Jumaat, Jun 24, 2016

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob menyindir DAPigs juga tidak terkecuali bakal terkubur pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana didapati semakin hilang pengaruh.

Katanya lagi, walaupun DAPigs bergabung bersama PKR, PAN dan dibantu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, parti itu masih gagal mengalahkan BN pada Pilihan Raya Kecil baru - baru ini.

Sindiran itu berikutan selepas DAPigs membuat ramalan kononnya pengaruh PAS pada ketika ini semakin bertambah lemah di beberapa Negeri, termasuk Selangor dan Perak dan dijangka bakal kehilangan Kelantan.


Malah ujar beliau, perkembangan terkini itu menunjukkan bahawa tidak ada mana - mana parti pembangkang yang didapati benar - benar kuat atau mendapat sokongan padu dari kalangan rakyat.
“Dia sendiri pun lemah, dalam dua PRK (pilihan raya kecil) baru-baru ini, dia bergabung empat kumpulan (DAP, PAN, PKR dan Tun Dr. Mahathir Mohamad) tetapi tetap tidak boleh mengatasi BN (Barisan Nasional).
“Ertinya, kelemahan itu ada pada sesiapa. Ini pengajaran buat semua,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis sum­bangan kuih raya Kerajaan Kelantan kepada 13,100 anggota daripada 13 agensi dan pasukan keselamatan.

Kit Siang dilaporkan meramalkan PAS bakal ‘bungkus’ di Sela­ngor dan Perak selain kehilangan Kelantan dalam PRU-14 sekiranya prestasi parti itu dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini diambil kira.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, PAS sebagai sebuah parti politik bersedia menerima apa sahaja kemungkinan termasuk khabar angin mengatakan PRU-14 mungkin berlangsung tahun depan.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping