Ahad, Julai 17, 2016

Aik? Pelik jugak ni. Habis semua orang yang sebelum ini dikaitkan dengan gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir tu tak nak pulak mengaku yang diorang terlibat dengan parti baru tu kenapa?

Kalau semalam, Si Zaid Al-Araki tu kata dia tak terlibat. Lepas tu, bekas ahli Wanita UMNO pulak menyatakan perkara yang sama dan menafikan bahawa dia terlibat dalam parti baru tu.

Sekarang tiba giliran bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail pulak menafikan desas desus mengenai penglibatannya dengan pembentukan parti baru yang diumumkan baru - baru ini.

Tan Sri Gani dalam kenyataan medianya hari ini mendakwa bahawa dirinya tidak terlibat dengan pembentukan parti itu dan tidak berminat untuk sertai mana - mana parti Politik pada ketika ini.
"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani  menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baru yang dikatakan bakal dibentuk itu antara lain menyenaraikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden manakala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Timbalan.

Sementara senarai nama Naib Presiden pula terdiri daripada Zaid Ibrahim, bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai Bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan memegang jawatan Setiausaha Agung.

Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi, yang turut dibarisi Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Datuk Kamilia Ibrahim; Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berhati jahat.
Categories:

2 ulasan:

  1. Apa2 pun nama parti Madey ni, aku nak tubuh cabang kat Sarawak (tu pun kalau Tok Nan bagilah), pastu bila dah dapat duit dalam sebilion dua, bubar terus, bagi2 sama rata dgn mastermind termasuk aku... Hahaha kayo pakcik kayo...

    Parti Madey ni mungkin namanya Parti Usaha Kuat Ikutan Mahathir Kaya... Ataupun Parti Undur Najib Demi Ekonomi Kuat... Paling tidak pun Parti Agrarian Rakyat Istimewa Agung... Paling best kalau namanya Parti Amanah Luarbiasa Ekonomi Baru Untuk Teman-teman Omongan Halal

    Kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, gua setuju nama2 parti tersebut. Laungan Ahli Negarawan Cinta Am Umumnya. Parti ini akan bersama dengan Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping