Berita Pahang

Selasa, Mei 31, 2011


Fuh!!! Lain macam betul diorang punya putar belit sampai mampu mengalahkan kentang putar yang dijual kat kedai ayam KFC.

Ingat rakyat Malaysia ni mudah sangat ke nak percaya cakap diorang? Tengok tajuk pun dah nampak sangat yang diorang ni menipu je kejenya.

Soalan pertama ialah, rakyat mana yang dimaksudkan oleh Tan Bun Teet ni? Rakyat Gebeng? Rakyat Kuantan? Atau rakyat yang diimport dari luar kawasan Negeri Pahang?

Kedua. Kalau setakat cerita cermin kereta pecah, tak payah cerita la. Ingat orang nak percaya ke? Kalau setakat baling batu kat kereta sendiri, lepas tu tuduh orang lain buat, boleh la.

Soalan ketiga, apa tengkoraknya diorang buat bantahan dekat teluk Chempedak tu tadi? Dah tahu dah ada puak - puak yang menyokong Kerajaan, diorang buat jugak menda jadahnya?

Bukan ke tujuan diorang buat bantahan tu disebabkan diorang menolak pelantikan IAEA sebagai badan bebas yang bertanggungjawab untuk menkaji semula pembinaan kilang Lynas di Gebeng sebelum ini?

Jadi, alasan yang dia bagi untuk tidak berjumpa dengan badan tu adalah satu alasan yang tak boleh diterima. Sebab dari mula lagi diorang memang dah tak terima kehadiran badan bebas tu.

Ini jugak merupakan satu helah yang sengaja diadakan oleh mereka agar dapat memutar belitkan lagi keadaan demi kepentingan mereka sahaja.

Bukan apa. Kalau diorang tak jumpa dengan badan bebas tu nanti keputusan yang dikeluarkan oleh Ahli Panel IAEA tu boleh diprotes dan dibantah.

Diorang boleh la kata konon keputusan kajian tu tak mengambil kira pandangan puak - puak Anti Lynas ni sebab diorang tak jumpa pun dengan panel tersebut.

Jadi diorang buat la cerita seumpama ini untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan ahli panel tu. Ingat orang tak tau ke taktik keji diorang ni? Ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke macam diorang?

Diorang tu je yang bodoh sebenarnya. Dah terlebih kena radiasi akibat bercampur dengan Si Fuziah 'Reaktor' tu lama sangat. Keje lain tak de, asyik nak menipu je kejenya!!!
"...Ish! Banyak Pulak Barang - Barang Ni!!!..."
Tajuk artikel ni merujuk kepada desakan yang dibuat oleh Si Fuziah dan puak - puak Anti Lynas ni la, apa lagi. 

Bagi mereka, memiliki barang - barang ni umpama menyimpan bahan radiasi yang turut dihasilkan oleh Lynas nanti.

Contoh Kereta Hybrid
1. Auto Catalyctic Converter yang didapati dalam kenderaan Hybrid yang mesra alam. Selain daripada ACC, blok enjin kereta Hybrid juga menggunakan bahan yang dihasilkan daripada Logam Nadir. 
Blok Auto Catalyctic Converter

2. Superconducter yang banyak digunakan dalam mesin MRI. Maka, sesiapa yang nak pergi buat pemeriksaan kesihatan dah tak boleh la sebab Fuziah tak bagi.

Contoh Mesin MRI Yang Biasa Ada Kat Hospital
3. Televisyen dan monitor jenis 'Flat Screen'  yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Jadi sesiapa yang melanggan Astro Beyond, baik buang je tv tu. Tak pun sedekah je.


4. Bulp Lampu atau mentol tungsten jenis yang baru ni. Rasanya mentol jenis ni memang banyak digunakan dirumah sekarang sebab dia menjimatkan tenaga elektrik.


5. Semua jenis 'Smart Phone' yang baru, terutamanya macam Iphone dan Blackberry. Sekarang ni, dua jenama ni tengah meletop dipasaran. Maknanya, Fuziah tak pakai la Blackberry untuk main twitter ye? Dia pakai apa ye?


6. Kalau dia tak pakai Blackberry atau Iphone, dia mesti pakai komputer. Bahan yang dihasilkan daripada logam nadir tu juga turut ada dalam Pemacu Disk atau dikenali sebagai 'Hard Disk'. Komputer kalau tak de 'Hard Disc' ni, umpama kereta tak de enjin.


7. Pemain MP3 dan jugak MP4 yang menjadi teman anak - anak muda zaman sekarang. Jadi tak pelik la kenapa anak - anak muda banyak mati sebab kanser ye? Dah diorang asyik usung bahan radiasi ni merata - rata. Tu kata Fuziah la kan.
8. 'Night Vision Goggle' yang biasa digunakan oleh pasukan tentera. Ala, teropong yang boleh tengok dalam gelap tu la. 


9. Pengukur Jarak Elektronik. Baru - baru ni, Syarikat Bosch ada keluar benda ni untuk memudahkan kerja - kerja Juru Ukur Bahan. Lepas ni, diorang kena pakai pakaian anti radiasi la kalau nak ukur jalan ye Fuziah???


10. Kelengkapan dalam kapal - kapal Perang milik Tentera Amerika Syarikat. Huh! Kenapa diorang tak jadikan baju anti radiasi tu sebagai baju rasmi diorang ek Fuziah???


Itu sebahagian yang dapat Semut paparkan. Kalau nak diikutkan, bersepah - sepah lagi barang - barang lain yang banyak menggunakan bahan hasil daripada Rare Earth ni.

Maka persoalan sama ada bahan hasil daripada Kilang Lynas ni ada pembeli atau tidak tak timbul. Sebab terlalu banyak barang - barang keperluan harian kita yang menggunakan bahan tersebut.

Jadi tak payah la susah - susah puak - puak Anti-Lynas tu nak kata yang bahan hasil kilang tersebut tak de pembeli. Kalau diorang kata macam tu, memang sah diorang penipu!!!

Kita tinggalkan sekejap cerita pasal Fuziah 'Reaktor'. Laporan ni penting untuk menyedarkan bangsa Melayu yang tak masih sedar diri dok asyik menyokong puak - puak DAPigs yang memang sah anti Melayu dan anti Islam tu.

Taktik DAPigs yang nak letak calon Melayu tu hanya 'wayang opera' je yang sedang dimainkan oleh pemimpin - pemimpin Ultra Chauvinis ni.

Diorang hanya nak mempergunakan sentimen tu untuk menarik perhatian dan mendapat sokongan pengundi - pengundi Melayu.

Dah jelas sangat dah diorang nak ambik tindakan tu sebab diorang dah hilang keyakinan terhadap PAS, rakan kongsi mereka dalam Pakatan Pembangkang tu.

Bukan ke diorang jugak ke yang kata PAS memang tak boleh harap untuk dapatkan undi Melayu? Itu pun orang Melayu tak sedar - sedar jugak?

Persoalannya, sejak bila pulak puak - puak DAPigs ni menjaga kepentingan Melayu? Pernah tak kita dengar DAPigs mempertahankan hak Melayu dalam Malaysia selama ini? 

Tak pernah hayat pun. Kalau mati hidup semula pun, diorang takkan mempertahankan hak orang Melayu. Nak melupuskan lagi hak tu, adala diorang buat.

Semut dapat berita petang tadi. Katanya seramai 64 orang ahli DAPigs yang berbangsa Melayu bertindak keluar dari parti rasis tu.

Mereka katanya dari Cawangan Lembah Kinrara, Puchong. Katanya diorang dah hilang kepercayaan terhadap DAPigs sebab mereka jelas tidak menjaga kepentingan Melayu. 

Yang diorang pergi ikut sebelum ni, menda ke jadahnya? Dah terang - terang DApigs ni anti Melayu, diorang percaya jugak buat apa?

Puchong bukan tempat Terasa Cock ke? Apa benda yang dibuat sampai ahlinya keluar parti ni? Tau menyalahkan orang lain je ke? Bila suruh mintak maaf, senyap pulak.

Dah memang jelas dah. Melayu yang menjadi Ahli DAPigs ni je yang tak sedar - sedar lagi. Tolong lah. Bukak mata sikit. Tengok betul - betul ke mana hala tujunya parti DAPigs ni.

Jangan la main ikut sesuka hati je. Jangan sampai buta mata dan buta hati. Dan yang lebih penting, jangan memalukan bangsa sendiri!!!

Fuh!!! tak habis lagi kehangat bantahan puak - puak Anti Lynas dekat Hotel Hyatt semalam. Hari ni bersambung lagi katanya.

Hampir 300 orang berkumpul di Teluk Chempedak sejak awal pagi tadi untuk menyatakan bantahan dan sokongan masing - masing.


Kumpulan Anti Lynas hadir seramai tak lebih dari 50 orang. Ada la lebih sikit dari semalam. Kira tak malu la Si Fuziah 'Reaktor' hari ni.

Tapi kehadiran diorang diimbangi oleh penduduk - penduduk sekitar kawasan Gebeng dan Kuantan seramai 200 orang yang menyokong tindakan Kerajaan melantik IAEA sebagai panel bebas.


Kekecohan dikatakan berpunca daripada ADUN yang tido sewaktu Sidang Dewan Negeri tempoh hari. 

Tuan Syed Lonik dari PAS membawa konco - konconya sehingga ke hadapan Hotel Hyatt, membantah campur tangan IAEA.


Kira dia nak tunjuk Hero pulak la hari ni. Dah la semalam dia tak datang. Terkulat - kulat la puak - puak DAPigs tu semalam.

Ni la kerja orang yang tak de kerja sebenarnya. Buat bantahan membabi buta. Main ikut je arahan orang lain tanpa mengira kesannya dimasa akan datang. Tak ke bodoh namanya tu? Nak memperjuangkan rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Masih belum selesai rasanya Semut mengigit Si Fuziah 'Reaktor' ni. Hanya semata - mata dia kuat sangat menipu rakyat.

Tapi jangan sangka setakat tu sahaja agenda Si Fuziah dan konco - konconya ni. Dia masih ada lagi agenda yang lagi besar dan jahat yang bakal menggugat ekonomi Negara secara lansung.


Taktik sebenarnya Si Fuziah dan geng - geng Anti-Lynas ni adalah untuk memburuk - burukkan imej Negara dikalangan pelabur - pelabur asing.

Pertama sekali, mereka menjaja cerita bahawa Kerajaan Malaysia ni kejam kerana sanggup memperjudikan nyawa rakyatnya dengan membina kilang memproses logam nadir bumi itu.

Maka, secara tak lansung, mereka nak kata yang Kerajaan Malaysia ni tak ambil kira lansung mengenai keselamatan rakyat demi mendapatkan keuntungan kononnya.

Itu baru satu agenda yang direncanakan oleh puak - puak Anti Lynas ni sebenarnya. Satu lagi agenda mereka ialah agar kilang tersebut tidak dibina lansung di Malaysia ni.


Keadaan ini akan turut merugikan Kerajaan Malaysia dengan kehilangan satu sumber pendapatannya iaitu cukai yang dikenakan ke atas kilang tersebut serta hasil - hasilnya.

Bayangkan, kalau satu dunia beli logam nadir tu dari Malaysia, tak untung ke Kerajaan Malaysia dan rakyat - rakyatnya kelak?

Rakyat untuk sebab dapat peluang pekerjaan yang disediakan. Di kilang tu sahaja, lebih 20ribu peluang pekerjaan yang ditawarkan.


Itu kilang memproses sahaja. Belum kilang yang menghasilkan barang - barang dari sumber yang diproses tu pulak. Silap - silap hari bulan, Toyota pun akan bukak kilang mereka di Malaysia.

Agenda yang seterusnya ialah menghalau pelabur - pelabur asing agar tidak datang melabur di Malaysia sekiranya pihak Kerajaan membatalkan cadangan pembinaan kilang tersebut.

Kalau Kerajaan Malaysia membatalkan pembinaan kilang tu, dah tentu Lynas akan kata, Kerajaan Malaysia cakap tak serupa bikin. Maka secara tak lansung, perkara itu akan menjejaskan imej Negara.

Itulah sebenarnya agenda jahat yang direncanakan oleh puak - puak Anti-Lynas ni yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' ni. Itu pun puak - puak Anti Lynas ni tak sedar agaknya. 

Maklum la, diorang menyokong pun main ikut secara membabi buta je. Dah la kena kencing pulak dengan Si Fuziah 'Reaktor' tu. Lagi la diorang tak tau apa - apa!!!

Tengok pada gambar diatas. Salah satu sepanduk yang digunakan oleh puak - puak Anti-Lynas semalam semasa demonstrasi bantahan kehadiran IAEA di Hotel Hyatt, Kuantan.

Mereka mengajukan soalan ini kepada Syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dunia iaitu Toyota Motor Corporation.

Ianya satu soalan bodoh yang sengaja diadakan oleh puak - puak yang terpengaruh dengan radiasi Si Fuziah 'Reaktor' ni.

Jawapannya dah tentu la Toyota akan beli hasil yang dikeluarkan oleh Lynas nanti. Malah bukan setakat Toyota sahaja, satu Jepun pasti akan membeli hasil logam nadir yang diproses tu.

Mengikut laporan yang disiarkan dalam New York Times, Jepun merupakan salah satu Negara yang paling banyak menggunakan hasil logam nadir ni untuk industri teknologi mereka.

Terutama sekali dalam bidang elektronik dan permotoran. Sebagai contoh, Toyota menggunakan hasil logam nadir ini untuk menghasilkan enjin kereta Hybrid mereka, Prius.

Turut dilaporkan bahawa Jepun sekarang memang tengah mencari sumber lain selain dari Negara China untuk mencukupkan bekalan bagi kegunaan mereka dimasa akan datang.

Malah Kerajaan Jepun juga telah meluluskan bajet yang dibentang pada bulan Oktober tahun lalu untuk menambah bekalan mereka.
Late last week, Japan’s trade minister, Akihiro Ohata, said he would ask the government to include a “rare earth strategy” in its supplementary budget for this year.
Jadi, dah tentu - tentu Toyota akan beli logam nadir atau Rare Earth yang akan dihasilkan oleh kilang Syarikat Lynas tu nanti. 

Tak payah la susah - susah puak - puak Anti - Lynas tu nak tanya soalan bodoh macam ni. Jangan la nak menipu rakyat je kerjanya!!!
"...Ishk! Kenapa Pulak Dia Letak Jawatan Sekarang???..."
Macam yang Semut cakap semalam. Masih belum selesai lagi cerita pasal Si Fuziah 'Reaktor' ni. Semuanya gara - gara 'Kebocoran' yang dia alami jugak la. sebenarnya.

Jangan dia salahkan orang lain. Yang dia sibuk sangat nak mempolitikkan isu Lynas ni menda jadahnya? Setakat sengaja nak mempopularkan diri, baik tak payah.

Ni satu lagi berita yang katanya membuatkan dia hampir hilang akal hari Ahad lalu. Dengar kata Pengerusi kumpulan Anti - Lynas tu dah letakkan jawatan.

Kononnya kata Vincent Jiam tu, dia letak jawatan sebab nak bagi laluan kepada orang lain mengepalai puak - puak Anti-Lynas ni. Orang yang lebih muda kata dia.

Alamak, brader. Tolong la. Jangan bagi alasan bodoh boleh tak? Kalau setakat itu je alasan dia, menda jadahnya dia tubuhkan Gerakan Anti-Lynas tu dulu?

Tak sampai setahun pun bergerak, menda jadahnya dia nak letak jawatan pulak? Tak masuk akal lansung. Rakyat perlu tahu, apa sebab sebenarnya dia letak jawatan tu?

Tapi dengan adanya perletakkan jawatan tersebut, maka semakin jelas bahawa Si Fuziah ni dah ditinggalkan terkontang - kanting seorang diri dalam perjuangan bangang dia ni.

ADUN - ADUN dan Ahli Parlimen lain dari Pahang pun tak sokong dia. Jadi menda jadah pulak rakyat pun nak turut serta? Tak ke bodoh namanya tu?

Dah semakin jelas bahawa Si Fuziah 'Reaktor' ni sebenarnya berjuang dengan isu Lynas ni hanya untuk KEPENTINGAN POLITIK DIA SAHAJA. Bukan sebab nak membela nasib rakyat sangat pun!!!

Mak ai!!! Lain macam betul Anak Emas Kesayangan Si Anugay ni ye. Boleh pulak dia mimpikan orang lain masa dia tidur sebelah suami dia??? Patut la dia tersenyum meleret je ni.

Dah la tu. Orang yang dimimpi - mimpikannya pulak bukan sebarangan orang. Dia mimpikan Sultan Melaka tu. Fuh!!! Dahsyat!!!

Hakikatnya, Si Nurul Izzah ni mula menampakkan wajah dia sebagai seorang penderhaka. Adakah dia nak kata bahawa Sultan yang ada sekarang tidak setanding dengan Sultan Melaka?

Adakah dia nak maksudkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Malaysia ni tak layak jadi pemerintah?

Nampak sangat la dia nak mempertikaikan Raja - Raja Melayu yang ada di Malaysia ni sebenarnya. Itu sebenarnya dia buat rencana tersebut.

Apa, dia ingat kalau sistem Negara ni masih lagi menggunakan sistem Melaka, dia masih boleh jadi wakil rakyat ke? Baik balik pergi kaji sejarah dulu la. Jangan main hentam kromok je buat rencana.

Kalau ye nak berpolitik pun, agak - agak la. Jangan la jadi penderhaka pada Sultan sendiri. Dah la bangsa pun dia khianati dengan menyebarkan dakyah - dakyah pembohongan. nak jadi pembela rakyat konon!!! Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Nanti kita sambung cerita pasal Lynas. Banyak lagi isunya ni. Tak cukup tanah la Si Fuziah tu nanti dibuatnya. Hehehe...

Fuh!!! Sehari - hari - hari ni, keje Semut asyik membalun Si Fuziah 'Reaktor' tu je. Tak de dah keje lain. Tapi bukan sebab apa. Sebab dia suka sangat menipu orang.

Jadi sebab itu lah dia dibalun habis - habisan hari ni. Kalau nak diikutkan, banyak fakta yang dia buat semuanya tidak tepat dan ianya sengaja diputar belitkan oleh dia.

Maka, mari kita lihat semula kronologi bagaimana semua masalah ni bermula hasil daripada permainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu.

1. Pada akhir tahun 2008, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah menerima satu cadangan daripada MITI mengenai pembinaan kilang yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Kilang tersebut akan dibina dikawasan Petroindustri, Gebeng, Kuantan.

Nama pun dah kawasan Petroindustri. Kawasan tu memang dikhususkan untuk membangunkan kilang - kilang bagi industri berat. Dah la tu, jauh pulak dari kawasan penduduk.

2. Pihak Kerajaan Negeri diberi taklimat oleh Syarikat Lynas mengenai bahan - bahan yang dihasilkan. Peserta taklimat terdiri daripada Exco Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional, ADUN serta Ahli Parlimen Pembangkang. 

Termasuk la dengan Si Fuziah 'Reaktor' tu sendiri. Taklimat tersebut diadakan pada tahun 2009. Tiada bantahan yang dibuat oleh pihak Pembangkang mengenai pembinaan kilang tersebut sewaktu taklimat diadakan.

3. Awal tahun 2011, gempa bumi besar melanda Jepun sehingga mengakibatkan kebocoran serious kepada loji - loji Nuklear mereka. Tahap kebocoran itu menghasilkan radiasi yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kanser kepada penduduknya.

Tapi siapa sangka ye tak? Itu bencana alam. Ketentuan Allah S.W.T keatas manusia. Kalau tidak, selama ni, loji nuklear tu la yang membekalkan tenaga kepada penduduk - penduduk di Fukushima.

4. Kesempatan itulah yang digunakan oleh Si Fuziah 'Reaktor' untuk memulakan gerak kerja Anti-Lynasnya. Maka habis satu Kuantan dicanangnya mengenai pembinaan 'Reaktor' Nuklear oleh pihak Lynas di Gebeng.

Tujuannya adalah untuk menakut - nakutkan penduduk setempat dan menyebarkan fitnah mengenai bahaya kilang tersebut. Ayat yang sering diulang - ulang ialah mengenai Nuklear, Radiasi dan Kanser.

Dia dan puak - puak dia menjual cerita kata perkara yang berlaku terhadap Fukushima akan turut sama berlaku di Kuantan sekiranya kilang tersebut dibiarkan beroperasi kelak.

5. Pihak Kerajaan kemudiannya membuat penjelasan bahawa kilang yang dibina oleh pihak Lynas itu bukan kilang Nuklear seperti di Fukushima. Ianya hanya sebuah kilang memproses Logam Nadir yang dikenali sebagai Rare Earth.

Bahan mentah dari Rare Earth ini dibawa ke Malaysia dari Negara Australia, Negara asal syarikat Lynas dimana lombongnya terletak di Mount Weld, Australia.

6. Dan - dan tu jugak, puak - puak Anti-Lynas pimpinan Si Fuziah ni menggunakan fakta tersebut untuk mempertikaikan mengenai kenapa bahan tersebut tidak diproses di Negara Australia sahaja? Kenapa ia perlu dibawa ke Malaysia? Kenapa tidak ke Negara lain?

Syarikat Lynas menjelaskan bahawa Australia kekurangan sumber untuk memproses bahan tersebut. Sumber yang dimaksudkan ialah air yang mencukupi kerana umum tahu, Australia memang menghadapi masalah bekalan air mentah yang bersih.

7. Tapi sebab tak puas hati jugak dengan kenyataan yang diberikan, Si Fuziah & The Geng tetap mencari jalan lain agar kilang Lynas ini tidak terus dibina di Gebeng. Mereka kaitkan pula dengan kebocoran yang berlaku di Bukit Merah 20 tahun yang lalu.

Namun, kenyataan itu telah dijelaskan oleh pihak AELB bahawa kilang di Bukit Merah itu tidak memproses bahan yang sama seperti di Gebeng. Bahan mentah yang dihasilkan turut mengandungi sisa bijih Timah yang jauh lebih bahaya daripada sisa bahan Logam Nadir.

Lagi pun, dalam taklimat yang dijelaskan hari ini, panel IAEA juga mengesahkan bahawa radiasi yang dihasilkan oleh sisa timah memang jauh lebih merbahaya daripada Thorium.

8. Tahu sebab apa Fuziah kaitkan kilang di Gebeng dengan yang ada di Bukit Merah? Sebab namanya sahaja. Nama syarikat yang mengusahakan kilang di Bukit Merah tu Asian Rare Earth (Bhd) atau lebih dikenali sebagai ARE.

Hanya itu sahaja hubungan yang dikaitkan oleh Si Fuziah 'Reaktor' dengan kebocoran yang berlaku 20 tahun yang lalu di Bukit Merah. Bukan sebab bahan sisanya sama atau sebagainya.

9. Mereka masih jugak tak puas hati selagi Kerajaan tidak membatalkan pembinaan kilang tersebut dan memenuhi tuntutan mereka. Maka diorang buat dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sengaja memperjudikan nyawa penduduk - penduduk di Gebeng dengan membina kilang tersebut.

Dalam Ssidang Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada kaitan lansung dengan pembinaan kilang tersebut. Kilang tersebut menggunakan sepenuhnya duit syarikat. Malah tapak kilang tersebut jugak dibeli oleh syarikat tersebut secara peribadi. Tanah tu pun bukan milik Kerajaan.

10. Ketika MB Pahang membuat pendedahan bahawa projek Lynas ini dicadangkan oleh Kerajaan Pusat, ADUN Beserah (PAS) didapati sedang nyenyak tidur. Dia terpaksa dikejutkan oleh rakan - rakan pembangkang lain yang ada dalam Dewan pada ketika itu.

Tak ke haru tu? Pada hal kawasan perindustrian tu terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri dia. Boleh pulak dia tido masa tu? Tak bertanggungjawab lansung.

11. Si Fuziah 'Reaktor' ni masih jugak tak puas hati. Dia katanya turut menghantar satu surat terbuka kepada MB Pahang agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Bebas yang terdiri daripada panel - panel Pakar mengenai sisa toksik dan radiasi sebelum kilang tersebut dibenarkan untuk beroperasi.

Jadi, pihak Kerajaan pun bersedia melantik panel yang pakar mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mendapatkan pandangan daripada Agensi Kuasa Atom Antarabangsa atau dikenali dengan nama IAEA.

12. Bila perkara tersebut diumumkan, Fuziah tetap tak puas hati jugak. Dia memohon agar Jawatankuasa tu turut dianggotai oleh panel luar yang terdiri daripada pemimpin masyrakat agar mereka mendapat penjelasan sepanjang kajian dijalankan.

Tujuan dia bukan apa. Dia sendiri yang nak menganggotai Jawatankuasa tu sebenarnya agar dapat dilihat sebagai Hero dikemudian hari. Tak masuk akal lansung cadangan dia tu. Apa kelayakan yang dia ada untuk menjadi Ahli Jawatankuasa tersebut?

13. Disebabkan tuntutan dia tidak dipenuhi, maka terjadilah insiden seperti hari ini dimana puak - puak Anti-Lynas tu membantah penglibatan IAEA sebagai panel bebas yang diberikan amanah untuk menjalankan kajian mengenai isu Lynas ni.

Konon kata diorang, IAEA ni hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja. Mereka kata IAEA ni tak layak nak menjadi panel bebas kerana ianya bukan bidang kuasa mereka kononnya.

Fuh!!! Berjela - jela kronologi ni rupanya. Ingatkan pendek je. Tapi itulah hakikatnya. Si Fuziah 'Reaktor' ni memang jenis tak kan berpuas hati selagi agenda Politik dia tak tercapai.

Sebab itu lah, apa sahaja penjelasan yang dibuat, dia mesti bantah. Dia mesti cari jalan lain untuk tersu mempolitikkan perkara tersebut. Dah nampak sangat yang dia sengaja nak menjadi Hero demi kepentingan Politik dia je sebenarnya.

Dia nak tunjuk kat Anugay tu yang dia buat kerja. Bukan macam Si Azan Ismail atau Si Fauzi pendek tu. Tapi kot ye pun nak jual diri, jangan la menipu rakyat!!!

Isnin, Mei 30, 2011



Ha! Bukan setakat gambar je yang Semut sempat buat petang tadi. Video pun ada. Ini video bantahan yang dibuat oleh rakyat.

Mengenai bantahan yang dibuat petang tadi, Semut hanya sempat menemubual dua orang wakil ni sahaja. Itu pun atas kesudian mereka memberi pandangan. 


Yang ni, pandangan dari wakil penduduk - penduduk di Gebeng dan Beserah, Kuantan.


Yang ni pulak, mewakili Badan Bukan Kerajaan atau NGO dan Belia - Belia Negeri Pahang.




Tu je yang Semut dapat. Tapi, jangan marahkan Semut pulak sebab tak menemubual puak - puak Anti-Lynas tu. Diorang sendiri yang tak nak ditemubual sebenarnya.

Banyak sangat soalan yang ditanya dek diorang. Dari mana, nak buat apa, media apa dan macam - macam lagi la soalan bangang yang diorang tanya. Kalah Polis la pulak.


Orang hanya nak mintak pandangan pun diorang tak nak bagi. Konon diorang nak sangat membela nasib rakyat. 

Takkan diorang nak orang lain ikut cakap diorang je. Orang lain pun ada suara dan pandangan mereka jugak. Bila kita nak temuramah, takut pulak masing - masing. Cakap tak serupa bikin. Ceit!!! Pigidah!!!

Pelik bunyi tajuk artikel ni kan. Macam mana pulak puak - puak yang membantah ni boleh jadi penyokong? apa yang mereka bantah dan apa pulak mereka sokong???

Petang tadi, Semut siarkan satu artikel yang bertajuk: Ribuan Datang Membantah. Siap dengan gambar - gambar sekitar kawasan Hotel Hyatt, Kuantan lagi.

Artikel tu bukan bertujuan untuk mengubah fakta. Tetapi itulah hakikat sebenarnya. Memang ribuan orang yang membantah mengenai isu Lynas ni.

Ada puak yang membantah secara membabi buta sahaja demi kepentingan Politik individu tertentu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Macam puak - puak Anti-Lynas tu la yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' tu. Tujuan dia ialah untuk memporak - perandakan keadaan dan menimbulkan huru hara semata - mata.

Satu puak lagi membantah campur tangan puak - puak Anti-Lynas ni dalam usaha panel bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan dari menjalankan tugas mereka.

Bagi puak - puak ini, isu ini bukan lagi soal Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu sahaja. Tetapi demi mendapatkan Kebenaran mengenai perkara tersebut. 

Persoalan yang timbul dikalangan puak - puak ini ialah kenapa geng - geng Anti-Lynas ni nak membantah lantikan IAEA sebagai badan bebas untuk mengkaji tahap keselamatan kilang memproses logam nadir tu?


Bukan ke puak - puak Anti-Lynas tu jugak yang beria - ia nak pihak Kerajaan melantik satu panel bebas yang berkelayakan untuk memastikan tahap keselamatan kilang tersebut sebelum ianya dibenarkan beroperasi?

Jadi kenapa diorang buat bantah pulak sekarang ni? Sebabnya, maklumat yang disampaikan oleh Si Fuziah tu ternyata tidak tepat dan telah diputar belitkan.

Dia buat dakwaan bahawa IAEA adalah sebuah badan Antarabangsa yang hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja. 

Sedangkan apa yang dijelaskan oleh wakil daripada pihak IAEA pagi tadi jauh dari tafsiran yang dibuat oleh Si Fuziah 'Reaktor' ni.


Kata mereka, IAEA bukan sahaja menangani isu Nuklear sahaja. Mereka juga turut terlibat dalam kajian terhadap semua bahan mineral yang dikatakan mengandungi bahan radiasi.

Sebagai contoh, panel ini pernah membuat kajian terhadap perlombongan emas di Africa yang dikatakan mempunyai komposisi radiasi yang sama seperti logam nadir.

Dah jelas bahawa bantahan yang dibuat oleh puak - puak Anti-Lynas ni dibuat secara membabi buta sahaja tanpa mendapat keterangan serta fakta yang betul dari pihak tertentu. 

Ianya hanya mainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' itu sahaja yang kerjanya menipu rakyat je. Tak lebih dari itu. Macam dah tak de kerja lain!!!

Tadi kita dah tegok aksi - aksi dari puak - puak yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri yang memanggil pasukan panel penilai dari IAEA mengenai isu Lynas.

Kali ni, kita tengok pulak gambar - gambar aksi dari pihak geng - geng Fuziah 'Reaktor' yang katanya hampir mencecah ratusan orang tu.


Kalau dikira, jumlah diorang yang membantah ni tak sampai pun 50 orang. Itu pun termasuk la orang tua - tua. Dah la tu, siap import orang luar lagi. Bila masa pulak orang Pahang pakai nombor plat 'D' ni???


Dan, macam dah jadi kebiasaan puak - puak Pakatan Pembangkang ni, budak - budak pun akan dipergunakan jugak demi Politik mereka.


Yang menghairankan Semut, kenapa puak - puak yang membantah ni semuanya dari kaum Cina sahaja? Kenapa tak ada pun dari kaum - kaum lain?

Malah pemimpin - pemimpin Pembangkang laiin seperti Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) dan Tun Sayed Lonik (ADUN Beserah) pun tak nampak batang hidung.


Nampak sangat la yang buat bantahan ni sebenarnya Si Fuziah tu sorang - sorang je. Dia je yang beria - ia sangat nak menjual diri dia supaya nampak macam dia 'Hero' membela rakyat.

Padahal, dia sekadar nak tunjuk yang dia tu buat kerja sebab KPI dia dalam Pakatan Pembangkang dikatakan paling corot.


Jadi ni sebenarnya semua ni hanyalah mainan Politik berkepentingan Si Fuziah 'reaktor' tu je. Bukan nak membela sangat pun!!!

Fuh!!! Hangat cuaca petang hari ni menghangatkan lagi keadaan di sekitar Hotel Hyatt, Kuantan. 


Hotel tersebut dikatakan menjadi tempat tumpuan panel - panel dari AELB mengadakan perjumpaan dengan Badan - Badan Bukan Kerajaan.


Kita cerita dulu pasal puak - puak yang membuat bantahan terhadap puak - puak Pakatan Pembangkang. Nanti kita cerita pasal pasal puak - puak Pembangkang pulak ek.


Dilaporkan hampir dua ratus orang yang hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap langkah Kerajaan dengan melantik badan bebas tu untuk mengadakan kajian.


Puak - puak yang menyokong Kerajaan itu rata - rata datangnya dari kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitar Kuantan.
"...Hish!!! Apsal Diorang Datang Jugak ni!!!..."
Hah! Hari ni ada lagi pendedahan mengenai isu Lynas ni dan dikatakan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu dah semakin menggila.

Dia didapati meracau - racau apabila mendapat tahu bahawa barisan panel pemantau dari IAEB kini sudah berada di Kuantan, Pahang untuk menjalankan kerja - kerja mereka.


Awal pagi tadi, barisan panel yang terdiri daripada pakar - pakar seluruh Dunia hadir dalam satu sesi tertutup dengan pihak Kerajaan Negeri.

Di antara wakil - wakil yang terlibat termasuk dari Belgium, Canada, India dan Amerika Syarikat. Masing - masing mempunyai kelayakan dalam bidang radiasi dan nuklear.


Menurut kata salah seorang dari wakil tersebut, panel - panel yang dipilih oleh IAEB ini mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang kajian Rare Earth atau logam Nadir.

Sebagai contoh, wakil dari India yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengurus dan memantau pemprosesan logam nadir di Negaranya sendiri.

Menurutnya, kini bekalan mentah di Negaranya sudah semakin berkurangan, maka kilang pemprosesan juga semakin kurang menjalankan aktiviti tersebut.

Hah! Tak pelik la kenapa Si Fuziah 'Reaktor' tu meroyan tak tentu pasal. Rupanya, barisan panel tu dah ada di Kuantan. 

Patut la puak - puak penyokong Bontot Si Fuziah tu dok sibuk berkumpul di hadapan Hotel Hyatt, Teluk Chempedak, Kuantan, tempat penginapan delagasi tersebut.

Tapi nak buat demo menda jadah kalau setakat ada kurang dari 20 orang je yang berkumpul? Itu saja nak buat bising, bukan nak buat bantahan!!!

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Lain

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping