Sabtu, Jun 04, 2016

PAS hari ini dengan secara terbuka menyifatkan pengundi yang menyokong parti KUALI Mat Sabu tu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sama seperti menyokong DAP.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Mustafa Ali mendakwa ini kerana parti KUALI itu ditaja oleh DAPigs yang juga telah menyatakan sokongan penuh terhadap calon untuk kedua-dua PRK itu.
“Sokong DAP ini sama macam sokong PAN (Amanah) juga, jadi kita tengoklah nanti,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pengakalan Chepa di sini hari ini.
Mengulas lanjut, dalam konteks pilihan raya kecil, katanya PAS kini menghadapi suasana berbeza berbanding sebelum ini di mana perlu menghadapi saingan lawan yang lebih banyak.

Katanya, jika dahulu PAS hanya menentang calon dari Barisan Nasional (BN) sahaja menerusi pertandingan satu lawan satu, namun kini parti itu terpaksa menghadapi saingan beberapa penjuru.

Mustafa berkata pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini, PAS bukan hanya akan menentang BN dan PAN, tetapi juga DAPigs, walaupun parti itu tidak meletakkan calon di kedua-dua PRK berkenaan.
“Kita sudah lawan tiga sekarang ini iaitu BN, Amanah dan DAP. PKR tidak kerana masih bersama dengan kita, walaupun mereka bersama dengan Pakatan Harapan dan ini kita akan tengok nanti,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam ucapan penggulungannya pula berkata kedudukan PAS ketika ini amat mencabar terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

Katanya walaupun PAS pada ketika ini masih mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan beberapa parti politik lain, namun kedudukan PAS kini seolah-olah hanya dilihat bersendirian.
“Maka oleh sebab itu PAS mesti bekerja dengan bersungguh-sungguh di setiap kawasan supaya apabila kita turun untuk pilihan raya akan datang, kita turun dengan persiapan yang cukup,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul yang dicadangkan oleh Dewan Muslimat PAS berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR, akan dibawa ke Majlis Syura Ulama PAS.
“Ini (usul) tidak ke arah putus hubungan, (tapi) mungkin untuk tambah baik hubungan (antara PAS dan PKR). Apa bentuk hubungan sekarang ini yang perlu diperbaiki, kita ambil dari sudut positif. (Bagaimanapun) keputusan (tetap) bergantung kepada Majlis Syura Ulama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas muktamar berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS pusat akan turun ke setiap kawasan bagi menerangkan kepada anggota parti mengenai dasar ‘Politik Matang dan Sejahtera.’
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping