Jumaat, Julai 29, 2016

DAP mengkritik kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan pantas berhubung rancangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang lebih awal.

Wakil Pemuda DAP berkata, PKR terpaksa mengambil masa yang panjang untuk bersetuju dengan rancangan DAP tetapi mampu membuat keputusan yang tangkas sewaktu melaksanakan 'Langkah Kajang'.
DAP telah menyokong penuh PKR dalam beberapa percaturan politik seperti dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor dan juga `Langkah Kajang’.
Daripada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, DAP tidak pernah membelakangi pemimpin PKR seperti satu lagi kawan karib PKR (PAS) yang gemar menikam dari belakang.
Walaupun PKR mengambil masa yang panjang dalam menentukan kewajaran PRN Pulau Pinang berbeza dengan keputusan tangkas `Langkah Kajang’,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Sindiran dari wakil Pemuda DAP itu dibuat bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang sebelum ini menyindir DAP dengan berkata:
“Siapa yang mengumumkan pilihan raya `kilat’ secara sebelah pihak, siapa yang mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak dan siapa yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan kepada media sebelum keputusan dimuktamadkan?”
Menjawab sindiran itu, wakil Pemuda DAPigs mendakwa, PAS yang membatalkan kerjasama politik dengan DAP dalam Muktamar Dewan Ulama PAS pada 6 Jun 2015 terlebih dahulu.

Beliau turut mengingatkan bahawa perasmian Pakatan Harapan pada 9 Januari 2016 dilakukan oleh Wan Azizah iaitu Presiden PKR dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Adakah Latheefa tidak memahami logik mudah sebegini?” soal beliau.
Justeru katanya, kenyataan Latheefa isu sebenarnya merupakan satu justifikasi yang membayangkan PKR takut untuk menghadapi PRN Pulau Pinang dengan membuat alasan kononnya rancangan DAPigs mengadakan PRN selalu berubah dan tidak konsisten!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping