Kesian sungguh kita melihat ADUN puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Nak bezakan benda yang begitu punya mudah pun diorang tak mampu.
Dan sebab itulah mereka dengan mudah memutar belitkan kenyataan dalam media apabila diorang sendiri tak faham apa benda yang diorang sebut.
Jadi tak heran la kalau diorang mudah sangat menyalah - tafsirkan ucapan yang telah dibuat oleh pemimpin dikalangan Barisan Nasional.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini, ada seorang ADUN dari kalangan Pakatan Pembangkang menyuarakan soal keselamatan.
ADUN tersebut turut menyertakan soalan tambahan berkaitan dengan pembinaan balai Polis tambahan dikawasannya memandangkan kadar kes tembakan semakin meningkat.
Menjawab isu tersebut, MB Pahang bangun dan membuat kenyataan bahawa Pakatan Pembangkang juga yang mintak Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan.
Disini timbulnya persoalan dan membuatkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh MB Pahang.
Mereka dengan mudah membuat kesimpulan bahawa kenyataan MB Pahang tu ditujukan kepada pemansuhan ISA sedangkan MB Pahang memaksudkan Akta Darurat.
Jika kita dengar semula ucapan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang awal pagi tadi, tidak ada lansung disebut mengenai ISA ni.
Hakikatnya, Pemansuhan Akta Darurat atau Emergency Ordinance (EO) memang merupakan antara sebab hampir 2000 orang penjenayah di Simpang Renggam dibebaskan.
Perkara itu jelas disebut oleh YAB Menteri Besar Pahang dalam menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Pembangkang dalam perbahasan awal pagi tadi.
Akta - akta tu memang menjadi isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Pembangkang sebelum ini. Sekarang diorang tak nak mengaku pulak ke semua tu salah diorang?
Bila Kerajaan nak laksanakan Akta baru yang dibentangkan dalam sidang Parlimen bagi menggantikan Akta yang telah dimansuhkan, diorang jugak yang bantah.
Sekarang, bila pihak keselamatan tidak mempunyai sebab dan alasan untuk menahan orang, diorang sibuk salahkan Kerajaan kerana gagal menjaga keselamatan rakyat.
Memang itulah agenda puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Diorang memang nak cari salah orang je kerjanya. Bukannya diorang nak membantu pun.
Apa yang penting bagi diorang hanya untuk memburuk - burukkan Kerajaan dengan dakwaan bukan - bukan. Diorang yang buat taik, sekarang diorang nak suruh orang lain cuci apa kejadahnya!!! Sendiri bikin sendiri tanggung la brader!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.