Khamis, September 08, 2016

Heh! Dek kerana kemaruk sangat nak menutup keaiban diri sendiri dari dakwaan salah laku serta penyelewengan yang dilakukan, menyebabkan Timbalan Presiden PKR ni jadi tak keruan.

Mula la Si Menteri Besar Selangor menggelupor tak tentu arah dan bertindak macam orang hilang akal. Sampai tahap dia cuba nak pecat keahlian Si Chagubard tu dari PKR sebanyak 'Dua Kali'!!!

Sambil menyindir tindakan 'Pak Pandir' yang dilakukan oleh Si Azmin tu, Chagubard juga turut melabelkan Timbalan Presiden PKR tu sebagai 'Anak Angkat Tun Mahathir' yang dah Gila.
“Selepas pemecatan pada 26 Ogos… hari ini saya dipecat sekali lagi hahaha… Ni namanya pecat sampai mati.. bila tak mati akan dipecat berkali kali sampai mati…
“Adoiiii Anwar dan Muhyiddin pun kena pecat sekali je… gila betul anak angkat Mahathir ni..,”katanya dalam Facebook hari ini.
Anak angkat Dr Mahathir yang dimaksudkan Chegubard itu merujuk kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR.

Dalam posting yang dibuat dilaman media sosial semalam, Si Chagubard tu turut melampirkan dua surat pemecatan keahlian parti terhadapnya yang bertarikh 6 September dan 26 Ogos.

Tindakan memecat keahlian Si Chagubard tu dibuat ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat terhadap penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Azmin.

Nak pulak berkaitan dengan skandal penukaran status tanah Paya Indah Wetland yang kini menjadi satu kontroversi yang hangat diperkatakan oleh rakyat di Negeri Selangor itu sendiri.

Pemecatan ke atas Si Chagubard itu dibuat demi menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Azmin tu sendiri. Kalau kontroversi itu berterusan, peluang dia nak kekalkan jawatan Menteri Besar dan hajat nak jadi Perdana Menteri tentu tidak akan kesampaian!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Maaf Pengkritik... Tiada Tempat untuk mu dalam Pas
    Sesiapa sahaja yang mengkritik pimpinan Pas akan dicop sebagai pengkhianat, munafiq, barua, broker dan sebagainya dalam Pas. Pimpinan atasan dikira sebagai sempurna. Keputusan dibuat oleh pimpinan tidak layak dipertikaikan oleh sesiapa walaupun ianya langsung tidak boleh diterima oleh logik akal.

    Pandangan Presiden dikira keputusan syura Pas walaupun tidak dibawa kedalam mana-mana mesyuarat. Pembentangan RUU 355 oleh TG Presiden adalah contoh bagaimana keputusan individu Presiden yang menghantar usul RUU 355 terlebih dahulu tanpa mendapat mandat keputusan mesyuarat parti.

    Akibatnya seluruh jentera parti terpaksa digerakkan untuk membetulkan tindakan seorang pemimpin yang tidak ikut kaedah dan amalan syura jemaah. Pengkritik dilabel dengan gelaran yang amat tidak pernah difikirkan sanggup dilontar oleh sebuah gerakan Islam. Kafir, munafiq, pengkhianat adalah panggilan biasa yang diratib dalam setiap ceramah kepada pengkritik Presiden atau parti.

    Ketiadaan alMarhum TGNA menjadikan pimpinan Pas bermaharaja lela untuk mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan pimpinan Umno-BN.

    Pimpinan atasan tidak lagi memperdulikan sensitiviti pimpinan bawahan yang setiap masa bertarung dengan Umno. Imej mesra Umno-Bn lebih menonjol apabila tiada serangan Pas dalam isu 1mdb yang riuh rendah dibincangkan oleh rakyat marhaian dan media massa.

    Suasana 'manggok' dan ego ini berjangkit kepada kepimpinan kerajaan Kelantan. MB dan Exco pun tidak boleh ditegur walaupun jawatan mereka adalah wakil rakyat yang dipilih untuk mentadbir dan mengurus kepentingan rakyat keseluruhannya.

    Apa sahaja isu berbangkit dianggap hendak menjatuhkan kerajaan Islam yang diasaskan TGNA. Sedangkan pentadbiran sekarang jauh sangat berbeza.

    MB telah tersasar jauh dari garis panduan pemerintahan yang ditinggalkan oleh alMarhum TGNA. Pembangunan Kampung Laut Satu sebagai contohnya bukti jelas kelemahan perancangan dan pentadbiran Dato Mad.

    Sesuatu yang tidak boleh diterima, pengambilan tanah asal penduduk yang akan dirobohkan bagi tujuan dibangunkan Masjid Kampung  Laut yang asal yang juga terpaksa diroboh di lokasinya di Nilam Puri sekarang. Menyedihkan pandangan ketua cawangan Pas setempat yang veteren tidak diambil kira bahkan dicop pula sebagai penyokong parti Amanah.

    Tidak hairanlah apa yang telah terjadi kepada Dato Husam Musa yang menjadi mangsa kepada sikap ego pimpinan Pas sekarang yang telah dipecat kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan dan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri sekarang termasuk sikap bermewah-mewahan pimpinan kerajaan negeri sekarang.

    Apa lagi yang hendak diharapkan kepada pimpinan parti dan  kerajaan negeri sekarang. Kalau pimpinan dan ahli parti sendiri tidak dibenarkan mengkritik, akan tiba masanya rakyat sendiri yang akan buat teguran dalam kertas undi. Pada masa tersebut tiada guna penyesalan...nasi sudah jadi bubur.

    Hj Wan Azlan
    Kota Bharu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa pemimpin atau bekas pemimpin pas yg naik ferrari@porche tu?

      Padam
  2. Tanpa nama 5.14. Tak payah bawa isu PAS kat sini. Ini isu PKR bukan isu PAS. Dah lama nampak PAS memang tak betul perjuangan nya. PAS lah yg mengangkat martabat LGE ke taraf khalifah. Sekarang baru PAS nampak. Tinggal lah PAN yg akat bendera LGE. Gaya gaya kamu lah salah seorang di antara mereka.

    BalasPadam
  3. Chegu Bard kena pecat 2 kali .... haaaa...haaaa...haaaa.

    Muhyiddin kena pecat sekali , Anwar kena pecat sekali .

    Chiku bad , anak saudara Anwar kena pecat 2 kali ??? Kena pecat olih 'anak angkat' Mahathir , orang kanan Anwar ...

    Itu lah yang gelak terbahak bahak di buat nya ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping