Isnin, Julai 04, 2016

Sesudah Si Khalid Samad tu menolak dakwaan yang dibuat oleh rakannya dalam parti KUALI mengenai soal kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang, kini giliran SAMM pulak.

Kalau semalam, kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu seolah - olah memperlekehkan kemampuan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menjadi Ketua Pembangkang.

Kali ini, kumpulan NGO Pro PKR serta mempunyai kecenderungan menyokong kem Wan Azizah pulak tampil menolak sebarang perancangan untuk menggantikan jawatan Ketua Pembangkang itu.

Sebaliknya, mereka berpandangan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih belum boleh dianggap 'Bersih' dan 'Suci' dari sebarang dosa yang telah dilakukan sewaktu menjawat jawatan tersebut.

Penyelaras Muda SAMM itu berkata, perkara tersebut tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa berkhidmat di dalam kerajaan, telah bertindak menyokong dasar yang menindas rakyat.
"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat.
"Soalnya, Adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam erti kata lainnya, wakil dari SAMM ini menganggap kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang telah dipecat dari UMNO itu hanya seperti sampah yang tidak perlu dibanggakan.

Tambah wakil anak muda dari kumpulan Pro PKR itu, gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir serta Muhyiddin Yassin hanya sekadar nak mempergunakan Pakatan Haprak tu sahaja.
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 
"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 
"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 
Demikian luahan sebenar puak penyokong Pakatan Haprak ni terhadap gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir dan kedudukan kedua bekas pemimpin UMNO itu dimata mereka.

Pokok pangkalnya, bagi mereka, tak kira la siapa pun yang nak menjadi Ketua, asalkan mereka bukan dari UMNO dan tidak tunduk kepada desakan individualis Tun Mahathir., itu yang paling penting. Dendam mereka terhadap Tun Mahathir masih berpanjangan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Biar TSMY jadi ketua Pembangkang..agar pembangkang lebih berciri minda sehat dan terarah ke pembangunan Negara.. Skrg nothing hanya persepi kearah tanpa bukti benar malah menipu bukti...ini perbuatan CURANG terhadap Negara dan rakyatnya..Yg fikir sebaliknya..mereka adalah perintis jln songsaang berpolitik.. parasite Negara dan jiwa kacau..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping