Aik? Pelik jugak ni. Habis semua orang yang sebelum ini dikaitkan dengan gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir tu tak nak pulak mengaku yang diorang terlibat dengan parti baru tu kenapa?
Kalau semalam, Si Zaid Al-Araki tu kata dia tak terlibat. Lepas tu, bekas ahli Wanita UMNO pulak menyatakan perkara yang sama dan menafikan bahawa dia terlibat dalam parti baru tu.
Sekarang tiba giliran bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail pulak menafikan desas desus mengenai penglibatannya dengan pembentukan parti baru yang diumumkan baru - baru ini.
Tan Sri Gani dalam kenyataan medianya hari ini mendakwa bahawa dirinya tidak terlibat dengan pembentukan parti itu dan tidak berminat untuk sertai mana - mana parti Politik pada ketika ini.
"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baru yang dikatakan bakal dibentuk itu antara lain menyenaraikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden manakala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Timbalan.
Sementara senarai nama Naib Presiden pula terdiri daripada Zaid Ibrahim, bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai Bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan memegang jawatan Setiausaha Agung.
Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi, yang turut dibarisi Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Datuk Kamilia Ibrahim; Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berhati jahat.
Apa2 pun nama parti Madey ni, aku nak tubuh cabang kat Sarawak (tu pun kalau Tok Nan bagilah), pastu bila dah dapat duit dalam sebilion dua, bubar terus, bagi2 sama rata dgn mastermind termasuk aku... Hahaha kayo pakcik kayo...
BalasPadamParti Madey ni mungkin namanya Parti Usaha Kuat Ikutan Mahathir Kaya... Ataupun Parti Undur Najib Demi Ekonomi Kuat... Paling tidak pun Parti Agrarian Rakyat Istimewa Agung... Paling best kalau namanya Parti Amanah Luarbiasa Ekonomi Baru Untuk Teman-teman Omongan Halal
Kahkahkah
Bro, gua setuju nama2 parti tersebut. Laungan Ahli Negarawan Cinta Am Umumnya. Parti ini akan bersama dengan Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta.
Padam