Ahad, Julai 17, 2016

Selain longkang tersumbat, sampah sarap tak berkutip, banjir kilat berlaku secara berterusan, dan pemimpin PKR biadap tidak ditegur, banyak lagi ke-GAGAL-an Si Menteri Besar Selangor tu.

Selain pertuduhan rasuah yang kini sedang menyelubungi pentadbiran Rejim PKR dibawah pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu, dia juga terpaksa berhadapan dengan perjudian haram.

Menurut laporan didalam media baru - baru ini, Selangor merupakan port paling panas mereka yang menjalankan perjudian haram ini dan dianggap lubuk bagi mereka yang ketagih.

Soalnya, apa tindakan Si Menteri Besar Selangor tu ambil bagi membenteras perjudian haram ini daripada terus berleluasa? Apa langkah - langkah yang telah diambil bagi membenterasnya?

Presiden Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) berkata, hasil perjudian haram di negeri yang dijadikan lubuk dan ‘syurga’ pe­ngusaha mesin judi haram itu telah me­nyumbang sebanyak RM3.07 bilion (USD779.25 juta). 

Jelasnya, usaha membanteras masalah itu tidak akan berhasil sekiranya lesen untuk membuka premis terus diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan sewengang - wenangnya. 
“Kita berharap PBT seluruh negara khususnya di Selangor tidak mengeluarkan lesen pusat hiburan dengan mudah dan selepas itu lepas tangan tanpa sebarang pantauan terhadap aktiviti premis-premis yang beroperasi.
“Walau sebanyak mana serbuan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia, premis-premis ini seolah-olah kebal dan akan berope­rasi seperti biasa keesokan harinya kerana mereka sudah ada lesen daripada PBT,” katanya dalam sidang akhbar penubuhan sekretariat Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) di sini hari ini.
GBAH merupakan gabung­an pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya PPIM, Epanco, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) dan beberapa lagi NGO ditubuhkan untuk membanteras aktiviti jenayah khususnya judi haram. 

Tambah Ariffin yang juga merupakan Pengerusi GBAH, pihaknya menggesa usul untuk menggubal semula undang-undang berkaitan judi haram supaya kesannya kepada masyarakat lebih efektif.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping