Jika sebelum ini, puas Si Mahfuz Bean tu buat desakan supaya Bekas Menteri Kewangan Kedua memberikan penjelasan berhubung isu pengundurannya dari barisan Kabinet baru - baru ini.
Tujuan Mahfuz membuat desakan tersebut adalah untuk menimbulkan spekulasi dan mengaitkan pengunduran itu dengan isu 1MDB yang kini masih lagi hangat diperkatakan dikalangan rakyat.
Namun, penjelasan yang diberikan oleh Datuk Seri Husni Hanadzalah ini sudah pasti akan membuatkan Si Mahfuz Bean tu meroyan apabila beliau menafikan dakwaan yang cuba dicetuskan.
Kata Datuk Seri Husni, beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua itu adalah kerana beliau enggan ditukar ke Kementerian lain dan ingin bersara di Kementerian Kewangan.
"Tidak... 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan "kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.
"Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.
Ahmad Husni berkata setakat ini, beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.
"Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan merupakan perkara terakhir iaitu sebagai Anggota Parlimen," katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.
"Mereka menyokong saya. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh berkhidmat sebagai Anggota Parlimen setakat kemampuan saya. Biarlah saya duduk tenang sebab apabila saya tidak lagi dalam politik, ia sangat indah, minda saya tiada lagi gangguan, sebab dalam politik banyak gangguan," katanya.
Satu pengajaran... kalau setakat lulus SRP jangan la nak tunjuk pandai kerana berpengalaman banyak mana pun,dah tua macamana pun In tetap tak berubah. Kalau IQ SRP..apa yang ditonjolkan setakat SRP la jugak.
BalasPadamSatu pengajaran... kalau setakat lulus SRP jangan la nak tunjuk pandai kerana berpengalaman banyak mana pun,dah tua macamana pun IQ tetap tak berubah. Kalau IQ SRP..apa yang ditonjolkan masih setakat mentaliti SRP la jugak.
BalasPadamKuman (husni) seberang laut dia nak tanya, gajah (MB Khalid yg letak jawatan) depan mata dia buat tidak nampak. Apa punya tui
BalasPadamJawapan ikut skrip tu. Serupa juga dengan kes Gani Patail dan juga Akil Bulat dulu. Tinggal dua tiga bulan je lagi nak pencen.
BalasPadamTak habis-habis dgn persepsi negatif. Fitnah di hujung jari.
PadamBashah lentok pun level dia kot....
BalasPadamLentok xlentok pun dah jadi mb..hang asyik tunggi duit BRIM je..cakap pandai...
Padam