Jumaat, Julai 01, 2016

Heh! Memang lawak betul tengok gelagat Si Mahfuz Bean ni. Mudah sangat orang lain nak menjawab dakwaan yang dibuat terhadap isu pelepasan jawatan Datuk Seri Husni Hanadzlah.

Mungkin pada pandangan Mahfuz, dia nak menjadi 'Hero' yang mampu mencetuskan spekulasi liar terhadap tindakan Bekas Menteri Kewangan itu dari jawatannya baru - baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu mendesak agar Bekas Menteri Kewangan itu memberikan penjelasan mengenai keputusan yang telah dibuat baru - baru ini.


Namun jika dilihat dari satu sudut, Si Mahfuz Bean tu tak hak pun nak mempersoalkan keputusan yang telah dibuat. Bahkan dia juga tidak mempunyai 'Locus Standi' untuk buat desakan.

Sebaliknya kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar mencetuskan provokasi dan mencipta spekulasi liar yang tidak mempunyai sebarang asas serta bukti yang kukuh.

Pandangan itu juga turut dikongsi oleh YAB Menteri Besar Pahang yang menganggap pihak pembangkang sengaja mahu mencipta spekulasi liar terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Husni.

Menurut katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, setiap individu mempunyai hak untuk menentukan pilihannya dan semua pihak perlu menghormati pilihan itu.  
"Beliau (Ahmad Husni) telah lakukan tugas yang baik dan sekarang memilih untuk berundur. Berundur ini banyak sebabnya...kita tak usah nak viral, spekulasi atau buruk sangka.  
"Biar Ahmad Husni berehat. Sekarang tidak ada sesiapa yang boleh paksa kitapegang jawatan atau bersara. Itu yang menjadi amalan parti dan kerajaan," kata menteri besar kepada Bernama pada Khamis. 
MB Pahang juga turut menyifatkan tindakan pembangkang yang membesar - besarkan isu tersebut sebagai 'tidakan biasa yang tidak perlu dihairankan kerana sudah menjadi lumrah sebagai pembangkang'.

Pokok pangkalnya, tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Husni itu membuktikan bahawa demokrasi serta Hak Kebebasan Manusia itu masih subur menjadi amalan utama di Malaysia.

Terpulang la kepada Datuk Seri Husni nak buat keputusan apa pun. Dia bukannya menyusahkan orang lain. Maka kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang telah dibuat. Bukannya meroyan tak tentu arah macam Si Mahfuz Bean tu!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Helo sirul! Sirul! Helo! Hellllloooo!!!!!!....pathetic!

    BalasPadam
  2. Helo sirul! Sirul! Helo! Hellllloooo!!!!!!....pathetic!

    BalasPadam
  3. Perihal Husni ni saya ada terbaca kisahnya di Malaysia Today.

    BalasPadam
  4. Mahfuz Mr Bean ni elok balik kampong dan duduk atas pokok sena ja. Itu la mentaliti SRP.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping