Selasa, November 27, 2012


Hadus!!! Tak serik - serik lagi ke pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni nak kena bogel depan orang ramai? Tak sedar diri lagi ke?

Dengar kata ada lagi isu - isu panas yang akan didedahkan berkaitan dengan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni esok. Cerita apa pulak ye?

Hah!!! Yang tu kena tunggu la. Buat masa ni, layan dulu pendedahan yang dibuat sebelum ini. Esok baru kita cerita lain pulak. Tapi, jangan pulak ada yang tak sampai 'klimaks' malam ni sudah la!!! Naya wo!!!
Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.

Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.

Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.

Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.

Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud. 

Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.

Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja. 

Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak?

Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes. Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping