Jumaat, Julai 29, 2016

Pendirian PKR yang masih belum yakin terhadap cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang adalah kerana merasakan ia tidak memberi keuntungan kepada parti mereka.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berpendapat parti pimpinan Wan Azizah itu bimbang akan dihukum oleh pengundi disebabkan skandal rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 
"Mungkin Wan Azizah melihat bahawa kalau ini berlaku apakah keuntungan yang dapat kepada PKR. Sekiranya ia tidak membawa keuntungan politik maka dia tidak akan membuat keputusan untuk menyokong. 
"Mungkin (Wan Azizah masih) menilai sebab kalau kita lihat PRU13 semua kawasan majoriti Cina dibolot oleh DAP dan juga kawasan campuran diberikan kepada PKR. Dan kawasan yang majoriti Melayu telah dimenangi oleh Umno-BN, sebab nampak orang Melayu Pulau Pinang sudah tidak lagi memihak kepada pembangkang," katanya kepada Antarapos.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi memutuskan bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang. 

Dalam kenyataannya, Wan Azizah berkata mesyuarat itu membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, ujar pensyarah berkenaan, Wan Azizah seakan bimbang akan kehilangan kerusi memandangkan PKR sebelum ini ditempatkan di kawasan majoriti Melayu dan kawasan campuran pada PRU13 lalu yang mungkin menyebabkan kekalahan parti itu kelak.
"Jadi kalau PKR tidak bertanding di kawasan campuran yang besar majoriti Melayu, ataupun kawasan yang majoriti Melayu maka PKR akan mendapat kemenangan yang tipis atau tidak dapat menang. 
"Jadi kalau pilihan raya tidak dapat membawa peningkatan kepada bilangan kerusi PKR, maka tidak membawa apa-apa keuntungan. Sebab itu dia tidak menyatakan sesuatu yang muktamad dalam hal ini," katanya.
PKR memaklumkan akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi dalam waktu terdekat untuk menerangkan pendirian parti kepada DAP.

Bagaimanapun, Mohd Noor berkata Guan Eng tidak memerlukan 'kebenaran' daripada PKR mahupun Amanah dalam mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu kerana DAP jelas menguasai DUN Pulau Pinang.

Maka secara kesimpulannya, ramai yang berpendapat bahawa tindakan DAPigs yang sengaja mendesak PKR itu merupakan muslihat untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan keikhlasan parti itu kepada mereka dalam Pakatan. Dan terbukti, PKR telah GAGAL!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping