Isnin, Julai 11, 2016

Nampak gayanya, imej 'Bersih' dan 'Suci' yang cuba dipaparkan oleh PKR selama hari ini semakin hari semakin tercalar. Lepas satu persatu kes berkaitan dengan moral dikaitkan dengan mereka.

Walaupun secara tidak lansung, namun penahanan Pengerusi NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai 'MyWatch' ini ada juga kaitannya dengan PKR. Dan katanya dia 'Kawan Baik' Rafizi.

Dari satu sudut, kes yang melibatkan 'Kawan Baik' Si Rafizi tu bakal berhadapan dengan hukum karma. Selama ini dia cuba nak memburukkan orang lain. Kali ini, dia sendiri yang terjebak.

Kalau sebelum ini, 'Kawan Baik' Si Rafizi ni KONONnya mendakwa dia sebagai 'Hero' yang nak membenteras kegiatan Haramjadah melibatkan aktiviti perjudian, maksiat dan kongsi gelap.

Bahkan dia juga turut membuat dakwaan kononnya pihak berkuasa juga terlibat melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti haram tersebut demi untuk mencemar reputasi dan nama baik mereka.

Namun akhirnya, dia sendiri yang KANTOI terjebak dalam kegiatan yang sama sehingga menyebabkan dia ditahan oleh pihak Polis kerana didakwa mengugut dan memeras ugut orang lain.

Jelas Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Pengerusi NGO itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) diatas dakwaan tersebut.

Walaupun pada ketika ini puak PKR tu buat diam je. Tapi percaya la. Dalam diam tu diorang juga cuba membuat spekulasi kononnya penahanan itu merupakan perangkap yang sengaja dipasang.

Alasan sedemikian sama juga sering kali digunakan bila ada dikalangan mereka ditahan oleh pihak berkuasa. Pasti diorang akan kata, penahanan itu telah dirancang oleh pihak tertentu.

Jadi jangan la heran kalau selepas ini ada pihak yang membuat dakwaan kononnya penahanan 'Kawan Baik' Si Rafizi tu buat bagi menutup mulut dia supaya tidak mendedahkan skandal pihak berkuasa. Benda macam tu memang dah biasa diorang buat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Padan muka pun...hukum KARMA..paku dulang paku serpih..kata orang aku yg lebih

    BalasPadam
  2. cakap tak serupa bikin...itulah jadinya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping