Khamis, November 19, 2015

Hehehe!!! Inilah yang orang kata, 'Takde Sakit Cari Penyakit'. Penyudahnya menyusahkan diri sendiri. Tapi, Si Nurul Izzah ni jangan meroyan pulak tak tentu arah. Sendiri buat sendiri tanggung la, ye tak.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan sendiri hari ini tampil meminta Si Nurul Izzah tu menjelaskan mengenai gambar dia bersama anak perempuan bekas Sultan Sulu yang mengarahkan pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lalu.

Gambar Si Nurul Izzah tu bersama dengan Jacel H. Kiram Hasan memegang poster yang tertera perkataan "Release Anwar Immediately" telah menjadi viral di laman media sosial sejak semalam.

Jacel H. Kiram adalah merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang sebelum ini telah mengarahkan seramai 200 orang tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

Serangan itu juga turut mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan Malaysia yang bertugas serta penduduk disekitar kawasan tersebut terkorban dan dibunuh oleh tentera Kiram.

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata adalah tidak wajar untuk Nurul Izzah menyiarkan gambar tersebut ketika kejadian kepala pelancong dari Sarawak, Bernard Then dipenggal pada petang Selasa.
"Ia isu yang sensitif, jadi beliau harus menjelaskan kerana ia sudah menjadi viral. Saya tahu dia seorang yang baik hati dan tidak akan melakukan sesuatu yang jahat. Namun saya fikir dia harus memberi penjelasan mengenai gambar itu," katanya.
Selain itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) juga turut terkejut dengan perkara itu dan berkata Nurul Izzah bertanggungjawab memberikan penjelasan mengenai gambar itu.

Sementara itu, Jimmy Wong, Ahli Parlimen DAPigs Kota Kinabalu juga berkata, Nurul Izzah sepatutnya menjelaskan kepada rakyat secara keseluruhannya memandangkan isu tersebut sensitif pada masa ini.
"Saya tahu beberapa perkara tidak dapat dielakkan tetapi tiada keperluan untuk memuat naik gambar itu di laman media sosial," katanya.
Mungkin lepas ni, Si Nurul Izzah tu akan kata, itu hak Kebebasan Asasi dia untuk memuat-naikkan gambar dengan anak Sultan Kiram tu walaupun sebelum ini diorang mengaku bertanggungjawab terhadap pencerobohan di Lahad Datu!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. anwar tu siapa ye? ketua pembangkang@KETUM yg main lubang jubo ke? ..ish ish ish dasyhat depa nooo

    BalasPadam
  2. Kesian tengok mp bodoh ni..otak dah tak boleh berfikir waras lagi..sungguh kotor jijik perangai sorang ni...bila kau nak sedar..

    BalasPadam
  3. Jadi MP pun tak berkat menang kerana buat fitnah......apa yg dibuat semua tak menjadi akhirnya makan diri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping