Ahad, Februari 09, 2014


Heh!!! Jangan salah sangka beb. Si Nurul Izzah ni bukan la terdesak sebab nak cari suami baru atau pun tak sabar sangat nak bercerai. Tapi dia terdesak dengan keadaan semasa.

Nak pulak bila masa depan parti dia sendiri semuanya berada dalam keadaan huru hara dan berkecamuk tak tentu arah pada ketika ini. Mana la dia tak jadi terdesak dibuatnya.

Jika sebelum ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu cuba meletakkan beban diatas bahu pengundi di DUN Kajang yang bakal menentukan masa depan mereka dimasa akan datang.

Hakikatnya, beban tu bukan orang lain jugak yang buat. Sebaliknya diorang sendiri jugak yang sengaja cipta beban tu. Jadi, kenapa pulak diorang nak letakkan beban tu kepada rakyat?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tony Puaka tu sebelum ini memberi gambaran bahawa masa depan Pakatan bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Dia menyifatkan PRK di Kajang ni sebagai 'Penyambung Nyawa' buat Pakatan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Sekiranya mereka kalah, maka hayat mereka akan tamat.

Realitinya, kenyataan Si Tony Puaka tu jelas memperlihatkan betapa terdesaknya puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak mengalihkan beban yang mereka tanggung kepada rakyat.

Diorang cuba nak membuatkan rakyat berasa serba salah dalam menentukan pilihan mereka sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tu bakal diadakan nanti.

Tetapi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah ni dilihat sebaliknya. Dia jelas tidak menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tony Puaka tu secara lansung.

Sebaliknya, Si Nurul Izzah ni hanya mendakwa bahawa PKR tidak akan terkubur sekiranya mereka tewas dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti. PKR tetap akan teruskan perjuangan mereka.

Kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni dilihat hanya semata - mata untuk menarik perhatian dan sokongan dari kalangan puak - puak PAS dan DAPigs. 

Nak pulak sekarang ni, puak - puak PAS tu semakin jelas menolak dan membantah tindakan yang dilakukan oleh PKR di DUN Kajang tu secara terang - terangan.

Maka, kenyataan Si Nurul Izzah ni hanya untuk meneutralkan keadaan dan mengurangkan perbalahan dalaman yang sedang melanda Pakatan Haramjadah tu sendiri.

Namun, biarpun kedua - dua kenyataan tersebut dilihat kontradik diantara satu dengan yang lain, tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mengalihkan beban yang mereka galas ke atas bahu rakyat.

Walhal, macam yang kita katakan tadi, beban ni bukan rakyat yang buat. Puak - puak Pakatan tu sendiri yang sengaja cari penyakit. Jadi kenapa pulak diorang nak bebankan rakyat!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!! Jangan nak menyusahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping