Halaman

Selasa, Ogos 12, 2014

GILIRAN MALAYSIAN INSIDER PULAK DISAMAN!!!


Selepas mengambil tindakan undang-undang tehadap PKR, Khalid Ibrahim bertindak memfailkan saman terhadap terhadap portal berita The Malaysian Insider semalam.

Portal yang dikatakan mesra pembangkang itu didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen "anti-Khalid".

Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Menteri Besar Selangor itu dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang mengambil alih portal berita itu enam bulan lepas. Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.

Semalam Khalid turut menghantar notis undang-undang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bersabit pemecatannya daripada parti Sabtu lalu.

Beliau menuduh PKR sebagai melanggar prosedur parti dan bertindak di luar bidang kuasanya dalam membicarakan beliau.

8 ulasan:

  1. Industri baru di Malaysia - Industri saman menyaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ajar SiAljub tu, pynca segala kekecohan di Negeri Selangor, cepat2 masukkan dia kedlm jail.

      Padam
    2. semoga Malaysia lebih aman daripada Anuwar.. sesuai sangat digelar si Anuwar digelar Dajal Malaysia

      Padam
  2. Best juga saman menyaman ni. Oleh itu kalau tak ada duit jangan fitnah orang ok.

    BalasPadam
  3. 20 tahun yang lalu, Anwar tudoh Tun Mahathir, PM diktoktor skrg sape maha diktektor. Allah dah tunjokan sape yang. ANWAR atau TUN DR MAHATHIR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun M, adalah pemimpin Melayu yg sgt dikagumi, berjaya menjadikan Malaysia maju berjaya dandihormati, tetapi Si Anuar cuba nak hancurkan negara dgn tindak tanduk beliau yg tidak bertanggung jawab.

      Padam
  4. 20 tahun yang lalu, Anwar tudoh Tun Mahathir, PM diktoktor skrg sape maha diktektor. Allah dah tunjokan sape yang. ANWAR atau TUN DR MAHATHIR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.