Sabtu, Jun 25, 2016

Heh! Nampak gayanya makin meroyan la pejuang - pejuang Pluralisme dan Liberalisme agama ni bila mereka mendengar keputusan yang telah dibuat oleh pihak Mahkamah Tinggi ni.

Dengar katanya, Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan kajian undang - undang Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa yang telah diwarta di Selangor bagi mengisytihar kumpulan itu sebagai sesat.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah berkata, hanya mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa untuk mengkaji permohonan berkenaan. Katanya, perkara utama kes SIS adalah fatwa atau penentuan undang-undang Islam.
“Saya berpandangan mahkamah ini tiada kuasa untuk memberikan penyelesaian yang dicari oleh plaintif dalam kajian undang-undang ini. Pada pendapat saya, ini adalah bidang kuasa mahkamah Syariah,” katanya.
Walaubagaimana pun, Hakim Mahkamah Tinggi itu tidak mengeluarkan arahana supaya SIS atau dua lagi pemohon bagi kes tersebut untuk membayar kos kerana kes itu berkepentingan awam.

Pada 31 Oktober 2014, SIS memfailkan kajian undang-undang terhadap fatwa diwarta di Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai sesat berdasarkan pandangan mereka (SIS) terhadap liberalisme dan pluralisme.

Fatwa itu juga turut mengisytiharkan sebagai haram sebarang percetakan yang mengandungi elemen liberalisme dan pluralisme serta boleh dirampas oleh pihak berkuasa agama.

Ia juga mahu pengawal Internet negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya memantau dan menyekat laman web media sosial yang mempunyai kandungan anti-Islam.

SIS Forum (Malaysia), Zainah Mahfoozah Anwar yang juga salah seorang pengasas SIS dan Datuk Zaid Ibrahim menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan kerajaan negeri sebagai responden dalam permohonan mereka.

SIS Forum (Malaysia) adalah syarikat yang menguruskan SIS dan peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar sebelum ini berhujah di mahkamah bahawa ia adalah badan yang di luar sistem perundangan Islam.
Categories:

3 ulasan:

  1. Anak betina mahataik terlajak gereja bukannya kisah pun.....yang penting dah booking pokok krismas terbaik untuk rumah di London.

    BalasPadam
  2. puak liberal ni tak ada krja lain...nk lawan islam je. kamu pasti kalah.

    BalasPadam
  3. kenapa kdn tak haramkan pertubuhan Islam yg sesat lagi menyesatkan umat ni???takut ke tak berani....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping