Selasa, Julai 12, 2016

Heh! Kan dah cakap dah hari tu. Si Mak Lampir ni sepatutnya menjadi idola kepada semua Usahawanita yang ada didalam Malaysia ni dan boleh diangkat menjadi ikon kepada mereka.

Bayangkan. Si Mak Lampir tu sebelum ini hanya seorang penjual buah ditepi jalan Ampang je. Tapi sekarang dia mampu memiliki kenderaan mewah dengan hanya menjadi Ahli Parlimen.

Walaupun sebelum ini Si Mak Lampir tu cuba hendak menafikan perkara tersebut, tetapi pendedahan demi pendedahan yang dibuat tidak dapat menyembunyikannya dari pengetahuan rakyat.

Pusing la kot celah mana pun, Si Mak Lampir tu KANTOI juga memiliki 7 bijik kenderaan mewah sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen. Maka sebab itulah dia mula mengalah dan mengakuinya.

Tinggal lagi, Si Mak Lampir tu kata, kenderaan yang dimilikinya itu bukan kenderaan mewah. Tapi semua 7 buah kenderaan yang dia miliki itu kebanyakkannya model dari Jepun.

Persoalannya, dari mana datangnya sumber kewangan Si Mak Lampir tu sehingga membolehkan dia untuk memiliki dan membiayai perbelanjaan bagi 7 buah kenderaan tersebut?

Walhal, sebagai seorang Ahli Parlimen, pendapatan bulanan dia hanya sebanyak RM 16 ribu je sebulan. Kot kalau orang lain miliki kemewahan seperti itu, sibuk pulak diorang pertikaikan.

Kalau selama hari ini, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya pemimpin yang memiliki kenderaan sebanyak itu hanya membazirkan duit rakyat. Tapi kalau diorang buat, boleh pulak?

Takde pulak ianya dianggap sebagai satu pembaziran duit rakyat sedangkan duit tu boleh digunakan untuk membantu menjaga kebajikan rakyat diperingkat bawahan yang memerlukan?

Sebelum ini, sumber kewangan Si Mak Lampir tu didakwa berpunca dari hasil kutipan 'Cukai' kontraktor - kontraktor yang mana Si Mak Lampir tu dikatakan mempunyai kaitan secara lansung.

Perkara yang sama bukan sahaja dipertikaikan oleh pemimpin dikalangan Barisan Nasional, bahkan dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Jadi, soal mengenai sama ada kenderaan tu asal dari mana sekali pun tak timbul lansung!!!
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping