Ahad, Julai 31, 2016

Bagai sarkis sebenarnya pergolakan antara DAP dan PKR mengenai pilihanraya tergempar yang mahu diadakan di Pulau Pinang sekaligus menggambarkan cinta palsu Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Tanjong dari DAP, Ng Wei Aik yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, dilaporkan mendakwa DAP mampu mengekalkan semua kerusi di Pulau Pinang namun PKR bakal kehilangan beberapa kerusi berikutan prestasi kurang baik wakil rakyat mereka.

Dakwaan itu disambut Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR, Datuk Rashid Hasnon dengan berkata, kenyataan Wei Aik itu mengukuhkan lagi keputusan untuk tidak menyokong pilihanraya negeri yang mahu diadakan DAP itu.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua turut menyindir PKR yang dianggapnya sebagai ‘kawan’ berikutan bantahan mereka untuk mengadakan pilihanraya di Pulau Pinang.

Ia menerima balasan daripada Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang melahirkan kekecewaan terhadap Pua dan DAP yang tidak pernah berunding dengan PKR sebelum mencadangkan pilihanraya itu.

Walaubagaimana pun, kenyataan yang dibuat oleh Latheefa Koya itu secara tidak lansung telah mencetuskan perbalahan secara terbuka didalam laman media sosial apabila ianya dibidas oleh pemimpin DAP.

Sementara itu, satu lagi sekutu Pakatan Harapan, PAN melalui Presidennya, Mohammad Sabu baru - baru ini dilihat cuba memberi amaran kepada PKR agar mengingati jasa pemimpin PAN yang pernah digelar sebagai 'Anwarinas'.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping