Rabu, Julai 20, 2016

Wow! Terasa 'INSAF' juga membaca kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni bila menjawab bantahan yang dibuat oleh Pemuda PAS berhubung isu konsert Selena Gomez sebelum ini.

Jika dilihat dari satu sudut, Si Menteri Besar Selangor ni seolah - olah cuba nak mengajar Pemuda PAS supaya menerima ciptaan Tuhan apabila mereka mendakwa penyanyi Amerika itu terlalu seksi.

Si Menteri Besar Selangor tu kata, Rejim Pakatan dibawah pimpinannya tidak mempunyai hasrat untuk membatalkan konsert penyanyi tersebut selagi mereka yang terlibat mematuhi syarat.

Sambil menyindir bantahan yang dibuat oleh Pemuda PAS yang menggesa agar pihak berkenaan menghormati bulan Syawal, Si Menteri Besar Selangor tu kata setiap bulan kita kena hormat.
“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” soalnya ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam, petang ini.
Semalam, Pemuda PAS menggesa agar pihak berkuasa menyekat persembahan konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri juga turut menggesa supaya pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan satu surat rasmi bagi mencapai tujuan tersebut.

Tapi yang herannya, bila Pemuda PAS buat bantahan tu, nak pulak Si Menteri Besar Selangor tu jawab sedangkan bila Naib Presiden PKR hina Jabatan Agama Islam Selangor, dia diam pulak?

Walhal, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR itu jelas memburukkan maruah JAIS serta melibatkan nama baik Tuanku Sultan Selangor sendiri. Tapi, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu diam?

ATAU, mungkinkah jawapan Si Menteri Besar Selangor tu dibuat ekoran ketidak-puasan hatinya terhadap pendirian pucuk pimpinan PAS yang enggan memberikan kerjasama dengan Pakatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang???
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Nak tengok apa tindakan susulan daripada lobai hijau ni..berani tak nak buat demontrasi jalanan sama saperti yang mereka lakukan bila konsert Inul dan yang lain dulu..jangan jadi HIPOKRIK pulak bila kejaraan dibawah BN buat menyalak sakan..ataupun tunggu upah masuk dulu baru nak turun kat jalan..melayu PAS ni kan terkenal sebagai budak upahan/kuli batak PKR dan DAP..ataupun melayu PAS ni memang suka jugak nak nengok orang yang seksi..

    BalasPadam
  2. Pemuda pemuda pas ni elok diberi makan buah berduri makanan ahli neraka, macam haji hadi lembab macam kura kura.

    BalasPadam
  3. Apabila umat islam dah tak pikir halal haram...ni la jdnya

    BalasPadam
  4. bila hukum agama guna logik akal maka rosaklah manusia....ulama dihina yg buat maksiat dipuja...tanda dunia akhir zaman.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping