Khamis, Jun 30, 2016

Sekiranya bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak segera letak jawatan segala macam jika dituduh di mahkamah. Namun bila kena batang hidung sendiri lain ceritanya.

Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah dengan tegas berkata setakat ini beliau masih lagi kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ditanya soal cepumas itu oleh wartawan dalam sidang akhbar selepas kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,Guan Eng hanya berdalih dengan menyerahkan soal kedudukan dirinya itu kepada parti.

Sidang akhbar itu diadakan di dewan bandaraya Pulau Pinang bersebelahan Padang Kota Lama yang terletak tidak jauh dari kompleks mahkamah dan bangunan Dewan Undangan Negeri.

Kata Guan Eng, kepimpinan DAP akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan. Namun beliau seperti biasa mendakwa tidak bersalah dan akan lawan kesnya habis-habisan.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam satu kenyataan kata Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah Guan Eng perlu berundur daripada jawatan-jawatan yang disandang beliau dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai sepenuhnya.

Katanya tindakan ini adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan dan menjadi bahan jenaka pelbagai pihak pula.

“Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.

“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM.”

“Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Ia melibatkan skandal dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.”

“Undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik; yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah.

“Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di Mahkamah nanti.,” katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. sedihnya ketua pan dgr berita ni

    BalasPadam
  2. Bagi pembangkang, Najib yang sepatutnya bersara atau bercuti sehingga tuduhan terhadapnya terbukti tidak benar, sungguhpun Najib tidak ditangkap atau didakwa, sedangkan LGE tidak perlu letak jawatan atau mengambil cuti sehingga keputusan mahkamah. Berbeza tu.

    BalasPadam
  3. pembangkang bertaraf longkang...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping