Jumaat, Jun 24, 2016

Heh! Tak sangka. Betul pulak tekaan yang kita buat semalam. Rupanya yang kena tahan dek Polis kerana didakwa terlibat dengan kegiatan rasuah tu adalah "Kawan Baik" kepada Rafizi.

Kalau sebelum ini, 'Kawan Baik' Si Rafizi tu selalu keluar dalam media, membuat ugutan kepada pihak Kerajaan nak dedahkan skandal itu ini berkaitan dengan penyelewengan dan sebagainya.

Terutama sekali yang mengaitkan pihak keselamatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang selalu dia dakwa terlibat dalam kegiatan melindungi kartel maksiat, perjudian dan kongsi gelap.

Sekali, dia pulak yang ditangkap kerana didakwa terlibat secara lansung dengan kartel yang dimaksudkan. Malah lebih teruk dari itu, dia siap peras ugut lagi mereka yang terlibat untuk dapatkan keuntungan.

Ini baru betul orang kata 'Musang Berbulu Ayam'. Orang macam ni memang jenis suka tibai orang lain, tapi dibelakang dia pun dok pulun benda yang sama. Tuduh PDRM terlibat, tapi dia sendiri pun 'Pau' juga.

Maka, tak heran la bagaimana orang macam ni boleh jadi 'Kawan Baik' kepada Si Rafizi tu memandangkan minat dan kecenderungan yang mereka miliki mempunyai persamaan yang ketara.

Yang sorang suka buat tuduhan dan tohmahan Fitnah terhadap orang lain tanpa mengira kawan atau pun lawan. Yang sorang lagi suka balun orang didepan, tapi dibelakang dia sondol orang lain. Ini baru betul "Kiri Kanan Sama Rata, Depan Belakang Sama Rata" katanya!!!
SEREMBAN: Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan direman dua hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes cubaan memeras wang perlindungan berjumlah RM25,000 daripada pengusaha judi haram.

Turut ditahan reman adalah pemandunya, seorang  warga India. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini hari ini.

Sanjeevan yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki sebuah van polis pada jam 10 pagi sebelum beredar dengan kenderaan sama setengah jam kemudian.

Dia ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini pada jam 10.50 malam semalam.


Menurut polis, Sanjeevan, 31, didakwa menghubungi pengusaha judi haram berusia 36 tahun pada 2 petang Rabu dan menuntut ‘wang perlindungan’ jika tidak mahu dia mendedahkan kegiatan judi haram pengusaha berkenaan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping