Halaman

Khamis, Mac 03, 2016

PEDIH!!! NIK ABDUH PERLI MEDIA PRO-PAKATAN KAKI FITNAH!!!

Haduh!!! Memang 'Makan Dalam' baca kenyataan yang dibuat oleh anak Allahyarham Nik Aziz ni. Terasa pedihnya bagi puak - puak Pakatan Haprak tu. Tapi, itu pun kalau diorang terasa la.

Tinggal lagi, bagi yang dah biasa dok menabur fitnah macam Si Rafizi tu, diorang peduli apa dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Abduh ni. Seinci pun tak terasa insaf dalam diri diorang.

Cuma hakikatnya cukup jelas dan ianya diakui sendiri oleh Nik Abduh dalam satu kenyataan yang dibuat semalam. Media Pro Pakatan Haprak tu memang suka menabur fitnah.

Kata Nik Abduh, budaya penyakit dan virus fitnah ini jelas bertentangan dengan amalan Politik Matang dan sejahtera yang diperjuangkan PAS selama hari ini. Bahkan dalam Islam sendiri.

Jelas Nik Abduh, budaya seumpama itu dianggap malang untuk masa depan Politik Negara apabila rakyat menjadi mangsa bahan perjudian kepada pemain - pemain Politik yang tidak berakhlak.

Selain itu, Nik Abduh juga turut menggesa agar semua pihak mengambil sikap bertanggungjawab dalam menapis segala maklumat yang dihidangkan kepada mereka melalui media.
Api fitnah jangan dilayan. Ia akan padam sendiri jika semua memalingkan diri daripadanya. Ia akan marak jika anda terus meniup dan menari di sekelilingnya.
“Jangan biarkan keyakinan kita disambar api fitnah yang diciptakan Allah S.W.T untuk hati-hati yang lemah dan gagal berfungsi,” tegas beliau lagi.
Realitinya, permainan Politik menabur Fitnah ni memang sinonim dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu. Nak pulak bagi pemimpin - pemimpin PKR yang dipengaruhi oleh DAPigs.

Tengok macam mana Si Rafizi tu tabur fitnah terhadap Tabung Haji pun cukup la. Institusi Islam sendiri yang jadi mangsa pembohongan yang dijaja untuk menjahanamkan Negara.

Itu belum kita cerita mengenai propaganda puak - puak Pakatan Haprak tu mengenai isu 2.6 billion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri. Dah dijawab pun diorang masih tak puas hati.

IRONIKnya, bila isu 1.2 billion yang dikaitkan DAPigs tu dibangkitkan, diorang anggap itu semua fitnah. Tapi dalam masa yang sama, takde pulak diorang nak ambik tindakan yang sewajarnya. Penjelasan mengenai isu Dana Israel 1.2 billion tu pun diorang tak buat!!!

2 ulasan:

  1. menuduh tanpa bukti atau mencipta isu utk burukkan org lain itu fitnah namanya.. tak sihat dalam perkembangan politik negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.