Sebagai ulasan terakhir mengenai penyebaran gambar 'Teman Tapi Mesra' yang disiarkan oleh puak Pakatan Haprak tu semalam sudah pastinya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Azmin.
Secara tidak lansung, Si Menteri Besar Selangor tu telah menampilkan sifat Retorik dan Hipokritnya secara terbuka apabila memberi respon mengenai pertemuan Tun Mahathir dan Anwar semalam.
Antara lain, Si Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Pengerusi PKR tu memberi tanggapan bahawa pertemuan itu merupakan detik - detik awal permulaan ke arah penyatuan umat.
"Pertemuan ini membuktikan kedua tokoh memiliki jiwa besar tatkala negara berdepan dengan krisis kepimpinan dan memerlukan satu hala tuju untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi.
"Saya yakin ini satu permulaan ke arah perpaduan umat dan pengukuhan parti-parti politik yang progresif sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tapi yang IRONIKnya, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu tak anggap pertemuan diantara Datuk Seri Najib dan Hadi Awang sebelum ini sebagai satu permulaan ke arah penyatuan ummah?
Walhal, Perdana Menteri dan Presiden PAS itu bertemu diatas pentas untuk menjaga kesatuan Umat Islam diseluruh dunia dan bukan hanya tertumpu kepada agenda Politik semata - mata.
Sedangkan pada ketika itu, rakyat dunia tidak hanya melihat dua individu yang berbeza fahaman Politik bersalaman, tetapi sebaliknya dua orang Negarawan yang sanggup mengenepikan perbedaan dan kegetiran masa lampau demi masa depan Negara serta Islam yang lebih terjamin.
Dan bertambah menghairankan ialah apabila pemimpin dikalangan puak parti Ternakan DAPigs itu mengecam serta menyebarkan tuduhan kononnya Hadi Awang dah tunduk kepada BN.
Sekali gus dakwaan itu juga turut merancakkan lagi spekulasi kononnya PAS menerima rasuah sebanyak RM 90 juta dari Barisan Nasional berdasarkan kepada 'Kecurigaan Yang Meluas'.
Dalam erti kata lainnya, pendirian Politik Pakatan Haprak ni jelas bersifat Dwi-Standard dan membuktikan bahawa mereka mengamalkan Politik Memilih. Kalau ianya menguntungkan mereka, semuanya baik belaka walaupun ianya tidak menguntungkan rakyat!!!
nmpak seperti azmin sudah merancang persediaan awal mghadapi pru14 dgn cuba mengaut sokongan pendokong parti bersatu untuk menyelamatkan kerusi yg akan ditandinginya . untuk menaruh harapan yg tinggi dr penyokong pas mgkin suatu hal yg belum pasti krn tndakannya mmbantu calon pan dlm prk yg lalu jelas mmbataskn sokongan pejuang2 pas. oleh itu azmin terpaksa mencari tongkat baru untuk terus survive dlm kerjaya politiknya.
BalasPadamKakau ye pun Pas tunduk pada umno
BalasPadamPpbm tunduk pada pkr...
Lantak ler..tak de apa masalah nye..
Umno rasuah pas
BalasPadamPkr rasuah ppbm
Dap rasuah pan..
Lantok ler...