Sabtu, Jun 25, 2016

Heh! Heran betul dunia media sosial ni. Cerita yang tak perlu jadi 'Tajuk Utama' pun boleh dikecoh - kecohkan oleh mereka sehingga menjadi Viral. Macam besar sangat cerita yang disebarkan tu.

Kalau dilihatkan tajuk berita yang tersebar luas sejak malam semalam, takde la besar mana sangat sebenarnya. Dalam parti Politik mana yang takde kes ahli atau pemimpin partinya kena pecat?

Asal mereka tak ikut disiplin dan perlembagaan parti, sudah pasti mereka yang terlibat itu sendiri tau apa yang bakal dihadapi mereka dimasa akan datang. Tak payah pakai Ahli Nujum Negara pun.

Kes yang sama juga pernah dilakukan oleh PKR apabila mereka mengambil tindakan menggantung beberapa orang pemimpin parti diperingkat bawahan kerana melanggar disiplin parti.

Walaupun apa yang mereka lakukan hanya semata - mata membuat aduan dan laporan mengenai salah-guna kuasa dan berlaku penyelewengan dalam parti, maka keahlian mereka ditarik balik.

Ramai ahli dan pemimpin PKR kena tindakan sedemikian sewaktu pemilihan parti itu diadakan sebelum ini dengan alasan untuk menyelamatkan maruah parti kononnya. Tapi, takde pulak orang bising.

Begitu juga dengan tindakan PAS yang memecat keahlian Si Husam Musa kerana didakwa mengkritik kepimpinan dan memburukkan imej parti secara terbuka diatas pentas Musuh Utama.

Pun tak de juga orang nak kecoh satu dunia dan menggelarkan PAS sebagai sebuah parti yang zalim kerana mengambil tindakan sedemikian. Kenapa bila UMNO buat, semua orang nak kecoh?

Waima DAPigs pun begitu juga. Baru - baru ini, parti Ultra Chauvanist tu telah memecat keahlian salah seorang wakil rakyat mereka kerana tidak akur kepada kehendak pucuk pimpinan parti.

Hanya semata - mata kerana wakil rakyat tu mengambil pendirian yang bertentangan dengan Setiausaha Agung parti, menyebabkan dia dipecat dan disingkirkan dari parti tersebut.

Sama juga nasib yang menimpa seorang wakil rakyat di Johor dimana keahliannya telah digugurkan kerana berdegil mahu mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi DAPigs Negeri.

Kalau nak dibandingkan semua kes - kes diatas dengan tindakan yang dilakukan UMNO semalam, nampak sangat alasan mereka lagi tak masuk akal kerana alasan yang diberikan tak munasabah.

Pokok pangkalnya, mana - mana parti pun akan ambik tindakan sama seperti yang dilakukan UMNO semalam. Jadi, tak de la besar mana sangat pun cerita pasal UMNO pecat keahlian dua orang pemimpinnya semalam. Semua parti Politik ni sama je!!!
Categories:

17 ulasan:

  1. Aku mengundi umno dan juga Bn semenjak awal tahun lapan puluhan lagi. Nampaknya untuk PRU yg akan datàng terpaksalah aku memilih parti bukan umno lagi. Dah naik menyampah dengan tindak tanduk pembodek2 didalam umno yg mementingkan tembolok masing2. Demi habuan sanggup bertuankan kepala penyamun. Alangkah malangnya nasib bangsaku yg terpaksa membayar hutang hingga kecucu cicit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu keluar 10 mari.

      Padam
    2. engkau tanyalah madey. hutang yang dia buat sape pulak bayar?

      Padam
    3. aq rasa nak nangis semut

      Padam
    4. Tak suka umno, pi la sokong parti kuali macam madey lakukan kat prk sg besar ngan kuala kangsar tempoh hari... Tak mati pun umno kamu tak sokong parti tu...

      Padam
    5. Satu pergi 1000 mari..lu ingat lu hebat ke..adapodah

      Padam
  2. Cerita bayar hutang hingga ke cucu cicit ni zaman Tun M lagi dah kecoh. Ada yang mengatakan lahir aje seorang bayi dah tanggung hutang beribu-ribu ringgit sampai mati.

    BalasPadam
  3. Bodoh punya statement.. setakat ni ada ke penjawat awam dipotong gaji... ada ke pencen pesara tidak dibayar..ada ke sudsidi perubatan ditarik..ada ke lain kemudahan awam ditarik?? Jika tidak itu maknanya kerajaan ini masih kukuh dari masalah hutang seperti yg kau gambarkan, bodoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan bodo tapi bengap. hati kotoq.

      Padam
    2. Sokong..xpernahpun walau 1 bln aku xdpt gaji..aku penjawat awam..tiap2 bulan tepat aku dpt gaji..masa che det dulu kenaikan tahunan hanya rm 60..sekarang kenaikan rm almost 200..apa lagi..heee jgn jadi munafikle..membebel xtentu arah..otak udangle kamu yg menulis xfakta yg sahih

      Padam
  4. Tanpa Nama 139 tu Jing Dap... Reverse psychology kononnya... Piiiirahhh

    BalasPadam
  5. Ala jngn sebut kerajaan, kebanyakan orang pun berhutang gak. Hutang rumah, kereta, kad kredit, peribadi dn mcmm2 lagi. Kerajaan ambil hutang pun untuk kegunaan projek untuk rakyat. Ada yg x ambil hutang tapi bayar pulak pakai tanah rakyat mcm projek trowong LGE tu. Tanah hilang trowong x jadi.

    BalasPadam
  6. Ala jngn sebut kerajaan, kebanyakan orang pun berhutang gak. Hutang rumah, kereta, kad kredit, peribadi dn mcmm2 lagi. Kerajaan ambil hutang pun untuk kegunaan projek untuk rakyat. Ada yg x ambil hutang tapi bayar pulak pakai tanah rakyat mcm projek trowong LGE tu. Tanah hilang trowong x jadi.

    BalasPadam
  7. ahli parti yg langgar peraturan parti kena pecat itu perkara biasa...tak payah nak kecoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BINI PUN GITU JUGOK,TAK TAAT KO TOK LAKI KENA CERAI,PERKARA LUMRAH,DONIA DONIA

      Padam
  8. Assalam Bro,Allah Maha Mengetahui.......Kebenaran yang terbukti akhirnya.Tunggu dan lihat....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping