Ahad, Julai 10, 2016

Jangan cakap tak serupa bikin sudah la. Kalau setakat buat analisa dan kumpul bukti je tapi takde keberanian untuk mengambil tindakan, tak payah la nak buat cerita yang bukan - bukan.

Jelas, kecurigaan yang dipendam sejak Pakatan Haramjadau tu berkubur pada bulan Ogos tahun lalu mungkin akan bertambah ekoran wujud ketidak-jujuran dalam hubungan antara dua parti itu.

Walaupun pada ketika ini kedua - dua parti itu berkongsi Rejim Pakatan Selangor bersama dengan DAPigs, tetapi hubungan Politik diantara PAS dan PKR semakin bertambah meruncing.

Namun jika PAS memutuskan hubungan dengan PKR, sudah pasti mereka akan menjadi pembangkang paling kuat iaitu 13 kerusi DUN, manakala Rejim Pakatan itu hanya memerintah dengan 13 ADUN PKR, 15 ADUN DAP dan dua ADUN PAN.

30 dari 56 kerusi DUN Selangor itu, hanya empat kerusi sahaja membezakan diantara Rejim Pakatan dan Pembangkang, pasti akan membuatkan Si Menteri Besar Selangor tu bertambah pening kepala.

Semua sedia maklum, Azmin tidak disukai sebahagian besar pemimpin DAPigs kerana masih mengekalkan hubungan yang baik dengan PAS walaupun selepas berkuburnya Pakatan Haramjadah tu.

Malah, Azmin dapat menjawat jawatan Menteri Besar pun selepas berjaya 'mencantas' Wan Azizah dengan sokongan padu dari kalangan pemimpin PAS serta lima orang ADUN PKR yang lain.

Sebab itu Azmin sentiasa dilihat berada dalam keadaan dilema sekiranya diminta oleh pelbagai pihak untuk mengulas hubungannya dengan PAS selepas ketiadaan Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja keadaannya semasa pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagaimana Azmin berusaha mengelak untuk berkempen "All Out" menyokong calon Pakatan.

Bagaimanapun Azmin tersilap langkah dengan memberikan sokongan secara terbuka kepada calon Pakatan yang akhirnya akan menyusahkan dirinya sendiri dikemudian hari.

Tindakan PKR yang menyeru pengundi agar tidak memilih calon daripada PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pasti akan dijadikan bukti sebelum hubungan kedua-dua parti dinilai semula.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang dipetik media berkata kenyataan yang dikeluarkan daripada pimpinan PKR yang disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap parti itu.

Dr. Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara itu akan diperincikan terlebih dahulu sebelum Majlis Syura membuat keputusan sama ada hubungan dengan PKR patut ditamatkan atau tidak.
"Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR. "Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik.
"Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku," katanya.
Tambahnya, PKR semakin menunjukkan belang terutamanya ketika PRK walaupun PAS bersama-sama dengan parti itu ketika saat genting bermula pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
"PAS masih menganggap ada hubungan dengan PKR, ketika PKR lemah kita bersama PKR walaupun DAP keluar daripada barisan alternatif dulu tetapi sekarang ini nampaknya PKR sudah mula hendak meninggalkan PAS.
"Hubungan ini sudah melebihi satu dekad bermula 1998 semenjak DSAI (Anwar Ibrahim) digugurkan daripada kabinet dan dipenjarakan, tetapi mutakhir ini PKR sudah menunjukkan perangai sebenar," tambahnya.
Justeru itu, Mohd Zuhdi juga turut memaklumkan sehingga kini proses mengumpul bukti - bukti yang menguatkan lagi pengkhianatan PKR terhadap PAS akan dikumpul dari semasa ke semasa.

Persoalannya, berani ke PAS nak ambil tindakan dan memutuskan hubungan Politik mereka dengan PKR dalam masa terdekat? Atau, adakah itu semua hanya sekadar wayang pemimpin parti itu semata - mata untuk mengaburi mata rakyat???
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. 2 x 5...5 x 2.....sama saja.

    BalasPadam
  2. Dap dan anak anak kapal sink sudah sound , nampak PAS pangkah.dun selangor tatak satupun boleh menang.

    BalasPadam
  3. PAS macam x de prinsip. Dah terang lagi bersuluh Azmin dan PKR tu x memihak PAS tapi masih nak cari bukti, nak cari bukti dan terus bergayut di dahan songsang LGBT tu. x mengukuhkan Islam pun. Sememangnya perjuangan PAS Selangor adalah kerana tembolok sahaja?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping