Ahad, Julai 17, 2016

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan penubuhan parti baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai dilakukan dalam keadaan kelam kabut dan menegaskan PAS tidak akan 'berlayar dengan bahtera' sedemikian.
“Saya kena baca secara teliti cadangan itu. Saya tengok awal-awal lagi sudah dalam keadaan yang kelam kabut. PAS tidak akan naik ‘bahtera’ yang kelam kabut. 
“Apatah lagi kita dapati kerjasama dengan parti-parti yang menentang perjuangan kita, menentang Islam. Pendirian kita adalah mengikut sempadan parti kita. Kita tak terburu-buru dan kita akan bincang secara terperinci. 
“PAS ada Jawatankuasa Politik, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Jawatankuasa PAS Pusat itu secara umum, Jawatankuasa Politik itu dari segi strategi, Majlis Syura Ulamak pula melihat batas sempadan Islam,” ujarnya.
Presiden PAS itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil daripada pihak media selepas menyampaian Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Hadi Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang menyifatkan cadangan mana-mana pihak menubuhkan parti politik dibenarkan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
“Tubuh parti baru ini hak masing-masing dalam negara demokrasi, termasuklah jika kerajaan benar parti komunis pun boleh tubuh, jika kerajaan benar parti Komunis tetapi diluluskan oleh kerajaanlah. 
“Kita tidak boleh halang dari segi kitanya, kita bekerjasama mengikut sempadan kitalah. Kerjasama dalam perkara yang adil, perubahan yang baik.
“Jangan sentuh Islam. Dasar PAS, matlamat perjuangan PAS, agenda perjuangan PAS jangan disentuh. Itu jika ada orang cuba halang kita akan lawan termasuk Umno ke, DAP ke, PKR ke, Tun Mahathir ke siapa? Itu sempadan dia,” tegasnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengumumkan hasratnya menubuhkan parti baru untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14. Ia dijangka terdiri daripada DAP, PKR dan PAN sebagai anggotanya.
Categories: ,

12 ulasan:

  1. Naik tongkang nak karam pun tak apa janji dapat jongkong emas.Bila karam nanti pandai2 lah nak selamatkan diri...dah buat persiapan rahsia tanpa pengetahuan nakhoda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jadikan diri kita bodoh dan bangang serta pemfitnah

      Padam
    2. Jangan jadikan diri kita bodoh dan bangang serta pemfitnah

      Padam
  2. Tongkang pecah takde projek bro. Bahtera Najib banyak boleh masyuk. Kopiah putih lepas ni simpan. Pakai suit mahal macam al ustaz nasharudin mat isa. Dia broker besar sekarang. Kopiah dia pun dah takde sekarang ni. Sekarang ni zaman komersial beb. Kalau agama pun berani buat main2 ..inikan maruah diri. Hebat Najib ni beb !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak bermakna pakai kopiah tu mcm alim sgt. mereka yg rajin buat fitnah sana cni. dia bersolat nak bercrta pd kau. itu dia dgn tuhan. tidak boleh tolak dunia totally. hidup kita yg masih bernafas d dunia mana pulak. mgkin dia byk bersedekah takam nak bercrta pd semua org.

      Padam
  3. Aji silap, patut jadi anak papa, silap silap besar aji........aji patut join pakatan dah menang kemudian baru fikir nak lompat ke mana mana..,guna kepala otak la sikit aji oiiii

    BalasPadam
  4. PAS nak naik kapal lanon bugis yang membawa berbillion hasil lanonan.
    Lepas tu PAS nak melaksanakan HUDUD -tangkap pencuri telor ayam sahaja untuk dipotong tangan. Pencuri berbillion perlu 4 saksi yang beriman
    untuk mengesahkan betul ke lanon bugis sudah merompak wang rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekular bukan bermakna anda dibolehkan mengumpat hadi dengan isu ayam dan potong tangan. sikap andalah yang menyebabkan sekular di tendang keluar dari bahtera Pas?

      Padam
    2. cik minah bapok ni rupanya pon katak si katak lompat. sama hati komunisnya dgn tun m...

      Padam
  5. Tongkang PAS pun dah bocor. Ramai yang dah lompat keluar dan berenang ke darat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang halang ke deme nok keluar PAS yang sibuk tambah fitnah tu wak mende

      Padam
  6. Dulu kutuk Madey, skg nak geng Madey pulak... hamlau punya olang...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping