Isnin, Jun 27, 2016

Bekas pengasas PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata meskipun sudah hampir dua dekad, PKR masih fokus soal pembebasan Si Ketua Penipu tu dan dilihat gagal menjuarai isu - isu semasa.

Malah, tindakannya menulis warkah panjang lebar, menzahirkan kekesalannya terhadap beberapa orang pemimpin PKR yang padanya ‘terpukau’ dengan pengaruh Tun Mahathir menunjukkan Si Ketua Penipu tu resah.

Seolah - olah Si Ketua Penipu tu seperti menyedari bahawa perjuangan untuk kebebasan peribadi dirinya kini bukan lagi keutamaan kepada beberapa orang pemimpin dalam partinya itu.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR, DAPigs serta PAN tampil memberikan sokongan kepada deklarasi tajaan Tun Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan Pakatan yang diketuai oleh Si Azmin itu ternyata jauh menyimpang daripada perjuangan PKR sebelum ini untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu yang di penjara akibat kesalahan sodomi.
“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, dan melihat kepada usia penubuhannya selama 17 tahun, PKR masih terperangkap dengan isu individu.
“Sepertimana terbukti dalam surat Anwar dari penjara, dan reaksi dari rakan-rakan seperjuangan. Ini jelas menunjukkan bahawa PKR belum mencapai tahap yang lebih tinggi. Ia belum berjaya membebaskan dirinya daripada politik seorang individu.
“Malah saya berani katakan, bahawa Anwar sendiri mahu PKR terus menjadikan beliau sebagai fokus. Itu yang menjadi masalah. Sebab beliau mahu nasibnya sebagai fokus, apatah lagi ketika dipenjarakan,” kata Chandra Muzzafar, bekas pengasas PKR dalam satu temubualnya bersama Antarapos.
Chandra kemudiannya juga turut mengingatkan PKR bahawa mana - mana parti politik yang berjuang hanya semata - mata untuk individu tidak akan berjaya dan tidak mampu bertahan lama.
“Sebuah parti politik tidak boleh maju, gagal mencapai cita-cita atau tahap yang tinggi dalam perjuangannya jika masih terikat dengan faktor seorang individu,” katanya lagi.
Selepas dipenjarakan, nama PKR mulai merudum. Kepimpinan lemah pengganti kepada Si Ketua Penipu iaitu isterinya sendiri, Wan Azizah yang hanya ibarat macam Tunggul Kayu tu telah menambah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata, Wan Azizah terlalu perlahan menyatakan respon dalam sesuatu isu menjadikan PKR kini semakin pasif sehingga menyebabkan Si Timbalan Presidennya, mudah mengambl kesempatan.

Kini, kedudukan Si Wan Azizah tu sendiri selaku Presiden parti semakin goyah akibat pengaruh Azmin yang semakin ghairah nak jadi Perdana Menteri. Dalam erti kata lainnya, lambat laun, Si Ketua Penipu tu juga akan turut menjadi bahan sejarah didalam Muzium Negara!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping