Jumaat, September 09, 2016

Wayang berjabat tangan di antara Si Ketua Penipu tu dengan Tun Mahathir adalah dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada penyokong mereka, kata Raja Sara Petra.

Raja Sara yang juga anak kepada blogger reformasi terbuang, Raja Petra Kamaruddin menceritakan penderitaan keluarganya selama 18 tahun lalu semata - mata kerana membela Anwar yang telah dipecat daripada UMNO oleh Dr Mahathir pada September 1998.

Menurutnya, bukan sahaja ayahnya, Raja Petra yang menjadi salah seorang tunggak utama reformasi yang kemudiannya mengepalai gerakan FAC (Free-Anwar Campaign) menanggung penderitaan daripada tindak balas kerajaan yang ketika itu diketuai Dr Mahathir, bahkan dia dan ahli keluarga yang lain turut menanggung beban yang sama.
“Saya hanya berumur 13 tahun ketika itu, dalam tingkatan satu, apabila polis menahan kereta kami dan membawa ayah pergi,” katanya sambil menambah pada ketika itu dia tidak memahami sepenuhnya apa yang sedang berlaku.
Katanya, pada ketika itu dia hanya diberitahu bahawa ayahnya mungkin akan berada jauh dalam masa yang agak lama, tetapi dia tidak tahu berapa lamakah jangka masa tersebut.

Sara juga berkata dia diberitahu, bapanya terpaksa ditahan kerana ayahnya itu merupakan menyokong Anwar dan menentang Mahathir, serta apa yang dilakukan bapanya itu adalah satu jenayah yang serius.
“Pada Isnin (5 September 2016), Anwar dan Mahathir telah berjumpa dan berjabat tangan. Jadi permusuhan 18 tahun lalu sekarang menjadi ‘air di bawah jambatan’. Masa lalu adalah masa lalu. Maafkan dan lupakannya.
“Tetapi bagaimana pula dengan orang-orang seperti saya, yang selama bertahun-tahun mengalami tekanan emosi yang setiap mengetuk pintu itu, sekali lagi, polis datang untuk mengambil bapa saya pergi?” katanya.
Bagi tempoh tujuh tahun lalu, Sara berkata bapanya menjadi orang buangan di luar negara kerana menyokong Anwar dan bertanya apakah selepas wayang berjabat tangan itu, Anwar dan Mahathir akan datang meminta maaf kepada keluarganya kerana menderita selama 18 tahun termasuk ditahan ISA di pusat tahanan Kamunting, Taiping.

Sara berkata berjabat tangan di antara Anwar dan Mahathir adalah satu pengkhianatan kepada orang - orang yang pernah diseret ke dalam konflik peribadi mereka dan kini telah dilupakan. Bagi Sara, ia hanya berkaitan dengan persoalan kuasa semata - mata, bukannya agenda perubahan!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Ha..ha anak bloger lalang. Hanya tahu menyalagkan orang lain sahaja. Yang bapak dia yg fitnah sana sini tak pula dia nak bising. Macamana pula orang yg jadi mangsa fitnah bapak dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai kasihannya raja sara ... ank seorang blogger yg terkenal ttpi berjuang di medan yg salah medan yg semata2 utk mencari kehebatan dunia shj.. hri ini org puji melambung-lmbung dn persaan bgga menggunung dlm diri. ttpi selepas suasana dn masa berlalu dn berubah mk sgl kemanisan dn kepuasan pun turut hilang bahkn kepahitn pula mewarnai kehidupan ini.. sedangkn jk kita berjuang di jln Allah dn islam sudh tentu mndpt kredaan Allah dn barakah yg berpnjangn wlupun dibnci oleh mnusia namun para malaikat mndoakn keampunn dn gnjaran utk kita.

      Padam
  2. Dia lupa dulu dia makan dedak.

    BalasPadam
  3. RPK @raja putaq kebangsaan..sekarang upahan najib daa..

    BalasPadam
  4. What comes around will eventually definitely turns around. Jilat tun m jilat la apa yg sudah d ludah dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping