Isnin, Julai 18, 2016

Biarpun sebelum ini orang kata dia 'Gagap', suka tidur waktu mengadakan sidang media, dan lemah bila memegang jawatan sebagai Menteri Besar, tapi setidak - tidaknya Si Khalid Ibrahim ni ada prinsip.

Tidak seperti sesetengah pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang hanya sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi masing - masing demi meraih keuntungan semata - mata.

Bekas Menteri Besar Selangor itu hari ini tampil dengan kenyataan media dengan menyatakan keraguannya terhadap Pakatan Baru yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP, PAN dan sebuah parti baru yang belum dinamakan itu tidak mempunyai prinsip atau perjuangan jelas sebaliknya hanya mahu memenuhi kepentingan peribadi.
"Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui cara ini. Ini kerana Amanah tidak ada ketetapan pendirian, PKR juga dan DAP juga mempunyai hala tuju yang mungkin ada samanya, tetapi lebih kepada tidak banyak persamaan," katanya kepada The Star ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya, Ahad.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas pengumuman oleh Tun Mahathir tentang rancangan untuk menubuhkan parti baharu yang akan bekerjasama dengan pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga berkata, gabungan itu setakat ini tidak menyediakan satu rangka kerja yang jelas dan penubuhannya hanya dibincangkan antara pemimpin yang ada kepentingan tertentu.
"Mereka hanya berbincang dalam kumpulan mereka tentang bagaimana untuk menjatuhkan orang-orang tertentu. Tidak ada usaha yang jelas untuk menentukan rancangan mereka jika mereka berjaya mencapai sasaran.
"Saya rasa mereka tidak harmoni. Saya berharap trend politik ini boleh dikurangkan kerana rakyat sudah letih dengan perkembangan politik yang tidak berkesudahan," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai gabungan itu, Khalid berkata ia tidak mungkin kerana kerjaya politiknya telah berakhir selepas beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam erti kata mudahnya, Si Khalid Ibrahim ni masih lagi dapat berfikir dengan waras apabila dia enggan menyertai Pakatan Baru itu. Mungkin sebab dia pernah mengalami keadaan yang sama apabila dikhianati oleh pemimpin partinya sendiri sebelum ini!!!
Categories:

8 ulasan:

  1. KIHKIHKIH.......Buat sendiri senarai pelesu, viralkan di media-medai perdana, lepas tu interview orang-orang yang dalam senarai tu. Kemudan bersorak sorai - tiada siapa nak sokong MAHADIR!!!!
    HEHEHE............nampaknya usha umngok nak tipu rakyat tak jalan.
    Semua orang thau, ini perang psikologi nak sebarkan persepsi kunun orang tak dapat terima party baru Mahadir.

    Disinformation is intentionally false or inaccurate information that is spread deliberately.[1] It is an act of deception and false statements to convince someone of untruth. Disinformation should not be confused with misinformation, information that is unintentionally false.
    Unlike traditional propaganda techniques designed to engage emotional support, disinformation is designed to manipulate the audience at the rational level by either discrediting conflicting information or supporting false conclusions. A common disinformation tactic is to mix some truth and observation with false conclusions and lies, or to reveal part of the truth while presenting it as the whole (a limited hangout).
    Another technique of concealing facts, or censorship, is also used if the group can affect such control. When channels of information cannot be completely closed, they can be rendered useless by filling them with disinformation, effectively lowering their signal-to-noise ratio and discrediting the opposition by association with many easily disproved false claims.

    BalasPadam
  2. Reaksi awal saya ialah untuk menafikan tetapi segera tersedar bahawa itulah yang dikehendaki oleh porpagandis Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia

    Saya percaya Ghani Patail, Rafidah Aziz, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Wahid Omar, Kamalia Ibrahim, Kadir Jasin, Ku Seman Ku Hussain, Azri Zainul Abidin, Hassan Din terkejut, geli hati dan rasa terhina nama mereka dijual bagitu murah oleh media troopers UMNO. Jika bukan dari UMNO atau JPM masakan TV3 akan menyebar berita palsu ini.

    Untuk memberikan kredebiliti kepada berita yang bersifat disinformation ini, nama-nama lain yang diketahui sebagai anti atau pro Mahathir juga disenaraikan. Umpamanya Tamrin Ghafar, Rahim Thamby Chik, Zahid Ibrahim dan Hishamuddin Rais.

    Rafidah Aziz, Ghani Patail, Abdul Wahid Omar dan beberapa orang yang tidak bagitu masak tentang perang saraf disimformation ini dengan segera menafikan penglibatan mereka yang dengan itu tanpa sedar bermain ditangan Najib untuk menunjukkan Mahathir tidak mendapat sokongan dari berbagai golongan masyarakat.

    Semakin ramai menafikan, maka semakin besarlah gambaran kepada rakyat bahawa Tun Mahathir tidak mendapat sokongan dalam usahanya untuk tubuhkan parti baru dan gulingkan Datuk Seri Najib.

    Dengan itu mereka juga dapat membersihkan prasangka rakyat tentang kemungkinan sokongan beberapa orang profesional yang teranianya oleh tindakan parti dan kerajaan untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kewangan negara.

    Disamping itu Disinformation ini menyerlahkan betapa UMNO sanggup menurunkan dirinya ke taraf yang paling rendah untuk memelihara kepimpinan yang sudah hilang kredebilitinya dengan memisahhkan diri atau terpisah satu demi satu dengan orang-orang yang bersih yang tidak sanggup bersekongkol dengan kerja-kerja kemaksiatan negara.

    Mereka telah melakukan disinformation ini terhadap Tan Sri Muhyiddin dan sekarang terhadap Mahathir dan mereka akan terus melalukannya lagi kerana mereka percaya rakyat adalah setaraf dengan pemikiran mereka.Orang yang hidup dalam najis tidak akan lagi berbau busuknya kecuali oleh orang yang melihat mereka terpalit.

    PENGERTIAN DISINFORMATION DARI WIKIPEDIA
    Disinformation is intentionally false or inaccurate information that is spread deliberately.[1] It is an act of deception and false statements to convince someone of untruth. Disinformation should not be confused with misinformation, information that is unintentionally false.
    Unlike traditional propaganda techniques designed to engage emotional support, disinformation is designed to manipulate the audience at the rational level by either discrediting conflicting information or supporting false conclusions. A common disinformation tactic is to mix some truth and observation with false conclusions and lies, or to reveal part of the truth while presenting it as the whole (a limited hangout).

    BalasPadam
    Balasan
    1. sembang la.....

      Padam
    2. Cik minah tonggek...hujah yg dicopy & paste...hakikatnya..org tahu team TM terdiri dr org2 yg xlaku...org2 yg kehendak mereka tidak dipenuhi..terutama TM..byk projek2 kroni2 n anak beranak dia xdipenuhi...timbul marah..terus dirasuk syaitan..menjadi seorg yg pendemdam....ingat zaman TM...anaknya menjadi kaya raya...tak cukup lagi ka..

      Padam
  3. Orang yg hidup dlm najis tu adalah yg suka membuat dan menyebar fitnah. Mereka tergolong dikalangan puak munafikun. Contoh jelas macam pembangkang dan geng ANC, termasuk Cik Minah.

    BalasPadam
  4. tak dak sapa nak sokong parti baru eh....yg dah ada pun tak dpt selesai masalah rkyat.

    BalasPadam
  5. Cik Minah ni tak boleh terima the facts dan realiti...kesian

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping