Khamis, Julai 07, 2016

Pendakwah Islam yang diaggap kontroversi Dr Zakir Naik menafikan bahawa ucapannya menggalakkan keganasan dan mengalu-alukan siasatan terhadapnya.

Ini susulan laporan bahawa dua daripada pengganas yang terbabit dalam pembunuhan 20 tebusan di Dhaka, Bangladesh, adalah pengikut media sosial Zakir, yang berpangkalan di Mumbai, India.

"Ini sama sekali tidak logik untuk mengatakan bahawa saya menggalakkan keganasan," katanya, seperti yang dilaporkan oleh CNN-News18 semalam.

"Tidak satu pun agensi penyiasatan mendakwa bahawa Dr Zakir Naik menggalakkan keganasan. Kementerian Dalam Negara amat dialu-alukan untuk meneliti semua ucapan saya.

"Saya mempunyai pengikut yang ramai. Saya mungkin menjadi inspirasi kepada mereka tetapi saya tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya bimbang media dan ahli politik kerana mereka mungkin memburukkan imej saya. Ada orang yang menggunakan gambar saya dan salah memetik kata-kata untuk memfitnah saya. Saya mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap saya," katanya.

Zakir juga menafikan bahawa beliau pernah menggesa semua umat Islam supaya menjadi pengganas, sambil menambah bahawa video di mana beliau didakwa berbuat demikian sebenarnya telah dipalsukan.

Begitu juga, beliau berkata video yang disebarkan di media sosial berhubung ucapan kontroversinya mengenai Osama bin Laden, juga telah dipalsukan.

Katanya, beliau tidak pernah mengenali Osama dan beliau tidak pernah melabelkan bekas pemimpin al-Qaeda itu sebagai seorang wali mahupun seorang pengganas.

"Saya sentiasa berdakwah bahawa umat Islam tidak seharusnya mengancam sesiapa sahaja ... Sesiapa yang membunuh orang, sama ada dia Islam atau bukan Islam, akan masuk neraka.

"Saya kata setiap Muslim perlu menjadi pengganas kepada semua unsur anti-sosial. Adalah malang bahawa ada orang mendakwa bahawa saya menggalakkan keganasan," katanya.

Tidak dapat dinafikan, pengaruh dan juga 'Fenomena Zakir Naik' juga turut memberikan impak terhadap dakwaan yang disebarkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan reputasi pendakwah tersebut.
Categories:

2 ulasan:

  1. Bukan saja ulamak terkenal jadi sasaran malah pentadbiran Tun M sendiri pernah di 'serang' oleh kafir boros ke tahap nak bankrap.

    BalasPadam
  2. Zakir adalah pendakwah. Itu sahaja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping