Isnin, Ogos 01, 2016

Pengasas NGO Pro PKR, SAMM memberi tempoh sehingga esok kepada Exco PKR Selangor Elizabeth Wong untuk membuktikan status tanah di Paya Wet Land tidak ditukar seperti yang dinafikan sebelum ini.

Dia yang juga dikenali sebagai Si Chagubard berkata, Elizabeth perlu memberi penjelasan bagaimana tanah di Lot 68504 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar status dan kegunaannya.
“Saya beri masa kepada dia sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah tersebut. Jika beliau gagal, saya akan keluarkan semua bukti yang ada dan rakyat akan tahu penipuan Kerajaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.
Katanya, status tanah itu tidak boleh ditukar kerana lot tanah tersebut terletak di dalam kawasan Paya Wet Land yang telah diiktiraf sebagai kawasan hutan warisan dunia dalam Perjanjian Ramsar 1995.
“Dia menipu, bukan setakat geran tanah yang telah ditukar status, dalam simpanan saya ada dokumen kronologi status itu ditukar.
“Dia sebagai exco sudah tentu tahu lot tanah itu pernah ditolak permohonan penukaran status sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar,” katanya yang dipetik SelangorPost.
Apa yang dikesalkan, penafian yang dilakukan Elizabeth secara tergesa-gesa dan pantas ini menunjukkan seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh Rejim Pakatan Selangor kepada rakyat.
“Exco itu jawab tergesa-gesa sehingga membuat penafian palsu. Kita tunggulah dia buktikan. Jika dia gagal, saya cabar dia untuk meletakkan jawatan sebagai exco kerana menipu terhadap rakyat Selangor,” katanya lagi.
Selain SAMM, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Barisan Nasional (BN) juga turut membuat tuntut penjelasan yang sama daripada pihak Rejim Pakatan Selangor.

Isu penukaran status tanah Paya Indah Wetlands itu dibongkar oleh pihak SAMM dengan menampilkan bukti dari minit mesyuarat exco sebagai bahan untuk menyokong hujah dakwaan mereka.

Walaubagaimana pun, sehingga ke hari ini, Si Menteri Besar Selangor itu sendiri masih lagi mendiamkan diri dan enggan memberi sebarang respon mengenai dakwaan yang dibangkitkan, seolah - olah dia cuba nak membiarkan Si Eli Wong tu tanggung sorang - sorang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping