Selasa, Februari 23, 2016

Wow!!! Hebat. Ini bukan main - main punya cerita ni. Tapi kemungkinan besar ianya satu realiti sebab yang buat kajian mengenainya pun bukan calang - calang orang tau. Kelulusan tinggi.

Kalau ikut kata seorang Profesor ni, kemungkinan besar Pokok Sawit disekitar kawasan Bukit Goh tu tidak dapat tumbuh dengan lebih subur kerana kesan dari perlombongan bauksit.

Profesor tu juga kata, kecacatan dalam pertumbuhan pokok kelapa sawit itu adalah berikutan perlombongan bauksit itu menghasilkan logam berat kromium yang bersifat racun.
"Ada beberapa peneroka dan pihak tertentu yang merancang menanam semula kelapa sawit selepas perlombongan bauksit berakhir, namun persoalannya adakah ia boleh tumbuh seperti biasa. 
"Pada ketika ini, kuantiti kromium masih pada paras yang boleh diterima, namun perkara ini perlu dilihat dalam jangka panjang kerana logam berat ini boleh bertambah atas pelbagai faktor. Langkah rehabilitasi perlu dilaksanakan bermula dari sekarang," katanya.
Wah!!! Dah dia tanya kita pulak sama ada pokok kelapa sawit tu boleh tumbuh atau tidak. Macam mana dia buat kajian kalau dia sendiri pun tak pasti sama ada ianya benar atau sebaliknya?

Yang menjadi persoalannya, jika benar Pokok Kelapa Sawit tu tak boleh tumbuh dengan subur hanya semata - mata kerana komposisi tanah, macam mana pokok tu tumbuh sebelum ini?

Secara logik akalnya, tanah yang digunakan untuk tanam pokok tu selama hari ini adalah dari tanah yang sama. Jadi, macam mana pulak kalau kita tanam selepas ini, pokok tu takkan tumbuh?

Waima selama hari ini pun, tanah disekitar kawasan Felda Bukit Goh tu juga mempunyai kromium, tapi masih jugak dapat menghasilkan buah sawit yang berkualiti untuk penduduk Felda.

Lain la kalau Profesor tu kata selama hari ini Pokok Kelapa Sawit dikawasan Bukit Goh tu semuanya tumbuh atas angin. Mungkin kalau dia guna alasan tu, kita boleh terima akal jugak.

Sepatutnya sebagai seorang yang berada dalam kelompok golongan akademik, Profesor Serba Tau tu perlu tampil dengan hasil kajian yang mempunyai bukti kukuh. Bukan setakat buat kajian berdasarkan andaian yang boleh mengelirukan orang lain!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping