Isnin, Februari 20, 2012


Sebelum ni, puas jugak la kita dengar spekulasi yang mengatakan Si Pak berahim tu nak cabut lari dari terus bertanding dengan Jengka.

Kenyataan dia yang dikeluarkan sebelum ini (klik sini) memberi gambaran kemungkinan dia akan beralih angin dan tak terus bertanding di DUN tersebut.

Ingatkan setakat dia tak dapat nak jelaskan pasal isu tanah peneroka yang dia pajak sebelum ni. Rupanya ada sebab lain.

Baru - baru ni, dengar cerita, kubu kuat Pak Berahim tu dah kena gempur dengan Datuk Dr. Hassan Ali. Lebih dari 3500 orang yang hadir dengar ceramah Hassan Ali.

Dari sumber yang Semut dapat, ramai jugak orang PAS kawasan Jengka yang turut serta. Tapi diorang setakat duduk didalam gelap.

Sama ada orang PAS nak mengaku atau tidak, itu bukan persoalannya. Hakikatnya, dah ramai dikalangan mereka yang sedar berikutan pendedahan yang dibuat oleh Dr. Hassan.

Kiranya, ada la kesan pemecatan Hassan Ali dalam PAS sebelum ni. Jadi, tak payah la PAS nak tipu rakyat dengan mengatakan sebaliknya!!! Sedar je la diri tu dari terus ditipu oleh Si Ketua Penipu tu woi!!!
Siapa sangka Dr Hasan Ali Berjaya menembusi Jengka, kubu kuat Tuan Ibrahim Tuan Man. Seramai 3,500 orang membanjiri perkarangan Mini Stadium Jengka. Pengunjung dilihat tidak berganjak dari kerusi dari awal hingga ke akhir ceramah.

Dr Hasan Ali kini bergerak atas perjuangan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja) dan mahu menghancurkan parasit yang berada di dalam PAS dan mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Hasan Ali menyeru kepada penduduk Jengka supaya tidak memberi undi kepada DAP, PKR dan Parasit dalam PAS. Beliau kecewa dengan kepimpinan PAS yang taasub kepada Anwar dan DAP menyebabkan PAS tersasar dari perjuangan asalnya dan banyak kesilapan yang dilakukan.

Tindakan Tuan Ibrahim yang mahu Hasan Ali meletak jawatan sebagai ADUN Sri Gombak menggambarkan Tuan Ibrahim juga tunduk kepada sekutunya DAP dan PKR berbanding dari mempertahankan Hasan Ali yang telah tiga tahun lebih memegang jawatan Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Akhirnya portfolio Hal Ehwal Agama yang dipegang PAS jatuh ke tangan PKR. - Selanjutnya, klik kat sini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping