Rabu, Julai 06, 2016

Penduduk kawasan Kajang berkata mereka kecewa dengan ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana gagal membawa perubahan yang diharapkan oleh penduduk, meskipun sudah mewakili DUN itu hampir dua tahun lalu.

Tinjauan Antarapos di sekitar bandar Kajang mendapati, rata-rata penduduk kawasan itu terlalu kecewa dengan masalah yang melanda Kajang terutamanya banjir kilat yang sering berlaku setiap kali turunnya hujan.

Menurut Mohd Nasir Mohd Jalib, 38 tahun, yang tinggal di Sungai Kantan berkata kejadian banjir kerap kali berlaku sekiranya hujan lebat turun.
"Setiap kali hujan, mesti punya banjir, mana boleh tahan macam ini. Sejak Tsunami 2004 bila hujan lebat sahaja mulamasalah banjir disini. 
"Datuk Seri Wan Azizah ada turun tapi kata susah nak tolong kerana projek belakang rumah saya, kami ada beritahu Ketua Kampung bagaimana nak selesai masalah ini? Kami sedia beri tanah kami di tebing sungai, kami tidak kisah. Wan Azizah cakap tidak boleh dilaksanakan sebab tidak kerjasama dengan tuan tanah," jelas Mohd Nasir.
Menurut Mohd Nasir, aduan mengenai kejadian banjir itu sudah acap kali dilaporkan kepada Wan Azizah namun tiada perkembangan terkini diperolehi beliau sehingga ke hari ini.

"Ini dah nak masuk enam kali untuk bulan nie sahaja. Tengok keadaan hujan, mulalah kami risau. Hujan dalam satu dua jam sahaja sudah boleh banjir. Kadang sampai lutut, kadang sampai pinggang. Barang itu nasiblah, sudah tidak ada barang (akibat banjir).

Situasi yang sama turut dihadapi oleh seorang Bekas Guru, Rafeh Hayat yang juga menetap secara berseorangan disekitar kawasan tersebut
"Dekat sini mula-mula dulu ada berturut sampai dua hari, kemudian lama tidak ada, kemudian dua hari lagi (banjir) berturut-turut. Yang akhir tu sampai atas lutut di bahagian dalam rumah. Itu menunjukkan dalamnya air sungai. 
"Semua ini terjadi semenjak pokok-pokok di sungai Kantas ditebang dan dibina bangunan baru. Itu penyebab rajin banjir. Banjir tu pulak airnya keroh betul, susah kita nak bersihkan. Rumah ini pulak tidak ada orang lelaki. Kena panggil orang luar tolong bersihkan," kata Rafeh Hayat.
Bagi warga emas, Samsidar Mat Saman, 64 tahun, Wan Azizah tidak melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik yang katanya tidak memberikan tumpuan khusus kepada Sungai Kantan meskipun beliau ambil maklum kawasan itu kerap kali mengalami banjir.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Hangpa yg pilih dia..padan muka..depa nak power saje..dah menang apa depa peduli pasai hampa semua..dekat election nnti tengok la senyum2 simpui dia dtg..janji tu janji ni..semua hampeh

    BalasPadam
  2. Usah salahkan Kak One, salahkan Unmo kenapa biarkan hujan turun di kawasan itu. Unmo pegang minerologi sedangkan Kak One hanya pegang kipas saja pun, makanya Unmo ler yang kena tahan hujan sume tu, kan kan?

    BalasPadam
  3. Si jeja ni kalau dibuat sate kajang dapat dua tiga cucuk jee tak masak pulak tu sebab kipas sate pegang memanjang kerr.

    BalasPadam
  4. Tunggul kayu mati....tunggu reput saja.

    BalasPadam
  5. Selagi azizah ni jadi presiden PKR ..parti kau keras kat situ jelah. Patutnya lama dah PKR ketepikan tunggul ni. Anak dia pun dah aktif ..takyahlah dia nak sibuk2 sekali. Imej kesian rakyat dah tak peduli lagi. Bagitaulah presiden kau tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping