Khamis, Jun 23, 2016

Heh! Ini baru betul orang kata 'Musang Berbulu Ayam'. Bila didepan, kita ingatkan betul la dia seorang pejuang kebenaran yang berjihad mahu menentang kegiatan kongsi gelap dan maksiat.

Tapi rupanya, perangai dia pun sama Haramjadah juga dengan orang yang dia nak benteras tu. Malah lagi teruk, dia pulak yang 'Makan' atas orang yang dia tuduh melakukan jenayah tersebut.

Agak mengejutkan juga berita yang diterima lewat malam semalam. Dengar katanya ada seorang Aktivis yang lantang menentang kegiatan maksiat dan kongsi gelap ditahan oleh SPRM.

Menurut laporan, suspek juga merupakan seorang Pengerusi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kerap kali keluar berita menentang aktiviti perjudian, maksiat dan kongsi gelap.
NILAI: Seorang pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap, ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.
Pengerusi bergelar Datuk terbabit berusia dalam lingkungan lewat 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam tadi, di Plaza Tol Nilai, di sini.
Sebelum ditahan, suspek dikatakan sedang bertemu dengan seorang pengadu yang membuat laporan kepada pihak Polis mengenai tindakan yang telah dilakukannya selama hari ini.

Katanya, pengadu membuat laporan tersebut kerana tak tahan dengan ugutan dan tuntutan yang dibuat oleh suspek terhadap dirinya termasuk diperas ugut sebanyak RM 25,000 sebulan.

Malah, pengadu juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan jika tidak mahu kegiatannya didedahkan kepada pihak media atau dilaporkan kepada polis.

Penangkapan tersebut turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ketika dihubungi oleh pihak media malam semalam. Suspek yang bergelar Datuk itu juga turut diiringi ke Bukit Aman bagi siasatan selanjutnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping