Jumaat, Jun 24, 2016

Heh! Tipikal sungguh alasan yang diberikan oleh kumpulan PKR yang Pro Deklarasi ni. Masih jugak diorang cuba nak menegakkan benang yang basah biarpun kebenaran ada didepan mata.

Seperti mana biasa yang dilakukan oleh mereka selama hari ini, kumpulan PKR yang Pro Deklarasi ni tampil dengan penafian kononnya Si Wan Azizah tu tidak keluarkan cabaran kepada Tun Mahathir.

Kata mereka, kenyataan Presiden PKR itu telah dimanipulasi dan diputar belitkan oleh pihak media dan memberi gambaran buruk kepada Wan Azizah terhadap gerakan Deklarasi Tun Mahathir.
“PKR mendapati berita bertajuk ‘Wan Azizah mencabar Tun M bertanding dalam PRU’ dalam akhbar Berita Harian memutarbelitkan makna asal kenyataan yang dibuat Presiden PKR.
“Apabila menjawab pertanyaan wartawan Berita Harian, Wan Azizah tidak membuat sebarang cabaran kepada Mahathir untuk bertanding dalam pilihan raya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Walhal hakikatnya cukup jelas. Wan Azizah sehingga hari ini masih lagi enggan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap gerakan deklarasi yang diketuai oleh Bekas Perdana Menteri itu.

Ianya kerana Presiden PKR dan keluarga Si Ketua Penipu tu masih lagi menganggap Mantan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin Diktator yang menzalimi keluarga mereka.

Malah dalam surat panjang lebar yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu dari Sungai Buloh Hq juga memberikan gambaran jelas mengenai pendirian keluarga itu terhadap Tun Mahathir.

Namun malangnya masih ada dikalangan pemimpin PKR tu sendiri yang dilihat taksub serta ghairah memberi sokongan kepada Tun Mahathir dan membelakangi sentimen keluarga Wan Azizah.

Dengar katanya, kenyataan penafian itu dibuat dengan arahan dari Timbalan Presiden PKR yang selama ini dilihat menjadi penyokong kuat gerakan deklarasi Tun Mahathir mewakili Pakatan.

Desas - desus menyebut PKR Pusat terpaksa membuat penafian itu kerana mendapat bantahan dari kumpulan Timbalan Presiden PKR dan DAPigs yang menyokong gerakan tersebut.

Dan turut dilaporkan, kemelut kepimpinan dalam PKR itu juga menjadi semakin bertambah kronik pada ketika ini dengan wujudnya kumpulan yang menyokong Wan Azizah dan mereka yang Pro kepada Azmin yang ghairah nak jadi Perdana Menteri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kaki putar belit betul keluarga Nuar ni, ayah cakap lain,emak cakap lain,anak cakap lain atas tajuk yg sama.

    BalasPadam
  2. Hq sg buluh cakap lain

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping