Sabtu, Julai 09, 2016

Pendirian PAS tidak berubah untuk terus menolak menjadi penyokong kumpulan Pro Deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. 

Tegas Ketua Dewan Ulama PAS, deklarasi hanyalah sekadar agenda peribadi pihak tertentu dan bukannya untuk rakyat. Sebaliknya misi PAS adalah mahu menukar kerajaan sekaligus mengubah polisi dan dasar sedia ada. 
"Dalilnya kerana mereka nak tumbangkan Datuk Seri Najib tapi dia nak kekalkan Umno, sedangkan kita berpendirian bahawa nak buat perubahan ini bukan ubah pemimpin sahaja. 
"Kena ubah dasar parti itu juga, jadi maknanya tak ada manfaat sangatlah. Dia tukar (nanti) sama sajalah sebab dasar tu sama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual.
Malah beliau juga turut menyifatkan golongan yang menyokong kumpula Pro deklarasi itu adalah dari kalangan individu yang kecewa dan PAS tidak termasuk dalam kelompok itu.
"Komponen Deklarasi Rakyat ni orang-orang yang kecewa jadi PAS bukan seperti itu, cuma kita bersendirian sebab itulah kita tak bersama mereka. Deklarasi tu lebih kepada nak selamatkan Umno, kita bukan nak selamatkan Umno tapi negara," katanya.
Kumpulan Pro Deklarasi yang ditubuhkan pada Mac lalu banyak mengitar semula tuduhan Tun Mahathir terhadap Najib terutama mengenai hutang 1MDB dan sumbangan RM 2.6 bilion. 

Terbaru Solidariti Anak Malaysia (SAMM) juga menggesa agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan meneliti ke semua tandatangan yang diturunkan oleh 1.27 juta rakyat.

Badan NGO yang Pro PKR itu juga mendedahkan hanya sebanyak 300,000 sahaja tanda tangan asli yang diperoleh oleh Kumpulan Pro Deklarasi itu manakala 900,000 tanda tangan lain adalah palsu.

Malah Tun Mahathir turut mengakui sekretariat Deklarasi hanya berjaya mengesan sebanyak 300,000 tandatangan palsu dan mendakwa ada pihak tertentu mahu mensabotaj usaha kumpulan itu.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Maksud Pas tu untuk perubahan bukan setakat pemimpin sahaja..sebab tu dia tak sokong untuk menjatuhkan Najib. Mereka akan sokong jika Protun menjatuhkan BN. Itu pun susah nak faham! Bagus la kalau cai2 najib terkinja2 melalak cakap Pas sokong najib.

    BalasPadam
  2. tun M akhir2 ini sonyap je, dah letih la tu. Tak larat nak melalak lagi dah.

    BalasPadam
  3. samala dgn pas tiada beza. cakap2 saja seperti biasa melayu begini melayu cucuk hidung. pas sendiri geng2 dgn dap tiada beza dgn tun m. jatuhkan bn jatuhkan najib pon sama saja. yg aku tahu pas dan tun m adala monyet2 komunis...

    BalasPadam
  4. Akan tiba masanya bn akn jatuh...tak ada pun sebuah krjaan di dunia ni yg kekal selamanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping