Isnin, Julai 11, 2016

Meskipun sudah lebih 15 tahun PKR ditubuhkan, parti itu masih lagi gagal mengawal sikap berpuak-puak yang wujud baik dalam kalangan ahli mahupun kepimpinan terttinggi mereka.

Bekas Timbalan Presidennya, walaupun dia dah meninggalkan parti itu sejak tahun 2001, situasi tersebut lebih menyerlah selepas Ketua Umumnya disumbat masuk penjara kerana meliwat.
"PKR mempunyai banyak puak dan ia berlaku hingga sekarang. Melihat kepada pimpinan PKR sekarang, kita memerlukan pemimpin atasan yang memiliki kemahiran politik tertentu.
"Di mana yang boleh mendamaikan pihak tertentu, mengadakan rundingan dan buat penyelesaian yang boleh memuaskan kehendak pihak tertentu, memandangkan ia satu cabaran yang besar," katanya dalam temubual bersama Antarapos, baru-baru ini.
Justeru dia menyifatkan kewujudan beberapa kumpulan dalam PKR membuktikan betapa kepimpinan yang diterajui Wan Azizah selaku Presiden parti GAGAL dalam mengemudi parti itu.

PKR mula dikaitkan dengan pelbagai masalah dalaman, pertelagahan di kalangan pimpinan parti sehingga wujudnya kumpulan - kumpulan tertentu yang diketuai oleh pemimpinnya sendiri.

Dakwaan mengatakan dua kumpulan atau kem wujud di dalam PKR itu membabitkan kem Wan Azizah dan mereka yang Pro kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Merujuk kepada keadaan itu, Dr. Chandra berkata, Wan Azizah ternyata GAGAL menggalas tugas dan tanggungjawabnya selaku Presiden parti dalam menyatupadukan ahli-ahli dalam parti.
"Dari segi simbolik, beliau sesuai. Tetapi dalam sebuah parti politik, dalam perjuangan politik, kita memerlukan pemimpin yang lebih dari simbolik," katanya.
Selain daripada masalah wujudnya kumpulan yang berpuak-puak itu, Dr. Chandra juga berpendapat bahawa PKR pada ketika ini masih berada di takuk lama dan masih tidak berubah.
"Dari segi negatifnya ada tiga. Pertama, parti masih taksub dengan individu dan ia merupakan satu kelemahan besar. Kedua, masih wujud puak, dan tak dapat diatasi. 
" Jika dilihat hari ini, PKR ada cabaran dua kelompok dalam parti. Ketiga saya nampak PKR tidak berjaya membawa apa yang diuar-uarkan, contohnya budaya politik baru, bersih dan integriti. Tidak ada bukti," tegasnya.
Pokok pangkalnya, tak kira la sama ada wujudnya kem Wan Azizah mahupun kartel Azmin dalam PKR tu. Apa yang pasti, pemimpin didalam parti tu tidak la se-MAKSUM dan SUCI seperti mana yang mereka dakwa selama hari ini. Semuanya hanya Gila Kuasa belaka!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. This parti same like treenity , goody papa goody mama goody anak, tree in one, wan into 3.azmin change saw just cantas eyz don symptize cut cut cut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping