Khamis, Julai 07, 2016

Apa akan terjadi seterusnya kepada Azmin Ali? Selepas "diketepikan" untuk hadir bersama atau mengiringi Tuanku dalam majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri, kejadian ini pastinya menambah "kekalutan" hubungan antara Menteri Besar Selangor dengan pihak Istana.

Pengerusi sebuah masjid di Selangor mungkin akan dipecat kerana mengizinkan wakil rakyat bukan Islam masuk ke ruang solat masjid itu baru-baru ini.

Malay Mail Online memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim sebagai berkata, pengerusi yang tidak dinamakan dalam laporan itu akan dipecat.

Beberapa hari lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekesalan dengan nazir masjid yang membenarkan ahli politik bukan Islam menjalankan program politik dalam premis masjid.

Dalam kes ini, pengerusi masjid berkenaan mengizinkan Leong ke dalam ruang solat masjid semasa majlis berbuka puasa Sabtu lepas. Leong menafikan memberi ucapan berbaur politik dan berkata sekadar mengagihkan sumbangan dan mengucapkan jemaah “selamat berbuka”.

Haris memberitahu portal berita itu, pemecatan akan disampaikan kepada nazir tersebut. Nazir masjid adalah bertugas menyelia operasi harian masjid dan dilantik Majlis Agama Islam Negeri.

Menurut Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor 2010, bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke ruang ibadat masjid atau surau di negeri Selangor, untuk sebarang aktiviti, menurut laporan itu.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) dan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Apakah ini juga petanda bahawa Azmin juga semakin hilang "kuasa dan cengkaman" dalam PKR dan Pakatan Harapan tatkala Rafizi Ramli kini dilihat "lebih dekat" dengan Anwar? Atau ini sekadar perangkap Azmin dan Anwar untuk usaha "penyucian" Pakatan Harapan?
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Allah Maha Mengatahui..apa yg kafir buat semua bagus dimata spesis ni..kebaikan org islam buat semua xelok...spesis munafik

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Another species MUNAFIK...

      Padam
  3. Kalau nak bagi sumbangan raya, macam2 tempat ada. Di sekolah, di padang, di pasar raya, di rumah, di dewan .....Kenapa pilih diruang solat? Ini memang satu penghinaan. Eluk si kafir harbi ni di dakwa.

    BalasPadam
  4. pan buat senyap....je..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping