Selasa, Jun 21, 2016

Haduh!!! Adalah satu perkara yang amat memalukan bagi seorang lelaki sejati apabila dia dimalukan oleh seorang perempuan secara terang - terangan. Inikan pulak bagi seorang Sotong macam Rafizi.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu tampil dengan memberikan alasan kononnya pengundi di dua kawasan Parlimen yang bersaing dalam Pilihan Raya Kecil baru - baru ini masih berpenyakit.

Alasan itu dibuat oleh Si Rafizi bagi menutup kemaluan pihaknya apabila calon yang mewakili Pakatan Haprak tu GAGAL menewaskan calon Barisan Nasional dengan majoriti yang cukup besar.

Bahkan, calon PAN yang mewakili Pakatan Haprak tu juga hanya setakat mampu untuk memperolehi jumlah undi yang lebih kurang sama dengan PAS walaupun dibantu oleh DAPigs dan PKR.

Mengulas mengenai alasan bertaraf Longkang yang dikeluarkan oleh Si Rafizi tu sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menyelar tindakannya mendakwa kemenangan BN itu adalah akibat dua penyakit rakyat.

Azalina berkata Rafizi terdesak dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor sehingga sanggup menyalahkan pengundi.
“Apabila mereka (pembangkang) menang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, kita (BN) tidak mempersoalkan, perlekeh atau memandang rendah terhadap pemilihan rakyat di negeri itu.
“Malah, kita memberi komitmen untuk bekerja bersama-sama kerana itu merupakan pilihan rakyat di negeri itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Dia mengulas kenyataan Rafizi yang mengatakan rakyat Malaysia menderita dengan dua penyakit iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan penyakit kebendaan sehingga memberi kemenangan kepada BN dalam dua PRK berkenaan.

Azalina yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan pembangkang tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.
“Pembangkang dalam Parlimen, tidak pernah memperjuangkan isu rakyat di kawasan mereka. Semua isu yang mereka bawa adalah tidak relevan dan lebih kepada isu peribadi atau serangan peribadi. Jadi, saya merasa rakyat pun jemu dengan pembangkang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kemenangan BN juga merupakan isyarat rakyat kepada BN supaya terus memberikan khidmat dan meneruskan kesinambungan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pada PRK itu calon BN di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi manakala calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mendapat 12,653 undi dengan majoriti 6,969 undi.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Pembangkang iaitu Pakatan Harapan ( dibaca Pelahap) hanya tahu membangkang, habis habisan mengguna kesilapan kesalahan kerajaan untuk menunjukkan mereka (PH) lebih baik tetapi TIDAK pernah sekali pun membentangkan cadangan agenda pembangunan yg komprehensif. Sekadar bermodalkan lidah,bibir dan air liur sahaja. Murah nya nilai Pakatan Pelahap ini

    BalasPadam
  2. pakatan haprak makin ditolak rkyat...alahai sedihnya cita2 nak tawan putrajaya semakin kelam.

    BalasPadam
  3. Pkr dah sebati dengan perangai haramjadah dap

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping