Isnin, Jun 27, 2016

Heh! Memang dah boleh kita agak dah perkara seumpama ini lambat laun pasti akan berlaku juga. Jika sebelum ini, Si Mat Sabu tu tampil membuat tuntutan ke atas 'Kata Dua' Azmin.

Katanya, Presiden parti KUALI itu akan membuat tuntutan ke atas 'Kata Dua' berbaur ugutan yang telah dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu terhadap PAS sebelum Pilihan Raya Kecil baru - baru ini.


Dilaporkan sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor yang buntu dengan kedegilan PAS mahu bertanding dalam dua PRK tersebut membuatkan dia mula hilang akal dan meroyan tak tentu arah.

Maka terpacul dari mulut Si Menteri Besar Selangor tu 'Kata Dua' yang berbaur ugutan itu terhadap PAS berkaitan dengan kedudukan tiga orang wakil parti itu dalam Rejim Pakatan Selangor.

Pengesahan mengenai 'Kata Dua' itu telah dibuat sendiri oleh pemimpin PAS yang mendakwa Si Menteri Besar Selangor itu cuba menipu pihak media apabila dia menafikannya.

Sekaligus, tindakan Si Menteri Besar Selangor itu membuktikan bahawa dia telah GAGAL untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kali ini, tiba giliran DAPigs pula membuat tuntutan yang sama dengan memberi tekanan kepada Si Menteri Besar Selangor tu agar dia mengotakan kata - kata yang telah diluahkan sebelum ini.

Dilaporkan dalam blog Sangkakala Jari 9, tuntutan itu dibuat oleh Pengerusi DAPigs Selangor yang mahu Si Menteri Besar Selangor itu memecat tiga orang Exco Negeri dari kalangan PAS.

Bahkan katanya, Pengerusi DAPigs Selangor itu juga turut memberikan 'Ultimatum' kepada Si Menteri Besar Selangor itu, sama ada memecat wakil PAS atau membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sekiranya benar DAPigs memberikan 'Kata Dua' itu kepada Si Menteri Besar Selangor, bermakna kemelut dalaman Pakatan Haprak tu semakin hari semakin bertambah kritikal pada ketika ini.

Persoalannya sekarang, apa tindakan yang akan dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor itu? Adakah dia akan tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh PAN dan juga DAPigs dengan menyingkirkan PAS? ATAU, adakah dia tetap akan membelakangi tuntutan mereka???
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping