Khamis, Jun 30, 2016

Yang sebenarnya, tak de apa yang perlu Tak Sri Musa Hassan nak rasa hairan sangat dengan perangai Haramjadah yang ditonjolkan oleh 'Kawan Baik' Si Rafizi ni. Sekali tengok pun kita dah tau.

Perangai dia lebih kurang sama je dengan perangai Haramjadah Si Ketua Penipu tu suatu ketika dulu. Depan je nampak baik, nampak alim dan nampak bersih. Tapi bila dibelakang kita...

Tinggal lagi, apa yang diluahkan oleh Tan Sri Musa Hassan ni adalah perasan terkilan dan rasa kecewa dia terhadap tindakan yang telah dilakukan 'Kawan Baik' Si Rafizi tu baru - baru ini.

Siapa sangka. Kita ingatkan 'Pagar' tak makan padi. Tapi rupanya, Musang Berbulu Ayam. Pagar yang diharapkan selama hari ini melindungi padi pulak yang mentekedarah padi sampai habis.

Kata Tan Sri Musa, jika pertuduhan terhadap 'Kawan Baik' Si Rafizi tu benar, ia bukan sahaja memalukan, malah turut mencemar imej semua NGO anti jenayah yang wujud di Malaysia.
“Kalau betul. Memalukanlah. Kerana lama kelamaan, masyarakat tidak akan percaya dengan NGO-NGO yang diwujudkan untuk mencegah jenayah.
“NGO-NGO (anti-jenayah) ini patut lebih kredibel sebab dia nak bantu masyarakat. Tetapi kalau mereka pula bertindak sebaliknya, daripada membantu mencegah jenayah kepada terlibat sama dengan kegiatan-kegiatan yang tidak betul, maka haram lah..malulah kita,” katanya.
Tan Sri Musa juga turut mengakui bahawa dia berasa terkejut apabila mendengar laporan beritayang mengatakan 'Kawan Baik' Si Rafizi tu telah ditangkap polis kerana dia kelihatan jujur dan baik.

Musa sebelum ini pernah dilantik sebagai penaung MyWatch yang diterajui Sanjeevan, namun beliau meninggalkan NGO itu pada September 2013, apabila mendapati NGO itu ada ciri-ciri keganjilan.

Katanya, MyWatch tidak pernah membabitkan dia dalam mesyuarat dan pembabitannya dalam NGO berkenaan hanya sebagai penaung yang bertujuan untuk memberikan nasihat semata - mata.
“Saya minta untuk mengadakan mesyuarat dengan ahli tetapi sampai akhirnya tiada satu pun mesyuarat yang diadakan. Saya melihat keganjilan dalam perjalanan MyWatch namun saya tidak menyalahkan sesiapa dalam NGO itu,” kata Musa.
Pengajarannya, kalau orang tu muka dia nampak baik, nampak bersih, nampak jujur, jangan mudah sangat kita terpengaruh dengan dia. Sebab belum tentu lagi dia baik seperti yang disangka. Sedangkan Pak Aji pakai jubah pun mencuri, inikan pulak 'Kawan Baik' Rafizi!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping