguhnya, kita sebagai manusia dan umat Islam khususnya perlu sentiasa rasa bersyukur kepada Allah S.W.T setiap hari malah setiap saat.

Saya juga ingin memanjatkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas kemenagan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi semalam telah memberikan kemenangan 5-0 kepada Dato Seri Dr. Zambry. Maka dengan keputusan tersebut, tamatlah sudah kemelut politik di Perak. Sekurang-kurangnya, itulah yang kita harapkan.

Namun seperti biasa, DS Nizar dan konco-konconya masih tidak dapat menerima keputusan tersebut. Beliau menyatakan keputusan Mahkamah masih merupakan satu petanda Hitam di Malaysia. Keputusan Mahkamah, kata beliau, memberi gambaran bahawa institusi Kehakiman Negara masih tidak bebas dari apa-apa pengaruh. Beliau juga turut merayu supaya penyokong PR bertenang dan menerima keputusan tersebut walaupun ianya menyedihkan.

Itulah kenyataan beliau yang telah dilaporkan oleh DRS. Khalil Idham. Kenyataan DS Nizar ini bagi saya merupakan kenyataan orang yang sedang dipenuhi Ammarah, sedih, kecewa dan tidak puas hati. Tetapi bagi orang yang lapang fikiran dan cerdas mindanya pasti dapat melihat betapa ironiknya kenyataan DS Nizar setelah diumumkan kalah oleh Mahkamah itu. Kenapa saya kata begitu, kerana yang membawa Kes ini ke Mahkamah Tinggi ialah beliau sendiri. Cuba kita renung kembali, beliau telah mengemukakan kes tersebut di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Sesyen pertengahan tahun lalu. Selepas ianya di bentang, di bahas dan dihujah, akhirnya keputusan telah dikeluarkan. Kenapa pula beliau tidak dapat menerima keputusan Mahkamah sedangkan beliau yang memfailkan kes tersebut? Kalau tidak percaya kepada Institusi Kehakiman dalam langkah pertama, kenapa buat juga? Pelik bukan?

Selain itu, beliau merupakan seorang Pemimpin Masyarakat. Juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli Parlimen. Beliau mewakili sebuah Parti yang bertunjangkan Islam, kononnya. Tetapi adakah perilaku beliau ini boleh menjadi contoh kepada masyarakat? Buat sesuatu dengan harapan beliau dapat kuasa, tetapi apabila keputusan tidak menyebelahi beliau, orang lain yang dipersalahkan. Adakah beliau sebelum jadi wakil rakyat tidak pernah belajar sifat-sifat tanggungjawab? Sepatutnya, beliau sebagai 'role-model' kepada rakyat dibawah pimpinannya perlu mengakui keputusan Mahkamah tersebut. Pendekatan yang seharusnya beliau ambil ialah kembali kepada Islam dengan rasa Syukur. Tindakan-tindakan beliau bukan sahaja menunjukkan sifat-sifat Asobiah, jumud malah seolah-olah riak dengan mengatakan bahawa hanya beliau sahaja yang benar.

Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini dan di awal posting, sebagai Manusia biasa dan Muslim yang beriman serta bertaqwa kepada Allah S.W.T, kita perlu bersyukur dengan apa sahaja nikmat Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap sesuatu yang telah ditentukan Allah ketas umat manusia ada khifarahnya. Seorang muslim yang sejati sepatutnya banyakkan bersabar, bertasbih dan bertahmid serta bertawakal kepada Allah atas apa yang telah berlaku kepada mereka. Bukan pergi dari Mahkamah ke Mahkamah menuntut keadilan tetapi bila kalah, salahkan mahkamah itu pula. Macam orang bodoh pun ada juga.

Darjat beliau, DS Nizar dilihat seperti seorang pengemis yang hanya tahu meminta-minta dan bila tak dapat, beliau marah dan mula menyalahkan orang lai. Sedarlah akan khifarah Allah. Jika ditanya saya, apa saya akan buat sekiranya saya berada ditempat beliau, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah bersyukur kepada Allah. Dengan harapan agar saya tidak digolongkan dalam golongan pertama dihisab diakhirat kelak dan sesungguhnya Allah S.W.T mahu menyelamatkan saya dari bahaya melakukan kesilapan serta dosa secara tidak sedar. Bukan menyalahkan orang lain.

Fikir-fikirkan lah.

Ahad, Februari 07, 2010

Ini senario seterusnya di Pulau Pinang yang juga saya namakan sebelum ini sebagai Singapura ke 2. Seperti yang boleh kita jangka, tiada manusia mahu menyalahkan diri mereka sendiri ke atas apa yang telah mereka lakukan. Sebagai umat Islam, konsep ini mudah untuk kita fahami. Tetapi ianya sukar bagi mereka yang kononnya mengaku pandai baca Al-Qur'an tapi konsep semudah ini mereka tidak boleh fahami.

Inilah konflik yang dialami oleh seorang pemimpin yang pada mula-mula dahulu konon mahu meniru pentadbiran Umar Abdul Aziz. Habis semua orang pada waktu itu mengagumi beliau. Kata mereka yang taksub dengan perkembangan waktu itu, ''Lihat. Seorang yang bukan Islam mahu mengikut jejak langkah Khalifah Islam. Jadi kita yang beragama Islam sejak dari lahir ini kenapa tidak?'' Itu kata mereka pada waktu itu. Memang tidak salah, alangkah bagusnya jika seorang pemimpin mempunyai niat seperti itu. Tiada siapa pun yang kata bahawa niat si Ketua Menteri itu salah.

Maka dari detik itu, beliau dilihat sebagai wira oleh segelintir orang-orang melayu di Pulau Pinang. Habis semua kepimpinan Melayu PKR dan PAS Pulau Pinang menjunjung beliau serta memperakui kredibiliti beliau sebagai seorang Ketua Menteri. Sampaikan perletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri oleh seorang ADUN PKR juga bukan salah Ketua Menteri. Tapi, Timbalan Ketua Menteri itu yang ada masalah, kata mereka.

Hari ini, lain pula senarionya. Tiba-tiba Laksamana yang selama ini disangka Tuah, rupanya Jebat dengan agenda yang tersembunyi. Dengan dasar terbuka serta kesamarataan yang menjadi tunjang perbualan mereka selama ini, rupa-rupanya kosmetik belaka, Make-up. Kisah teladan yang beliau, Ketua Menteri itu mahu teladani dari kaedah pemerintahan Umar Abdul Aziz rupanya hanya perisai untuk mendapat perhatian semata-mata. Tembelang beliau pecah bukan disebabkan oleh orang lain tetapi disebabkan oleh rakan beliau sendiri.

Kita dapat lihat dan baca dimana-mana sahaja media yang ada sekarang memperkatakan tindakan si Ketua Menteri ini sebagai Diktator atau Kuku Besi, Chulvanist dan berfikiran secara komunis. Bukan orang lain yang cakap, jangan salah faham pula. Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah dari barisan kepimpinan PKR sendiri. Dan mereka bukan sahaja dari bangsa Melayu, tetapi turut melibatkan Ahli Parlimen yang berbangsa Cina. Adakah ini juga dikatakan retorik politik pembangkang?

Bila tembelang beliau pecah, si Ketua Menteri itu mula mencari perlindungan. Seperti biasa beliau akan mencari Penasihat PKR seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini. Mahu dijadikan cerita, Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat ini sedang sibuk. Bukan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah rakyat, tapi di Mahkamah. Si Penasihat ini lebih banyak kerja di Mahkamah dari di Parlimen. Rakyat Permatang Pauh sebulat suara memilih beliau untuk mewakili mereka di Mahkamah dari di Parlimen. Apa tidaknya, cuba kita kira berapa banyak saman itu dan ini, rayuan itu dan ini yang beliau buat selama beliau menjadi Ahli Parlimen? Dari mahkamah Sesyen ke mahkamah tinggi dan yang terbaru mahkamah syariah pula. Maka tugas beliau sebagai Ahli Parlimen sepatutnya ditukar kepada Ahli Mahkamah pula. Gelaran MP digantikan dengan gelaran MC.

Oleh kerana bantuan yang diharapkan tidak mungkin dapat diperolehi dalam masa terdekat ini, si Ketua Menteri mula mencari alasan lain. Inilah perkara yang saya katakan tadi. Jika beliau, si Ketua Menteri itu, seorang yang beriman kepada Allah S.W.T, beliau sepatutnya dengan berani mengaku kesilapan sendiri dan memohon maaf. Sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam setiap hari memohon keampunan Allah S.W.T 5 kali sehari semalam. Bukan sekali, tetapi 5 kali. Sebaliknya, si Ketua Menteri itu masih tidak mengakui salah sendiri.

Ini boleh kita katakan sebagai bahan retorik baru puak pembangkang. Jika ada salah mereka, mereka tujukan balik kepada UMNO dan Barisan Nasional. Contohnya, dulu mereka sendiri dengan bangga mendabik dada mengatakan bahawa ada 10 orang ADUN Perak mahu melompat parti. Sebaliknya, 3 orang dari barisan mereka dan seorang yang baru seminggu keluar UMNO keluar Pakatan Rakyat dan jadi calon bebas menyokong Barisan Nasional. Mereka salahkan UMNO menjadi dalang. Ke retorik seumpama ini sebenarnya bahan mainan mereka?

Sekarang, terang-terang kenyataan dari Ahli Parlimen Bayan Lepas dan Nibong tebal bahawa mereka tidak berhasrat untuk keluar Parti tetapi si Ketua Menteri tetap bersungguh-sungguh menyalahkan UMNO menjadi punca retaknya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Terus terang juga boleh kita umpamakan beliau, si Ketua Menteri ini seperti perumpamaan Melayu:

''Sendiri tak reti menari, tapi lantai yang dikata berjongkang-jongkit.''

Selepas ini bolehlah kita ceritakan kepada anak-anak kita mengenai perumpamaan ini dengan menceritakan kepada mereka perihal seorang Ketua Menteri di Pulau Pinang agar mereka lebih senang memahaminya. Boleh juga kita paparkan gambar beliau yang sedang menari diatas gambar wakil rakyat yang keluar Parti sebelum ini sebagai medium pembelajaran anak-anak kita. Biar mereka lihat betapa kebudak-budakannya sifat seorang Ketua Menteri yang pada awalnya ingin menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai idolanya.

Fikir-fikirkan lah.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Dihening subuh hari ini, saya teringatkan sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabat saya lebih kurang sebulan yang lalu. Jika kita ingat kembali, isu hangat pada ketika itu ialah Penggunaan Kalimah Allah dalam majalah The Herald Catholic Weekly. Saya berharap sepenuh jiwa dan raga saya agar isu ini Jangan Sesekali Kita Lupakan. Ini juga sebagai peringatan kepada pemimpin kerajaan agar dapat menangani isu ini dengan bijak. Ia berkaitan dengan aqidah dan tauhid umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia.

Kisah yang diceritakan oleh sahabat saya ini berkenaan perbualan beliau dengan sahabat-sahabatnya satu hari di kedai mamak. Apabila isu ini dibangkitkan, ada sesetengah dari mereka mengatakan jika kita tidak membenarkan mereka, Herald Catholic itu menggunakan perkataan Allah, bererti kita mengiyakan pandangan bahawa tuhan itu ada dua. Nauzubillah. Ada juga dikalangan mereka, sahabat kepada sahabat saya tadi menyatakan bahawa semua agama Sumawi yakni agama yang diturunkan dengan kitab termasuk Yahudi dan Nasrani (Kristian) berhak menggunakan Kalimah Allah. Nauzubillah. Tatkala mendengar apa yang dibualkan oleh mereka ini, saya cuma mengharapkan petunjuk dari Allah S.W.T.

Malam tadi, secara tidak sengajanya saya membaca sebuah Artikel dalam majalah Solusi (Edisi ke 11) hasil tulisan Mohd Nidzam Abd Kadir mengenai Plularisme Agama. Beliau membuka tulisan beliau dengan ungkapan berikut: ''Semua agama adalah sama. Semuanya mempunyai tuhan dan mengajak umatnya ke arah kebaikan didunia dan juga diakhirat''. Ungkapan ini sering didengar dan diucapkan oleh orang-orang yang berjuang agar kita bertoleransi dalam perbezaan aqidah dan agama. Ucapan seperti ini yang membuatkan DSAI mendapat perhatian dalam Majalah Forbes - 100 Most Influential Speech awal tahun ini. Maaf sekiranya penulisan saya ini dilihat bercampur dengan politik, tetapi hakikat ini kita perlu sedar. Persoalan mengapa Penasihat PKR dan seluruh kepimpinannya masih berpegang teguh kepada prinsip yang menyatakan bahawa tidak salah The Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah perlu ditanya.

Pluralisme agama merujuk kepada suatu fahaman bahawa semua agama adalah sama. Dalam fahaman ini turut menyatakan bahawa tidak kira sama ada individu itu Muslim atau tidak, ianya tidak banyak perbezaan dari mereka yang beragama Kristian, Yahudi, Budha dan sebagainya.

Hakikatnya, pandangan bahawa semua agama adalah sama tidak mengikut nas dalam Al-Qur'an yang dengan jelas membuktikan bahawa Islam adalah agama yang sebenar. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran yang bermaksud:

Sesungguhnya al-din (yang diredai) disisi Allah adalah Islam. - Surah Ali Imran ayat 19.

Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai al-din, maka tidak diterima daripadanya dan dia termasuk dalam golongan yang rugi di Akhirat nanti. - Surah Ali Imran ayat 85.

Walaupun didalam sirah Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan bahawa perjuangan Baginda adalah untuk menyampaikan dakwah Islam, masyarakat Arab pada ketika itu sudah mengenal Allah seperti mana yang diterangkan dalam Surah Al-Zumar ayat 38 yang bermaksud:

Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menjadikan Langit dan Bumi, nescaya mereka akan berkata Allah (yang menciptakannya).

Persoalan mengapa masyarakat Arab pada ketika itu menyembah berhala diterangkan bahawa alasan mereka adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Maka firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan bagi-Nya. Ingatlah hanya bagi Allah agama yang bersih. Dan golongan yang mengambil perlindungan selain Allah (berkata) bahawa kami tidak menyembah mereka melainkan agar mereka mendekatkan kami kepada Allah. - Surah Al-Zumar, ayat 3.

Jelas disini bahawa ibadah kepada Allah mestilah tidak bercampur aduk dengan perkara syirik walaupun sedikit. Begitu juga jika niatnya sebaik mana sekali pun, ia mesti berpandukan ajaran Al-Qur'an.

Dalam Islam, tuhan dipanggil Allah manakala dalam agama Kristian ada konsep Trinity. Walaupun ianya masih menjurus ke arah kekuasaan dan keesaan tuhan, ia tetap bercanggah dengan nas Al-Qur'an sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-5 yang menyatakan bahawa Allah tidak pernah beranak atau diperanakkan. Ianya sangat-sangat berbeza dengan apa yang dikatakan oleh penganut agama Kristian dengan konsep Trinity mereka. Hakikat ini sahaja sudah jelas bagi kita bahawa Allah dalam Islam tidak sama dengan Allah dalam agama Kristian mahupun dalam agama Yahudi.

Keadaan ini tidak mengambarkan bahawa Allah itu berlainan. Hakikat bahawa pada asalnya agama Sumawi itu datangnya dari Allah S.W.T telah diputar belitkan oleh mereka yang terdahulu sehingga kedatangan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang diterangkan sebelum ini, yakni masyarakat Arab menyembah berhala. Golongan Quraisy pada ketika itu pernah juga menawarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W agar menyembah tuhan mereka selama setahun, kemudian mereka menyembah tuhan Muhammad selama setahun. Tawaran ini dijawab secara lansung dengan turunnya wahyu yang bermaksud:

Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama ku. - Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6.

Konsep tauhid kepada Allah adalah konsep asas didalam Islam. Oleh sebab itu, Al-Qur'an menolak fahaman bahawa Allah mempunyai anak. Dakwaan golongan Yahudi mengatakan bahawa U'zair itu adalah anak Allah, manakala Nasrani (Kristian) mendakwa bahawa Nabi Isa adalah anak Allah turut ditolak oleh nas Al-Qur'an dengan firman Allah:

Dan golongan Yahudi berkata bahwa U'zair adalah anak Allah, manakala golongan Nasrani berkata bahawa Isa adalah anak Allah. Itu adalah kalam mereka melalui mulut mereka. Mereka menyerupai kalam golongan kafir sebelum mereka. - Surah At-Taubah, ayat 30.

Maka jelaslah disini melalui penjelasan dengan nas Al-Qur'an, keyakinan kita sebagai seorang Muslim bahawa hanya Islam sahaja sebagai agama yang diredai Allah S.W.T. Kita tidak boleh sama sekali menerima konsep Plularisme Agama sepertimana yang dituntut oleh The Herald Catholic Weekly itu. Namun ia juga tidak bermakna kita harus memusuhi mereka dan agama lain sebaliknya berdoa agar rahmat Islam tersebar ke dalam diri setiap Insan. Insya Allah.

Fikir-fikirkan lah.

Catatan: Sumber diperolehi dari Majalah Solusi, Isu No.11.

Hasil tulisan Mohd Nidzam Abd. Kadir, Lulusan UIAM, yang juga pensyarah UIAM. Turut menimba Ilmu di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan seterusnya menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar dan American Open University, Kaherah.

Jumaat masuk hari kedua perbicaraan kes Saiful vs DSAI di dengar di Mahkamah. Geli saya nak meletak perkataan yang digunakan untuk pertuduhan ke atas DSAI itu. Bukan sebab saya menyokong beliau, tetapi mengambarkan keadaan perilaku luar tabii itu sahaja sudah cukup untuk memualkan umat Islam yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T. Teringat kisah Nabi Luth A.S dengan kaumnya. Mengenangkan bagaimana dunia ini diterbalikkan Allah S.W.T setelah beribu tahun lamanya Nabi Luth memujuk kaumnya ke jalan yang benar dan meninggalkan perilaku tersebut sudah cukup membawa keinsafan kepada muslimin sekalian. Nauzubillah.

Tetapi posting saya hari ini bukan mahu menceritakan atau mengupas dengan lebih lanjut prosiding yang sedang berjalan di Mahkamah. Membaca surat khabar pagi tadi sudah cukup alasan bagi saya untuk tidak mengelaboritasikan mengenai perkara tersebut. Saranan Dato Seri Wira Rais Yatim saya turuti. Bukan takut, tapi prinsip penulisan seharusnya begitu. Jangan cerita apa yang kita tak tahu secara keseluruhan. Insya Allah cara ini dapat mengelakkan fitnah dari teru berleluasa. Apa yang saya ingin paparkan hanya beberapa kemusykilan dalam insiden disekitar Mahkamah sepanjang dua hari kes tersebut diperdengarkan.

Seingat saya, suatu ketika dahulu, sebaik DSAI dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kecoh satu Malaysia. Berjuta-juta rakyat turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada DSAI yang pada ketika itu dikatakan tidak bersalah. Mereka berarak mengadakan Reformasi dengan kaedah demonstrasi jalanan. Jumlah dan bilangan penyokong-penyokong fanatik beliau cukup untuk memaksa kumpulan FRU turun dengan sepenuh tenaga. Malah pertempuran-pertempuran kecil juga turut terjadi. Akibatnya, beberapa orang dari mereka termasuk pasukan FRU mengalami kecederaan. Saya ingat lagi keresahan ibu saya dikampung sehingga beliau menelefon saya di Kuala Lumpur agar tidak terlibat dalam gerakan tersebut. Walau bagaimana pun, saya tetap ditahan oleh anggota polis dihadapan Central Market ketika pergi membeli kelengkapan belajar. Nasib baik saya dan beberapa rakan lain tidak dibawa ke balai polis kerana menunjukkan Kad Pelajar. Hakikat sebenarnya pihak polis juga tidak mahu kami melibatkan diri.

Demikian gambaran bahawa bertapa getirnya keadaan pada ketika itu. Beribu-ribu orang berkumpul menyatakan sokongan mereka kepada DSAI sehingga mereka sanggup mengalami kecederaan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Dua tahun yang lalu, sewaktu PRU ke 12, golongan yang menjadi penyokong PKR pimpinan DSAI juga sering mendabik dada sewaktu mereka dan Pakatan Rakyat berjaya merampas 4 Negeri pimpinan BN. Suara-suara mereka dengan lantang menyatakan bahawa rakyat kini sudah tidak menyokong UMNO dan Barisan. Rakyat sudah memiliki pengetahuan dalam memilih pemimpin mereka. Maka mereka dengan bangganya mengatakan bahawa merekalah Pembela Rakyat dan perikatan PKR, DAP & PAS adalah Pakatan Rakyat. Riak sungguh mereka.

Beberapa menjak kebelakangan ini, kiata juga sering dihidangkan dengan kisah-kisah takbur Pakatan Rakyat mengatakan ramai pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan terutamanya akan keluar Parti. Itulah yang mereka laungkan di Perak sehingga tiga dari kalangan mereka sendiri yang keluar Parti. Kemelut itu berpanjangan sehingga 9 haribulan nanti. Itu pun akan kita saksikan kisahnya nanti.

Tetapi sejak kes DSAI di keluarkan Khamis jumlah beribu-ribu itu tiba-tiba berkurangan. Malah boleh dikatakan penyokong-penyokong kuat DSAI yang beribu-ribu itu Ghaib. Ini satu fenomena yang sangat-sangat ajaib. Bayangkan, beribu-ribu penyokong yang sanggup mengadaikan nyawa bertempur dengan FRU pada bila-bila masa atas panggilan DSAI hilang begitu sahaja. Jangankan 1000 orang, mahu kumpul 100 pun payah. Apa sudah jadi? Adakah mereka takut dengan rintangan Polis yang giat menjalankan 'Road-Block' pada hari Jumaat yang lepas? Kenapa dulu mereka tidak gentar tetapi sekarang menikus pula? Itu jika kita persoalkan mereka dari luar. Desas desus yang Menteri Besar Selangor sebelum ini mengatakan beliau tidak hairan jika Ahli Jawatnkuasanya letak jawatan dan keluar parti juga boleh juga kita pertikaikan. Kata beliau, biarlah AJK PKR Bahagiannya letak jawatan, beribu lagi nak masuk PKR. Jadi, dimana mereka disaat Tian Chua berhasrat mengumpul 1000 hari Jumaat lalu?

Adakah mereka yang hadir seramai 200 orang itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa rakyat menyokong penuh kepimpinan DSAI? Atau adakah 200 orang itu dihantar oleh Bahagian masing-masing sekadar mahukan kata laluan DSAI sahaja?

Fikir-fikirkan lah.

Khamis, Februari 04, 2010

Hari ini drama swasta di Pulau Pinang masih diteruskan lagi. Kali ini rintihan bukan datang dari seorang yang berbangsa Melayu, tetapi sorang Ahli Parlimen Cina. Umum mengetahui bahawa diantara salah satu sebab jatuhnya Kerajaan Gerakan di Pulau Pinang dikatakan berpunca dari kegagalan kerajaan negeri membantu kaum Melayu disitu. Tetapi hari ini, Tee Beng menyatakan sekali lagi dengan Tegas bahawa Ketua Menterinya seorang yang angkuh.

Satu hakikat yang perlu kita sedar ialah DAP merupakan cabang DPP yang diterajui oleh Lee Kuan Yew. Jika kita menelusuri sejarah, pemisahan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah atas dasar tuntutan beliau dalam hak kesama-rataan. Walaupun majoriti bangsa cina pada ketika itu bersetuju dengan mengakui bangsa Melayu lebih dominan, Lee Kuan Yew tidak memperdulikannya. Hasilnya, Singapura telah keluar dari Persekutuan Tanah Melayu. Agenda tersembunyi Lee Kuan Yew adalah untuk mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu agar Perjanjian Kemerdekaan Negara dapat dilumpuhkan. Menurut perjanjian tersebut, perpaduan antara kaum di Tanah Melayu perlu dikekalkan selama 10 tahun. Walaubagaimana pun, cubaan Lee Kuan Yew gagal. Hanya pada tahun 1969, 12 tahun selepas kemerdekaan, keadaan menjadi huru-hara sekejap. Tetapi ia berlaku selepas 2 tahun dari tempoh yang telah ditetapkan. Maka, cubaan Lee Kuan Yew masih gagal.

Maka, tidak hairanlah selepas PRU ke 12 dua tahun yang lalu, Lee Kuan Yew datang melawat Perak, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Apabila beliau tiba di Pulau Pinang, beliau dengan bangganya menyatakan bahawa Pulau Pinang akan jadi Singapore yang kedua. Nah, persoalan yang sepatutnya ditanya pada ketika itu, adakah itu kemahuan rakyat Pulau Pinang? Agenda asalnya adalah menuntut pembelaan dari Kerajaan baru, bukan menjadi sebahagian dari percaturan Lee Kuan Yew.

Renungkan sejenak. Pada ketika Singapura mula-mula diambil alih oleh Lee Kuan Yew, semua orang-orang yang berbangsa Melayu yang tidak dilahirkan di Singapura dihalau keluar. Tindakan ini adalah untuk memastikan tidak ada penduduk di Singapura yang menentang tindakan kerajaan untuk bekerjasama dengan Negara Israel kerana itulah tindakan yang pertama dilakukan oleh Lee Kuan Yew. Adakah penduduk-penduduk di Pulau Pinang juga mahu dihalau keluar dari Negeri mereka?

Lee Kuan Yew sangat gembira apabila DAP dapat bergabung dengan PKR yang mana penasihatnya juga merupakan orang kuat Israel. Jadi api dengan api boleh bercampur. Itulah perumpamaannya.

Tetapi perkembangan terbaru di 2nd Singapore sejak akhir-akhir ini membuktikan bahawa tidak semua pemimpin PKR itu bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Hanya Penasihat Parti yang juga Ketua Pembangkang sahaja yang dilihat beria-ia mempertahankan Ketua Menterinya. Kerana apa, untuk dia terus kekal memimpin Pakatan Rakyat hingga beliau bergelar Perdana Menteri. Namun, hari ini Tee Beng mendedahkan Anwar Ibrahim tidak mengambil apa-apa pendekatan dalam menangani masalah di Pulau Pinang. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan menyebelahi Ketua Menterinya sahaja dan tidak berpihak kepada anak-anak buahnya sendiri. Tambahan pula, beliau sekarang sedang 'sibuk' menguruskan Mahkamah dari menguruskan anak-anak buah serta penyokong-penyokong beliau.

Menurut kata Tee Beng, Guan Eng semakin hari semakin angkuh. Mana tidaknya, beliau disokong oleh Lee Kuan Yew untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapore yang kedua. Lee Kuan Yew pula disokong kuat oleh Amerika dan sekutu rapatnya, Israel. Jadi mahu hairan apa jika Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi angkuh? Itu yang mereka pilih, yang Pakatan Rakyat mahukan. Maka sekarang, hadaplah Ketua Menteri itu.

Fikir-fikirkanlah.

Rabu, Februari 03, 2010

Salam 1Malaysia.
Jarang sekali dalam posting yang saya buat didalam blog ini menceritakan mengenai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Saya mengakui bahawa saya sebenarnya tertarik dengan drama swasta Pakatan Rakyat. Tetapi kadang kala, kita perlu tahu serba sedikit sejarah dan latarbelakang pertubuhan pertama orang-orang melayu di Tanah Melayu ini. Boleh juga kita jadikan ianya sebagai satu renungan dan menjadi satu wadah untuk generasi-generasi masa kini. Sekadar sebagai pemahaman mereka terhadap perkembangan politik Melayu di negara mereka sendiri. Malah saya juga yakin, ada juga segelintir dari kita dan juga ahli UMNO umumnya kurang mengetahui sejarah UMNO itu sendiri biarpun sudah lama menjadi ahli.
Umum kita mengetahui bahawa UMNO adalah Parti Bangsa Melayu Islam pertama wujud di Tanah Melayu. UMNO lah pertubuhan yang pertama dan dengan berjayanya mengumpul serta menghimpunkan bangsa Melayu disegenap pelusuk tanah air ini. Jika kita menelusuri sejarah perjuangan melayu dahulu, sepertimana yang pernah saya ceritakan, Melayu berpecah belah. Mereka lebih mengutamakan sifat ke negerian sehinggalah tertubuhnya UMNO pada tahun 1946. Hampir 500 tahun, baru bangsa Melayu sedar bahawa mereka perlu bersatu untuk menuntut hak mereka di negara mereka sendiri.
Dengan tertubuhnya UMNO dengan agenda utamanya demi Kemerdekaan negara, maka lahirlah juga Pemuda UMNO. Seawal penubuhan sayap UMNO yang pertama ini pada 2 Mac 1947, Pergerakan Pemuda UMNO dikenali dengan nama asalnya Jabatan Pemuda UMNO. Pada tanggal 26 Ogos tahun berikutnya, nama tersebut telah ditukar kepada Perikatan Pemuda UMNO yang diguna pakai sehingga ianya diharamkan. Namun begitu, Pemuda UMNO bangkit dan perjuangan mereka tetap diteruskan sehingga kini.
Pembahagian dalam proses perkembangan Pemuda ini telah dibahagikan oleh pakar-pakar sejarah kepada sembilan era yang berlainan . Setiap era dalam Pemuda UMNO ini mempunyai corak perjuangan dan kepimpinan yang begitu unik sekali. Ia berkembangan selaras dengan perkembangan badan induk dan keadaan negara pada waktu yang sama.
Era pertama merupakan era dimana Pemuda UMNO berusaha dalam menghidupkan pergerakan mereka sesuai dengan agenda kemerdekaan negara. Pada ketika itu, muncul dua tokoh terkenal yang menjadi pemimpin iaitu Kapten Hussein bin Onn dan Dato Abdul Razak Hussain. Kedua-dua ikon ini kemudiannya meneruskan perjuangan mereka dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pada era kedua, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengalami proses pengukuhan. Setelah agenda Kemerdekaan dicapai dengan jayanya, Saudara Sardon Jubir dan Senu Abdul Rahman memimpin generasi pemuda selepas Merdeka ke arah yang lebih stabil.
Era ketiga memaparkan cabaran besar kepada pimpinan Pemuda pada ketika itu yang sedang dilanda krisis negara yang pertama. Pergerakan Pemuda UMNO dilihat bergerak lebih aktif dalam menjadi sebagai tenaga pendesak dan pengawas terhadap bukan sahaja parti itu sendiri, malah Kerajaan Persekutuan dan badan-badan swasta yang mula wujud pada ketika itu. Ketokohan Datuk Harun Idris, Syed Jaafar Albar dan Datuk Suhaimi Haji Kamarudin benar-benar terserlah pada era ini.
Selepas itu, Pemuda UMNO menjadi medan dalam pengukuhan nilai-nilai Islam yang sejati dibawah pimpinan Anwar Ibrahim. Beliau yang pada ketika itu menjadi Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM telah berjaya mengukuhkan institusi dan jiwa Islam dikalangan Pemuda. Perjuangan Pemuda dalam mempertahankan hak-hak Umat Islam dan keutamaan dalam penyatuan ummah amat dititik beratkan pada era ini. (Namun ironiknya, perkara sebaliknya yang dilakukan beliau kini).
Konsep Pemuda Berakar Teguh, Berakal Canggih merupakan gagasan Ketua Pemudanya dalam era ke lima. Datuk Seri Najib Tun Razak cukup menekankan aspek ini dikalangan ahli-ahli Pemuda UMNO di Malaysia sejajar dengan hasrat kerajaan menjadi sebuah negara maju. Dalam waktu yang sama, kepimpinan barisan Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak turut menekan usaha-usaha pemulihan keutuhan parti dan memastikan UMNO itu sendiri terus mendapat kepercayaan masyarakat Melayu umumnya. Dalam era keenam pula konsep Wawasan 2020 diberi penekanan oleh Datuk Sei Najib Tun Razak serta barisan saf kepimpinannya.
Era ketujuh mengupas liku-liku kepimpinan Pemuda dibawah teraju Abdul Rahim Thamby Chik dan Pemangkunya Nazri Abdul Aziz. Fokus mereka diberikan sepenuhnya dalam perlaksanaan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Presiden pada ketika itu. Mereka menjadi nadi pengerak dalam merealisasikan cita-cita ini dan kesinambungannya masih diteruskan oleh kepimpinan Pemuda sehingga ke hari ini. Dalam era ini juga, perang untuk menghapuskan Isu Politik Wang dikalangan ahli dimulakan. Gerakan memupuk nilai-nilai kepimpinan dan soal perpaduan turut menjadi agenda utama mereka. Selain itu, isu dasar penswastaan, aspek-aspek keruntuhan moral masyarakat serta masalah-masalah setinggan juga dijadikan sebagai objektif utama dalam wadah perjuangan.
Ahmad Zahid Hamidi dalam era kepimpinannya iaitu era kelapan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenengahkan keazaman Pemuda yang beriman dan lebih semerlang. Beliau turut menubuhkan 22 Majlis yang bertindak bagi memantapkan jentera Parti. Melalui zaman kepimpinan beliau inilah juga, undang-undang syariah diseragamkan dan diletak dibawah kerajaan persekutuan.
Dan era yang terakhir ialah era kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ikon Pemuda UMNO yang melancarkan slogan: UMNO, Dulu, Kini dan Selamanya ini menghadapi saat-saat paling sukar sepanjang penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dengan kewujudan Parti Keadilan dan sebagainya, Pemuda UMNO tetap bangkit dan berdiri kukuh dibelakang badan induknya. Zaman ini, Pergerakan Pemuda UMNO melalui proses pemantapan dengan hasil yang cukup memuaskan pada Pilihanraya UMUM Ke-11. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga turut menggariskan formula bagaimana Melayu boleh kekal sebagai kuasa politik dan mampu bersaing dalam ekonomi pada masa yang sama.
Demikianlah sedikit rentetan kronologi kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang sangat-sangat menarik dan perlu diketahui ramai. Seandainya ada ruang dan peluang, akan saya huraikan setiap satu era ini mengikut kepimpinan masing-masing.
Dengan harapan agar generasi muda hari ini lebih kenal erti sebenar Perjuangan Pergerakan Pemuda dan mereka mahu mendekatkan diri dengan UMNO melalui pendedahan seumpama ini. Pemahaman mereka sangat-sangat penting kepada kita dan khususnya kepada UMNO sendiri dari ancaman-ancaman parti pembangkang yang bukan sahaja membawa dakyah-dakyah songsang malah turut menyebarkan penipuan demi penipuan yang menjadi racun kepada Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai ini. Semoga anak-anak bangsa kita ini dapat terus hidup dengan aman dan makmur hendaknya serta bijak memilih siapa yang sebenar-benarnya benar dan siapa yang tidak. Insya Allah.
Fikir-fikirkanlah.

Selasa, Februari 02, 2010

Salam 1Malaysia.

Selepas satu demi satu, kisah Pakatan Rakyat diperkatakan. Integriti mereka semakin hari kian meruncing. Itu belum kita persoalkan mengenai hubungan akrab mereka lagi.

Terbaru, kemelut Kerajaan Diktator di Penang seperti mana yang diperkatakan oleh Datuk Seri Zahrain, ADUN Bayan Lepas. Beliau turut menyelar tindakan yang dilakukan oleh Ketua Menteri beliau sendiri sebagai satu tindakan komunis. Namun, dua tiga hari kebelakangan ini, Penasihat Parti Keadilan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti Ayah Tak Mengaku Anak. Beliau bukan sahaja tidak menyokong anak buahnya sendiri dengan menyebelahi Guan Eng, tetapi beliau juga turut mengheret Zahrain ke Jawatan Kuasa Disiplin PKR Pusat. Turut sama di heret ke muka Jawatankuasa tersebut ialah Zaid Ibrahim dan Zolkiflie Nordin. Tindakan terdesak DSAI ini membuktikan bahawa PKR sebenarnya tidak mampu untuk berdiri sendiri tetapi perlu berpaut pada dahan DAP untuk terus bergerak. Hakikat bahawa mereka masih kuat di peringkat kepimpinan Pusat sebenarnya hangat-hangat tahi ayam sahaja.

DSAI dilihat sudah tidak mampu membendung anak buahnya dan mereka sudah mula menunjukkan rupa sebenar masing-masing. Malah DAP juga turut membalas serangan yang diberikan oleh sahabat baik mereka PKR dengan membongkarkan masalah dalaman sahabat baik mereka. Boleh juga kita katakan bahawa DAP mula menunjukkan Pekung didada PKR sendiri.

Mungkin DSAI terpaksa menghadapi pelbagai masalah peribadi dan menepis perintah Mahkamah dengan kes Liwatnya, maka beliau tidak mampu menarik tali temali anak-anak buahnya. Atau mungkin kebenaran dari rentetan kes-kes beliau itu membuatkan anak-anak buahnya hilang rasa hormat mereka kepada 'Bakal Perdana Menteri' ini. Persoalannya, adakah DSAI sudah hilang taring? Beliau juga sudah semakin kurang dilihat di Parlimen yang hampir setiap hari kita dapat tonton di TV1.

Apa yang lebih mengelirukan ialah pendirian sebenar ahli-ahli komponen Pakatan Rakyat ini. Adakah ini rupa bentuk Kerajaan Impian Pakatan Rakyat? Sesetengah pendapat menyatakan bahawa itulah yang diinginkan oleh generasi baru. Biarpun mereka dalam satu Pakatan, tetapi masih ada pertikaian sesama mereka dalam menentukan yang mana baik dan yang mana buruk. Tetapi persoalannya bukan didalam Negara. Bagaimana pandangan dunia luar? Bagaimana juga mereka hendak membangunkan negara jika asyik bertengkar dan tuduh menuduh diantara satu dengan yang lain?

Persoalan seterusnya ialah mengenai tindakan yang sebenarnya mereka maksudkan Disiplin ini. Jika kita lihat, setiap tindakan yang betul dan benar yang dilakukan oleh Ahli-Ahli mereka sendiri akan dihadap ke muka Jawatankuasa Disiplin. Bermula dengan Dr Hassan Ali yang secara terang-terangan mengkritik Selcat dan tindakan beliau merampas arak dalam kawasan majoritinya Melayu di Selangor. Beliau dikenakan tindakan disiplin dengan diberi amaran secara bertulis. Kemudian, Zolkiflie Nordin yang membuat laporan polis berikutan kenyataan Khalid Ismail berkenaan Isu Kalimah Allah. Beliau turut dihadap ke Jawatankuasa Disiplin. Dan yang paling terkini, Zahrain yang mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Diktator, Culvanis dan Komunis. Ianya gara-gara tindakan Kerajaan Negeri yang meruntuhkan kedai-kedai milik orang Melayu di Pulau Pinang. Akhirnya beliau bakal menghadap muka Jawatankuasa disiplin.

Maka inilah apa yang perlu kita persoalkan. Selain pandangan negara-negara luar, tidakkah kita di Malaysia ini turut mempersoalkan tindakan mereka ini? Adakah benar generasi baru kini mahukan golongan pembangkang dalam Pakatan itu sendiri? Adakah benar bahawa golongan-golongan yang fanatik ini mahukan pemimpin-pemimpin yang berani bersuara dan tidak hanya jadi pak turut? Jika benar, mengapa mereka-mereka yang diatas tersebut dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin dan dikenakan tindakkan? Ironik bukan?

Kita lihat dan saksikan sandiwara seterusnya Pakatan Rakyat di pentas impian mereka. Dan kita sebagai penonton perlu menilai dengan akal yang cerdas dan minda yang sihat. Tanya diri kita sendiri, adakah benar ini yang kita mahukan? Pertikaian demi pertikaian, drama demi drama, tepis demi tepis tapi akhirnya Negara entah ke mana, rakyat yang merana.

Fikir-fikirkan lah.

Ahad, Januari 31, 2010

Minggu ini, kronologi Husam Musa masih diteruskan. Isu royalti minyak masih lagi didendangkan oleh beliau dan desakan demi desakan terhadap Kerajaan Pusat diteruskan. Beliau sanggup menghabiskan masa yang sepatutnya beliau abdikan kepada rakyat dengan menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap tuntutan ini.

Kalau nak dipertikaikan perkara ini, banyak perkara boleh jadi persoalan. Pertama, banyak pulak masa Si Husam Musa ni buat kajian. Tak pernah pulak baca dalam mana-mana media menceritakan dia turun padang, melawat rakyat di kawasan atau membantu orang-orang kurang upaya di Kelantan. Sibuk nak tuntut duit je kerjanya.

Kedua, kata TGNA hidup di dunia ni sementara. Kalau tak dapat royalti minyak, dia nak tuntut diakhirat kelak mewakili rakyat Kelantan. Jadi buat apa tuntut duit dunia ni beria-ria sangat? Cari pahala la dari kumpul dosa mengutuk orang lain. Jadikan kehidupan Zuhud lagi bagus dari jadi pengemis yang suka meminta-minta. Berdoa kepada Allah agar seluruh rakyat Kelantan dipermudahkan rezeki baru betul. Kata Ulama.

Ketiga, beria pulak diorang ni kaji pasal kedudukan minyak kat Kelantan. Kenapa diorang tak nak kaji cadangan yang diberikan oleh Dato Dr Hassan Ali mengenai isu arak di Selangor? Adakah cadangan Dato Dr Hassan tu tak begitu penting dalam memartabatkan Islam di dalam Malaysia? Kenapa mereka nak kenakan tindakan pula atas cadangan Dr Hassan tu? Adakah sebab cadangan Dato Dr Hassan tu tidak membawa sebarang keuntungan kepada PAS dan cadangan Husam Musa lebih banyak mendatangkan wang?

Keempat, kenapa tiba-tiba, selepas 25 tahun kononnya, baru sekarang mereka nak tuntut royalti minyak ni? Kenapa baru sekarang beria-ria dan nampak macam terdesak sangat nakkan duit tu? Adakah sebab PAS Pusat umumnya dan PAS Kelantan khasnya dah takde duit? Tapi ada pulak 23juta wang digunakan untuk membaiki kawasan perniagaan dan 700 ribu untuk bina Bangunan PAS Pahang. Atau adakah PAS sebenarnya akan menjadi bank Pakatan Rakyat selepas DAP untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang? Ke sebab aktiviti pembalakan haram PAS di Kelantan dah semakin merosot, jadi mereka cari jalan lain untuk mendapatkan wang?

Kelima, kenapa dengan tiba-tiba juga PAS boleh jadi gila duit? Bukankah wang punca kepada kejahilan dan kemusnahan kepada umat manusia. Mereka jugak yang kata begitu. Bayangkan bahawa sebuah Parti Politik yang GAH dengan nama Islamnya boleh tiba-tiba jadi tamak, gilakan duit. Mereka jadi golongan yang tidak mahu bersyukur kepada nikmat Allah S.W.T kerana dapat hidup dalam sebuah Negara berbilang kaum dengan aman dan tenteram.

Saya cukup kecewa membaca perkembangan-perkembangan ini dari sehari ke sehari. Apakah entiti Islam dalam PAS sudah semakin luntur? Gagasan Negara Islam mereka sudah semakin berkubur sejak mereka menyertai Pakatan Rakyat. Taring mereka tumpul seperti diasah oleh DAP dan PKR dengan dendangan lagu Peneraju Kerajaan Pusat pad PRU13 nanti. Mereka hilang sengat dan tidak kelihatan seperti dahulu lagi.

Fikir-fikirkan lah.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Saudara - saudara sekalian. Hari ini saya terfikir sejenak selepas membaca mengenai kejadian manusia yang dicipta Allah S.W.T dalam tafsir Al-Qur'an Nur Qarim. Sesungguhnya Kebesaran Allah S.W.T memang diluar jangkaan manusia yang tidak memikirkan mengenainya.

Dikatakan dalam Al-Qur'an, bahawa Nabi Adam A.S, bapa kepada semua manusia di dunia ini dibentuk dengan tanah liat dari tujuh lapisan tanah dan dari tujuh jenis tanah yang berbeza. Setelah kewujudan Nabi Adam A.S, Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani telah mencipta Hawa A.S, ibu kepada semua manusia. Hawa A.S telah dicipta dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S sendiri. Hawa A.S tercipta untuk menemani Nabi Adam dalam kehidupannya seharian dan hari-hari yang mendatang.

Apa yang saya renungkan adalah, betapa besarnya erti yang tersirat disebalik kejadian ini. Maha Besar Allah S.W.T juga Maha Mengetahui akan setiap sesuatu dan perancanganNya cukup teliti. Perlaksanaan ciptaan Nya sangat-sangat membawa makna jika kita fikirkan.

Apa yang saya cuba terangkan ialah persoalan yang mula-mula muncul dari pemiikiran saya. Kenapa Hawa A.S dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam A.S.? Kenapa tidak dicipta dari tanah seperti Nabi Adam? Dan kenapa pula dari rusuk kira dan bukan dari rusuk kanan?

Hakikat sebenar menyatakan bahawa jawapan kepada soalan-soalan saya ini sangat mudah dan ianya bole difikir secara logik. Kenapa Hawa dicipta dari tulang rusuk dan tidak dari tanah hakikatnya ialah kerana perbezaan. Lelaki dan perempuan bukan dari kelompok yang sama, mereka berbeza diantara satu sama lain. Selain itu kejadian ini juga cukup untuk membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T itu Maha Besar dan Maha Agung. 'Kun Fayakun' maka jadilah ia. Subhanallah.

Perkara kedua mengenai kenapa rusuk kiri dan bukan rusuk kanan boleh kita fikirkan secara logik kerana di sebelah kiri terletaknya aset paling penting bagi seseorang manusia. Tugas tulang rusuk ini selain menguguhkan bentuk badan manusia, ia juga berfungsi untuk melindungi organ-organ dalaman manusia dari sebarang tekanan. Organ yang paling hampir ialah jantung manusia itu sendiri. Jantung manusia terletak disebelah kiri.

Sekali lagi, fenomena ini membuktikan bahawa Kekuasaan Allah dan KebesaranNya sangat luas. Biarpun kejadian Adam dan Hawa berlaku sejak berjuta-juta tahun yang lalu, tetapi hakikatnya ia sangat hampir dengan kita. Hubungan antara manusia itu juga sangat dekat dengan kita. Dan hubungan antara lelaki dan perempuan itu umpama tulang rusuk kiri dengan jantung sahaja. Masya Allah, Subhanallah.

Dan secara logiknya, Islam turut menaikkan martabat kaum wanita juga dengan kesedaran ini. Betapa pentingnya jantung itu kepada manusia, begitu jugalah pentingnya kaum Wanita dalam kehidupan seorang yang bergelar lelaki. Wanita melahirkan zuriat untuk lelaki dan mencambah biakkan generasi-generasi mereka diserata dunia. Mereka menjadi teman kepada suami dan menjadi ibu kepada anak-anak. Mereka diberi hak menjaga amanah suami dan juga amanah Allah. Mereka juga diberi keutamaan untuk menyediakan makanan serta keperluan suami serta anak-anak. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang asalnya dibentuk dari tulang rusuk sahaja.

Oleh yang demikian, atas kesedaran ini, sepatutnya kaum lelaki harus menghargai kaum wanita seperti yang sepatutnya. Mereka adalah sebahagian dari kehidupan lelaki sama ada secara sedar ataupun tidak. Kewujudan mereka diatas muka bumi ini sama pentingnya dengan kaum lelaki. Malah tugas dan tanggungjawab mereka juga cukup besar dan cukup mencabar. Hargailah wanita dalam hidup kita seperti Ibu, Isteri dan anak-anak perempuan kita sebagaimana kita sayangkan jantung kita. Sedarilah bahawa tanpa Jantung, kita akan menghadapi kesukaran untuk hidup..

Fikir-fikirkanlah.

Khamis, Januari 28, 2010

The Things That He Do.


Salam 1Malaysia to all the readers in my blog. Thought I never knew how many people read the things I wrote in this blog of mine. Yet, the determination and the spirit still grows on me day by day. The fact that not all things were told the right way or should I say not to the level where common people would understand. The question of why this happen, where, when and how still lingers in the mind of the public. But the answer is yet to no avail. Bloggers like me tend to speculate or maybe I should say to predict what should and what would happen in our own perspective.


I remember back when I was still a youngster, back when Anwar Ibrahim was the Deputy Prime Minister. People were saying that he is among the genius from the government ever had. His the best among the best. His own history provoke the mind of every student around the country back when he himself was the student. He summon the student from University Malaya to act against the Government through Public Speaking on the subject of Scholarship for the Bumiputra’s student who went to further their study in University. He was said to claim that full sponsorship from the government should have been given to the student, no matter either their poor or rich. It is their rights he says. So being a student at that time, and he was the Deputy Prime Minister, I also thought that his act was a virtue and pure at heart. But after I learnt more about his act regarding the scholarship matter, I became a bit provoked by it. The first question is, did he succeed with his rally or did he fail? What happen to him after the rally? Did he still continue his study or was he ban from his study? If he succeed, then I among the other Bumiputra student should be given full support and fully sponsored by the government. So where did it went wrong?


Here’s how it went wrong. Why did the Bumiputra student who further their study to the University earn the full sponsorship from the Government until today? Because back then, when he was the Minister of Education, he banish all the sponsorship saying that the Bumiputra student should not be treated by ‘spoon feeding’. They need to stand on their own feet to survive in the now days worlds, he said. Ironically, now a days, since he himself was banish from the UMNO frontline in 1998, he again provoke the student to fight for full scholarship from the government. From where I see it, that is sear stupidity. How idiotic of him to ask the public for something like that since he was the one who un-ruled the sponsorship in the first place?


Back when he finished his study, he was active with Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) and he became the ABIM President. Saying that ABIM fight for Muslim Youth and so on. Yet he never did anything to defend the Islamic Constitution back then and until recent. He once claim that he help several people in Sabah to Convert to Islam, yet The Herald Catholic Weekly reported that there a re many Kristian Followers in Sabah since 1985. He still became among the most loudly person to spoke from the other spectrum of Islam until today. How odd, is it not? And it was reported that yesterday, he claimed that the government had failed to tackle the issue on the attacks at churches and other houses of worships that happen recently. He, who once was suppose to fight for Islam Community, said that the Muslim in Malaysia have no rights to monopoly the issue regarding the word Allah to be use by other who is not Islam. His critics was publish by The Wall Street Journals.


The things that we had to ask ourselves, Don’t you think that he himself have been humiliating himself to the world by doing so? Is he or is he not a Muslim in Malaysia? Or the right question is, Is he still a Muslim? Did it never occurred to him that if he eagerly wanted to become the next Prime Minister of Malaysia that he actually have to clean the mess that he himself have made in the recent years? And to us, is this the value of a Prime Minister who we want in the futurr? To Think What He Did, huh.

Rabu, Januari 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Ini sekadar satu renungan kepada Kebesaran Maha Suci Allah S.W.T yang mencipta setiap sesuatu itu sebagai pengajaran buat umat manusia.

Cuba kita renungkan sejenak dan fikirkan maksud disebalik kejadian yang telah, sedang dan akan kita tempohi kelak.

27-11-09 - Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. 18-12-09 - Tahun Baru Hijrah juga berlaku pada hari Jumaat. 25-12-09 - Hari Natal juga pada hari Jumaat. 01-01-2010 - Tahun Baru Masihi juga pada hari Jumaat.

26-2-2010 - Maulud Nabi Muhammad S.A.W akan berlaku pada hari Jumaat. 2-4-10 - Matinya Jesus Kristus pada hari Jumaat. 28-6-10 - hari Wesak pada hari Jumaat. 10-9-10 - Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat. Dan juga Nuzul Qur'an - 27.8.10 (Jumaat),Deepavali - 5.11.10 (Jumaat).

Renungkan lah wahai sahabat sekalian!!! Al-Qur'an Nur Qarim juga turut menyebut bahawa Allah S.W.T telah mencipta Nabi Adam A.S pada hari Jumaat dan terjadinya KIAMAT juga pada hari JUMAAT!!!

Oleh itu, bertaqwa lah kita kepada Allah. Takut lah kita akan Kebesarannya. Kuatkan iman, perbanyakkan Amal Ibadat dan beristigfar serta berdoalah kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agung, semoga dosa-dosa kita di AmpuniNya. Innalillah Hiwainnalillah Hiroji'un.

Selasa, Januari 26, 2010

Salam 1Malaysia.

Sinar harian hari ini memaparkan wajah sedih dan kecewa seorang Timbalan dengan pengurusan 'Syarikat Sdn. Bhd' nya. Di katakan oleh YB Azan Ismail sendiri bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang dan juga Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu juga turut meluahkan rasa kecewanya terhadap kepimpinan baru PKR Pahang sejak perlantikan Pengerusi yang baru iaitu Dato Fauzi, yang kononnya Ayam Tambatan DSAI di Pahang. (Baca blog saya yang terdahulu. Ada Video lagi mengenai penipuan dan pembohongan oleh Dato Fauzi ini.)

Menurut kata YB Azan Ismail, beliau tidak sanggup untuk menurut arahan 'Bos' barunya kerana ia jauh bertentangan dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Selain tidak ada pembaharuan dan pentadbiran yang kurang cekap, beliau juga turut menyatakan:

''Saya tidak harus membiarkan pengurusan parti ditadbir urus sebagai satu perniagaan''.

Ini secara tidak lansung melakarkan kepada kita rakyat biasa, bahawa Parti Keadilan Rakyat, bukan sahaja di Pahang tetapi secara keseluruhannya tidak menumpukan perhatian dan dedikasi mereka terhadap Agama, Bangsa dan Negara. Bagi mereka, keuntungan melebihi segala-galanya. Terutama keuntungan peribadi. Jika mereka menang, mereka akan kata diri merekalah juara. Bukan rakyat. Itulah amalan sebenar mereka. Keuntungan hanya milik peribadi seseorang individu sahaja, bukan untuk semua. Jika buat program, maka pengerusi dapat nama. Yang buat kerja, sekadar buat kerja sahaja. Usaha mereka sedikit pun tidak dihargai. Entah-entah, ucapan terima kasih pun tiada. Siapa tahu.

Sedangkan terdahulu saya pernah memaparkan Video Pengerusi PKR Pahang yang secara terang-terangan, tanpa segan silu menipu ahli-ahli PAS di Bentong sewaktu Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Bentong. Beliau mengaku dihadapan khalayak ramai bahawa beliau sekarang merupakan ADUN Beserah. Kalau disemak semula, ADUN Beserah ialah Tuan Syed Mohammed Tuan Lonnik dari PAS. Dengan pembohongan seperti ini, masih lagi ada orang yang mahu menyokong beliau? Hairan dan ajaib penyokong Pakatan Rakyat ini. Mereka bukan sahaja pekak dan buta sahaja. Malah mereka juga bodoh dalam pertimbangan. Tetapi ironiknya, mereka rasa diri mereka bijak dan pandai.

YB Azan juga menyatakan bahawa sekarang, PKR Pahang turut mengamalkan 'Cah Keting' atau Pangkah memangkah sesama ahli. Namun teguran yang beliau luahkan selama ini tidak mendatangkan sebarang hasil.

Sedarlah, bahawa Parti Keadilan Rakyat ini ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan individu sahaja. Tiada niat lain bagi mereka. Lihat sahaja sejarah penubuhan mereka sebagai bukti. Untuk apa lagi kita menyokong mereka ini?

Agenda utama mereka, di dalam Pahang semata-mata memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dan Pentadbirannya. Mereka memperlekehkan usaha-usaha pembangunan yang dirancang serta yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Sedangkan mereka, satu apa pun tak buat. Tidak ada satu pun cadangan dari mereka yang boleh digunakan demi kepentingan rakyat mahu dari segi Agama, Bangsa dan Negeri. Bayangkan, bagaimana jika mereka yang memerintah nanti.

Adakah ini yang kita mahukan untuk anak-anak kita nanti? Adakah budaya memburuk-burukkan orang lain menjadi sebahagian dari budaya kita kelak?

Fikir-fikirkan lah.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Lain

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping