Sabtu, Julai 09, 2016

Nampak gayanya, tak habis lagi orang membuat serangan terhadap Presiden PKR ni walaupun hari ini sudah masuk hari yang ketiga umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kesibukan orang ramai membuat kunjungan dari rumah ke rumah bertemu dengan sanak saudara, Si Wan Azizah tu masih lagi berhadapan dengan serangan dari pelbagai sudut.

Jika sebelum ini, kartel Si Azmin Ali tu membuat serangan secara subversif terhadap Presiden parti itu dengan memberikan sokongan padu kepada Musuh Utama keluarga Wan Azizah.

Kali ini, isu berkaitan dengan kebajikan rakyat dikawasan DUN Kajang pula menjadi tumpuan dimana mereka mendakwa ianya merupakan ke-GAGAL-an Wan Azizah sebagai wakil rakyat.

Sebagai rekod, Wan Azizah telah menjadi ADUN Kajang selepas perlaksanaan agenda Langkah Kajang dijalankan bagi menggulingkan Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor.

Namun, masalah yang melanda masyarakat di Kajang iaitu banjir kilat yang sering melanda kawasan itu masih tidak dapat diselesaikan walaupun Wan Azizah telah menjadi ADUN mereka.

Sepertimana yang didakwa oleh pemimpin dikawasan tersebut, Wan Azizah seolah - olah lupa dengan manifesto yang telah dijaja sewaktu Pilihan Raya Kecil Kajang diadakan sebelum ini.
"Saya rasa mungkin dia sudah lupa manifesto selain daripada jalan raya untuk dibaik pulih. Ada juga masalah dimana kawasan letak kereta tiada. Tiada cara untuk selesaikan sekarang. Bila tempat letak kereta tidak cukup di kawasan komersial jadi. 
"Contohnya saya nak pergi beli barang, kena pusing tiga kali pun belum tentu ada parking. Semua orang buat begitu jadi lalu lintas akan bertambah berkali ganda jadi adakah kerajaan negeri Selangor perlu buat cadangan yang lebih baik, Saya tahu ada tempat tertentu yang mungkin boleh buat parking bertingkat," katanya ketika ditemubual secara eksklusif oleh Antarapos.
Walaubagaimana pun, untuk mempertahankan Wan Azizah, sudah pasti kem Presiden PKR itu akan menunding jari dan menyalahkan Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin.

Ada juga yang memberikan pendapat, Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah membiarkan kawasan DUN Kajang dilanda masalah sedemikian rupa demi untuk memburukkan imej Wan Azizah.

Walhal pentadbiran Rejim dibawah kepimpinan Si Azmin tu juga yang akan dianggap GAGAL menyelesaikan masalah tersebut. Takkan la Si Azmin tu buta sangat sampai tak nampak masalah yang kerap kali melanda kawasan penduduk di DUN Kajang tu!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Bagaimana pula si Wan Jijah menjaga kawasan Parliament beliau?

    BalasPadam
  2. Padan muka kami..dulu kami yg pangkah dia..xpa akn datang sori..kuburkan pakatan haprak ni..asyik menipu rakyat ..keje lain depa xtau..sebar fitnah..itu keistimewaan depa..pru 14..taulah nasib hangpa...malaun punya kaum.

    BalasPadam
  3. Itu lah tamak haloba namanya.. kawasan DUN pun nak, kawasan Parliament pun nak tapi bila dah dapat biar macam tu je,tak peduli langsung. Tapi elaun sebagai ADUN dan MP kebas. Jawab lah di akhirat nanti.

    BalasPadam
  4. Tak bolih nak salah wan jijot dan assmin..pengundi yg memilih mereka..jadi tanggung lah..PADAN MUKA. Terlalu cerdik.

    BalasPadam
  5. Azwan ali laku lagi jadi artis,tolong la mama tu....ini ppn mau ajar ke

    BalasPadam
  6. langkah kajang satu langkah yg silap...rakyat
    jdi mangsa...ph asyik berangan nak putrajaya. bodoh punya org politik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping