Nampak gayanya makin rancak kumpulan Pro Deklarasi menyerang Si Chagubard ni. Tak tau la apa yang menyebabkan diorang tak puas hati sangat dengan Si Chagubard ni sebenarnya.
Barangkali diorang marah sebab Si Chagubard tu sebelum ini telah membuat pendedahan dengan dakwaan kononnya tandatangan yang mereka perolehi untuk deklarasi itu adalah palsu.
Atau, kemungkinan kumpulan Pro Deklarasi ni hanya sekadar nak menyerang Si Chagubard ni supaya dapat memalukan 'Musuh Utama' kepada Si Menteri Besar Selangor tu secara terbuka.
Dek kerana serangan demi serangan yang ditujukan kepada Si Chagubard ni telah membuatkan dia hilang sabar dan mula meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal dibuatnya.
Maka sebab itu semalam, Si Chagubard ni tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai dakwaan wujudnya SD Palsu yang disebarkan.
Katanya, aduan itu dibuat berikutan akuan bersumpah atas nama pengatur cara komputer bebas Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya diupah untuk membaca teks oleh Chegubard adalah palsu.
Akuan bersumpah palsu itu pula katanya adalah mengenai penjualan pangkalan data penduduk yang ada di Negara ini bagi tujuan memalsukan tandatangan dalam 'Deklarasi Mahathir',
"Sebaik sahaja menyedari wujud akuan bersumpah palsu itu, saya terus menghubungi Azharuddin dan dia sendiri menyatakan ia palsu dan membuat penafian dalam laman facebooknya tidak sampai sejam selepas itu.
"Jadi, hari ini saya membuat laporan supaya SKMM menyiasat individu di sebalik laman Facebook terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu di bangunan SKMM, di sini.
Pada 26 Mei lepas, Azharuddin muncul dengan akuan bersumpah mengaku terlibat dengan urus-niaga menjual pangkalan tersebut bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir.
Namun, pada 8 Jun lepas, sebuah lagi akuan bersumpah atas nama Azharuddin tersebar di media sosial yang mendakwa dirinya telah diupah oleh Chagubard dalam sidang media sebelum ini.
Bagaimanapun, dua hari selepas itu, Azharuddin muncul semula bersama dengan Chegubard dalam satu sidang media untuk menjelaskan bahawa akuan bersumpah kedua itu adalah palsu.
Dari satu sudut, nampak sangat yang Politik di Malaysia ni semakin bertambah bercelaru dengan kewujudan Badut - Badut Politik yang nak tunjuk diorang ni lebih baik dari orang lain.
Hakikatnya, Badut - Badut Politik ni bukannya berjuang demi untuk menjaga kebajikan mahupun kepentingan rakyat. Tapi sebaliknya, dasar perjuangan mereka adalah untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi 'Tuan - Tuan' mereka sendiri!!!
tak dak kerja ke puak2 nih....asyik bercakaran.
BalasPadamAku tak faham la puak2 PKR ni. Asyik berpolitik jahanam jer sepanjang tahun. Ada diaorang kesah pasai rakyat.
BalasPadam