Rabu, Julai 27, 2016

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam memutuskan bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAPigs untuk mengadakan Pilihan Raya mengejut di Pulau Pinang. 

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat tersebut membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan Pilihan Raya mengejut di negeri berkenaan.
"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.  
"Walau bagaimanapun dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan," kata beliau kepada pemberita, selepas mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam malam tadi itu berakhir.
Sehubungan itu katanya, satu delegasi pimpinan tertinggi parti itu akan dihantar dalam masa terdekat untuk menerangkan pendirian berkenaan kepada DAPigs, khususnya kepada Guan Eng.

DAPigs sebelum ini membangkitkan cadangan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang selepas Ketua Menterinya berdepan dengan dua tuduhan rasuah dan didakwa oleh SPRM.

Pada Isnin, Guan Eng mengumumkan bahawa PAN sudah memberikan persetujuan terhadap cadangan berkenaan, dan sedang menunggu persetujuan PKR sebelum membuat keputusan mengenainya.

Dalam pada itu ujar Azizah, sebagai rakan sekutu politik dalam Pakatan, PKR akan tetap terus bekerjasama memperjuang dan mempertahankan pemimpin yang dizalimi termasuk Guan Eng.

Jika sebelum ini, Guan Eng membuat dakwaan kononnya DAPigs terbuka membuat keputusan secara bersama dan tidak secara bersendirian seperti mana yang pernah dilakukan oleh PKR.

Kalau dilihat dari satu sudut, desakan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu tidak lebih kepada satu ujian bagi menentukan sejauh mana keikhlasan PKR mahu bersama - sama dengan DAPigs.

Jelas kecurigaan DAPigs terhadap PKR itu semakin nyata apabila parti itu menolak cadangan yang diberikan dan ianya kian bertambah apabila parti itu tetap dilihat mahu menjalinkan kerjasama Politik dengan PAS di Selangor!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Guan egg gusar mat taahir sekutu azmin bakal ketua menteri pp jika lewat prn. Guan egg takut din berambut main silap mata sama dia. Mama sudah bagi signal sama papa kerjakan bontot guan egg di penjara nanti.

    BalasPadam
  2. Pkr belum setuju pilihan raya di p pinang. Hanya pan yg bnyak makan dedak dap bersetuju. Buat pr pun belum tentu dap dan pan blh menang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping