Khamis, Jun 30, 2016

Hah! Apa dah jadi dengan PKR? Kenapa diorang tiba - tiba je dilaporkan sedang berada dalam keadaan 'Panas Punggung' bila pihak SPRM menahan Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu?

Dengar katanya, ada dikalangan pemimpin PKR yang mula tak senang duduk bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan seperti yang dilakukan semalam.

Jika sebelum ini, laporan media mengesahkan bahawa salah seorang pemimpin PKR tu telah ditahan oleh pihak SPRM kerana didakwa terlibat dengan kes rasuah sebanyak RM 30 ribu.

Kemudian timbul pulak kes mengenai kekayaan "Luar Biasa" yang dimiliki oleh Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang tu yang terus menjadi tanda tanya dikalangan rakyat.

Dan sebelum itu juga, Si Rafizi Ramli pernah tampil dengan pendedahan mengenai isu 'Rasuah Betina' yang dikatakan turut melibatkan pemimpin dikalangan Rejim Pakatan Selangor tu sendiri.

Tapi sejak kebelakangan ini, tiba - tiba isu mengenai 'Rasuah Betina' yang didedahkan oleh Si Rafizi tu diam begitu sahaja selepas Setiausaha Agung PKR tu membuat laporan kepada pihak SPRM.

Apa yang dah jadi pada pendedahan mengenai isu tersebut? Kenapa kes mengenai 'Rasuah Betina' tu hanya didiamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan susulan diambil terhadap mereka yang terlibat?

Sehingga artikel ini ditulis, Si Rafizi tu seolah - olah cuba mengunci mulut bagi mendedahkan perkara tersebut sedangkan sebelum ini, dia juga yang mendedahkannya kepada umum.

Apa yang pasti, pendedahan yang dibuat mengenai penyelewengan kuasa dan Rasuah Betina di Negeri Selangor itu telah membuka ruang kepada serangan kepada Kartel Azmin Ali.

Persoalannya, apa kesudahannya kes 'Rasuah Betina' yang dilaporkan oleh Si Rafizi tu? Adakah ianya hanya tergantung begitu sahaja? Atau, adakah ianya satu lagi 'Gurauan Rafizi' untuk membuatkan kartel Azmin tidak berkokok menyerang kem Wan Azizah semata - mata???
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Maklampir kalau kekal kerja jual buah cepat mak lampir masuk surga. Jual epal oren pisang kasi cina sembahyang banyak dapat pahala.nik aziz pon cemburu sebab itu suruh jadi calon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping